Wednesday, September 1, 2010

Umrah 2010: Membeli Emas Di Makkah – Jangan Tertipu

Assalamu'alaikum wm wbr


Suatu fenomena yang saya suka lihat di Makkah dan Madinah ialah tentang keperihatian peniaga dan pemilik premis terhadap tuntutan menunaikan solat pada awal waktu dan keyakinan yang tinggi terhadap keselematan barang jualan mereka. Sebaik azan dikumandangkan, kita akan lihat kebanyakan kedai akan ditutup dan para pekerja akan bergegas ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat. Ada juga kedai-kedai yang tidak ditutup. Barang-barang jualan dibiarkan begitu sahaja, dan pekerja melakukan solat dalam premis kedai. Kita tidak berasa hairan jika kedai 2 Riyal yang berbuat demikian, sebab nilai barangan dalam kedai tersebut tidaklah mahal sangat. Tetapi yang sangat mengkagumkan ialah kedai-kedai emas yang dibiarkan terdedah begitu sahaja tanpa pengawal bersenjata seperti yang sering kita lihat di Malaysia. Nilai barang jualan mencecah ratusan ribu riyal namun mereka sedikitpun tidak berasa cuak tentang keselamatan barangan tersebut.

Ok, dari sudut di atas, kita boleh tabik kepada peniaga-peniaga tersebut. Tetapi perangai menipu pelanggan satu hal yang perlu diperkatakan juga di sini.  Emas, jam tangan dan sebagainya, sekiranya kita teruja untuk membelinya, maka haruslah berhati-hati. Sebagai contoh, emas. Kita sedia maklum emas mempunyai berbagai gred seperti emas 24 karat yang kita gelar emas kertas dikenali sebagai emas 999 (99.99% tulin), emas 22 karat (Emas 916 - 91.66% tulin), emas 18 karat dsb. Emas yang biasa digunakan untuk membuat barang kemas biasanya emas 916 sebab mudah dibentuk dan kuat. Sebagai panduan, lagi tinggi karat, lagi mahal harganya sebab semakin tulin.

Berbalik kepada tajuk entri ini iaitu berhati-hati membeli emas di Makkah. ...

Well, jika kita beli barang kemas di Makkah, kebanyakannya akan claim emas yang mereka jual ialah emas 916. Memang ada cop 916 pada cincin, gelang dsb. tetapi mengikut pakar barang kemas di Malaysia, emas yang dijual itu ialah emas 850 (20-21 karat) bukannya emas 916, jadi harganya sepatutnya lebih murah dari harga mereka jual.

Anda boleh test kesahihan kenyataan ini dengan membawa barang kemas yang anda beli ke kedai emas terkemuka seperti Habib Jewels, Oli Muhammad, Poh Kong, dsb. untuk  diuji. Isteri saya pernah membeli barang kemas di sana dan setelah beberapa lama ingin menukar kepada barang kemas yang baru. Apabila di bawa ke kedai Emas di Terengganu, nilainya telah jatuh sebab kualiti emas tersebut tidak seperti yang diclaim semasa mula-mula beli di Makkah dahulu. 
.
Satu aspek, kita solute Pak Arab sebab punctual dengan waktu solat, tetapi bab tipu menipu ni satu hal yang lain pulak. Berhati-hatilah.





7 comments:

  1. salam tn hj..

    bab2 tipu emas ni, ummi tak tahu ler plak w/p dah 4 kali kesana tp ummi tak pernah beli emas, coz krg minat pakai barang kemas.

    ReplyDelete
  2. Salam tn. hj

    Saya ada membeli emas di Makkah dan saya suka beli barang / jubah telekong dll di Tanah Haram. Ini ialah kerana bila pakai barang2 dari sana hati ini sentiasa tersentuh/terpaut dan ingatan di tanah suci sentiasa segar dikalbuku sambil berfikir bilalah lagi aku dipanggil menjadi tetamu Allah dan kekadang menitislah air mata ini..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum pn noraini

    Betul puan, bila pakai barang-barang yg dibeli di sana, hati selalu terpaut untuk ke sana lagi.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. wahh!! nasib baikk awak bgtau...sy dah merancang jugak nak beli kat sana...huhu...(sb dengarnya lebih murah). tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga beli buat kenang-kenangan.

      Delete
    2. Kat madinah belah mana ye? Dekat ngan masjid ke? Masa tu tak jumpa pun

      Delete
  5. Beli yg kecik dah la bt kenagn..

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.