Assalamu'alaikum wm wbr.
Alhamdulillah, pada masa sekarang, para jemaah Haji atau Umrah dari Malaysia boleh mendapatkan masakan kegemaran mereka seperti roti canai, teh tarik, ikan masak asam pedas, dan sebagainya di restauran D'Saji yang terletak di tingkat 2, Hotel as-Safwah. Harga makanan yang dijual di situ dikira berpatutan sesuai dengan lokasinya di premis hotel yang berhampiran dengan masjidil haram. Cuma saya perhatikan, tidak ramai jemaah Malaysia yang mengetahui kewujudan restauran ini. Sebagai contoh, rata-rata jemaah Andalusia yang tinggal di Hotel Abeer Garden, tidak tahu bahawa terdapat restauran D'Saji di Makkah. Elok sekiranya pihak Felda D'Saji mempergiatkan iklan atau promosi semasa kursus haji atau umrah di Malaysia untuk memperkenalkan D'Saji kepada orang ramai. Potensi untuk maju memang ada tetapi kena kerja kuat sikit.
Well, restoran D'Saji bukan hanya menjadi tempat memburu makanan Malaysia, tetapi juga merupakan tempat pertemuan warga Malaysia yang tinggal di Makkah (pelajar atau pekerja syarikat di Makkah). Entri kali ini nak selit gambar tentang edisi menjejaki rakan blogger di restauran D'Saji pada 18 Mei, 2010 yang lepas.
Setibanya di tingkat 2, ada iklan "SILA" tapi bukan iklan D'Saji mempersilakan pelanggan. Itu ialah iklan agensi pelancungan/umrah Turki. Di Madinah ada agensi umrah Ciciek, di sini - SILA. D'Saji anggap semua orang sudah tahu di mana restoran itu terletak - Tidak ada signboard D'Saji kat situ.
Chef dan pekerja D'Saji
Masih kosong, sesiapa yang berminat boleh sewa dengan D'Saji
Itu dia orang yang dicari
Haji Arshad dan CL
No comments:
Post a Comment
Assalam'alaikum wm wbr.
Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.