Assalamu'alaimum wm wbr.
Entri kali ini ada kena mengena dengan klip video di bawah. Saya sempat merakamkan video ini semasa dalam perjalanan ke Masjidil Haram pada pagi 15/5/2010. Tonton dan buatlah penilaian anda sendiri mengenai video ini. Sila berikan komen anda. Selepas itu bacalah keterangan penuh tentang klip video ini.
4:00am Hijrah Street, Makkah
Interlude
Sebelum itu saya nak cerita dulu tentang lokasi Hotel Abeer Garden, hotel di mana kami menginap sepanjang berada di Makkah.
Hotel Abeer Garden terletak lebih kurang 300 meter dari Masjidil Haram dan jalan utama untuk ke Masjidil Haram ialah Hijrah Street. Hotel ini terletak 30 meter dari jalan utama dan dihubungkan oleh lorong kecil (alley) berbentuk huruf C yang terbalik.
Kedudukan Hotel Abeer Garden tepat bersetentang dengan Hotel Asia yang bahagian bawahnya dijadikan restauran (signboard warna merah - ada gambar kambing pada foto di bawah). Jadi jika kita keluar dari pintu hotel dan menghadap Restauran Asia, kita ada dua pilihan untuk ke Masjidil Haram, iaitu mengikut lorong sebelah kanan atau lorong sebelah kiri. Kedua-dua lorong tadi akan bertemu dengan Hijrah Street.
Lorong Kiri Yang Sempit Ini Membawa Kita Ke
Hijrah Street (Bahagian Terang di Belakang Sana)
Suatu Pagi Di Jalan Hijrah, Makkatul Mukarramah
Pagi itu (Sabtu 15/5/2010) saya berseorangan berjalan kaki ke Masjidil Haram (MH). Kawan-kawan sebilik telah pergi lebih awal sebab al-maklum kami kena ambil giliran untuk ke bilik air, dan saya adalah orang yang terakhhir memasuki bilik air. Apabila keluar dari pintu hotel, saya mengambil keputusan untuk ikut lorong sebelah kiri. Apabila sampai di simpang jalan utama, saya pusing ke kanan dan menyatu dengan jemaah lain menuju Masjidil Haram.
Di persimpangan jalan tadi, sudah sedia menunggu 10 – 15 orang pengemis kanak-kanak yang duduk di atas hamparan kotak atau bakul plastik dalam satu barisan yang menentang arus aliran jemaah. Waktu ketika itu sekitar 4:00 pagi. Kanak-kanak tersebut ada yang kudung tangan, ada yang cukup sifat, terdiri daripada lelaki dan perempuan. Di samping itu terdapat juga ibu-ibu yang mengemis. Tangan kiri mengendong anak kecil, sementara tangan kanan menagih simpati orang ramai. Terlintas dalam hati, kanak-kanak tersebut mungkin dipaksa untuk mengemis oleh ibu-ibu mereka sebab saya lihat ramai yang lesu dan tidak bermaya, dan tidak kurang juga ada yang menangis sebab mengantuk dan keletihan.
Apabila melihat anak yang menangis tadi, timbul rasa sedih dan simpati. Lantas saya menghulurkan duit kepadanya. Namun yang terjadi adalah diluar jangkaan. Duit tersebut tidak sempat saya serahkan kepadanya sebab seorang pengemis lain telah lebih pantas menghampiri saya yang membuatkan saya terpaksa memberikan wang tersebut kepadanya.
Anak yang menangis tadi terus berlari menghampiri saya sambil memegang baju, dan menarik-narik tangan saya. Dia menangis sekuat-kuatnya seperti orang yang kena rotan sebab pada tanggapannya wang tadi sepatunya saya serahkan kepadanya, bukan kepada pengemis yang lain. Mood saya berubah. Juga terlintas di hati, jika saya berikan wang kepadanya pada saat itu, nanti saya akan diserbu oleh pengemis-pengemis yang lain. Jesteru itu saya terus melangkah ke Masjidil Haram.
Rupa-rupanya kanak-kanak tersebut tidak berputus asa. Dia terus mengikuti saya sambil menangis teresak-esak dan mendayu-dayu. Baju dan tangan saya ditarik-tarik. Jemaah yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Ada yang cuba memarahi anak tersebut, namun saya tidak dilepaskannya. Saya hulurkan SR2.00, tetapi dia menolak. Katanya khamsa riyal, khamsa riyal yang bermaksud lima riyal, lima riyal. Juga kedengaran dia menyebut mama dsb. Dalam hati terfikir, mungkin anak ini ingin memberitahu jika dia tidak dapat wang, dia akan dimarahi oleh ibunya. Akhirnya, setelah jauh daripada kawan-kawannya saya hulurkan SR10.00. Dengan pantas dia menyentap duit tersebut dan serta merta diam dan berpatah balik kepada kawan-kawannya. Alhamdulillah, lega. Selepas itu saya serik untuk ikut lorang kiri tadi dan lebih berhati-hati ketika hendak menghulurkan wang.
Dalam kelam kabut dihambat oleh si pengemis, sempat saya rakam suasana di pagi itu. Mungkin suara kanak-kanak menangis mendayu-dayu itu adalah suara si pengemis. Wallahu aklam.
Dalam kelam kabut dihambat oleh si pengemis, sempat saya rakam suasana di pagi itu. Mungkin suara kanak-kanak menangis mendayu-dayu itu adalah suara si pengemis. Wallahu aklam.
Salam saudara saad...
ReplyDeleteAna shukriya, jemaah andalusia yg br je balik dr mekah 3 hr lpas...amat bagus penulisan saudara dlm blog ni...Tahniah dan Alhamdulillah...moga2 akn membuka hati pembaca untuk merasai sendiri bagaimana bila berada di tanah suci ini...yg pasal pengemis jalanan sebelum subuh sewaktu berkunjung ke masjid itu, untuk pengetahuan saudara, hanya segelintir kecil shj yg betul2 susah...selebihnya semua adalah penipu...adalah haram untuk berbuat demikian di Tanah Haram itu...saudara, mereka bukanlah kudung kedua belah tgn..tetapi kedua tgn di angkat naik dan dilipat ke blakang kepala..maka apa yg saudara nampak adalah siku mereka...Subhanallah.... saya sendiri telah menarik tgn budak2 tu smua smpaikan ada yg bangun utk menyepak ibu saya...tp saya sempat mengelak kaki budak tu....
Wa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteAlahmdulillah, Terima kasih syukriya (sdri ke sdr?) kerana sudi bertandang dan meninggalkan jejak di sini. Mudah-mudahan begitulah hendaknya, agar blog ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.
Memanglah benar seperti apa yang dinyatakan mengenai pengemis jalanan tsbt. Ada yang melipatkan tangan mereka ke belakang, dan ada yang benar-benar kudung. Kadang-kadang mereka menjadi ganas seperti yang saya lalui. Namun kalau sudah ada niat di hati hendak bersedekah, kita hulurkan seikhlas mungkin apa yang termampu. Cuma kena hati-hati sebab takut diserbu.
Salam...
ReplyDeleteSyukur kepada Allah yang menjemput saya menjadi tetamuNya di usia yang masih muda. Saya juga pernah mengalami situasi seperti itu. Ketika di Makkah dan ketika melontar jamrah. Kadangkala saya bertindak kasar dengan mencampakkan duit dan melarikan diri dari dikejar pengemis yang lain.
Wa'alaikum salam Ainnur.
ReplyDeleteSememangnya ujian yang diterima oleh para jemaah umrah atau haji memang hebat. Almaklum ganjaran yang diperolehi sangat besar jika kita lakukan dengan ikhlas - justeru syaitan akan berusaha untuk menggagalkan ibadah kita.
Tahniah anda telah menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda. Alhamdulillah, semoga Allah SWT sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita semua dan menjadikan kita hambaNya yang bersyukur. Amin.