Thursday, July 22, 2010

Umrah 2010: Jalan Hijrah, Makkah Selepas Zohor (Sabtu 15/5/2010) - pt2

Assalamu'alaikum wm wbr.

Dalam entri yang terdahulu,  masjidil-haram-jumaat-1452010-selepas Isya'  saya telah memaparkan foto-foto yang merakamkan suasana Jalan Hijrah pada waktu malam.  Cahaya dari pada lampu-lampu kalimantang serta lampu-lampu papan iklan kedai di sekitar Jalan Hijrah pada waktu malam memberikan nuansa yang berbeza pada waktu siang.  Jadi tujuan utama entri saya pada kali ini adalah untuk menonjolkan perbezaan suasana tersebut.  

Wasalam.


Jemaah Berada Di Hujung Kompleks Hilton. Nun Di Belakang Sana, Kelihatan Masjidil Haram
Jemaah Sedang Berada Di Bawah Jambatan Yang Menjadi Access Road Kepada
Sebuah Hotel Yang Sedang Dalam Pembinaan.

Restauran Madinah - Halfway To Abeer Garden
(Dekat Dengan Hijaz Hotel)

Antara Dua Darjat - Penjual Emas dan Penjual Makanan Burung Merpati
Tuan, Beli Ini Jagung - Murah. Warna Pun Kuning Jugak Macam Emas Pe.

Kedai Ice Cream - Tarikan Untuk Beli Sungguh Kuat. 
Tengah-Tengah Hari Macam Ini, Jualan Sangat Laris

Kalau Jumpa Kedai Ini, Maknanya Sudah Sampai Simpang
Ke Hotel Abeer Garden di Sebelah Kiri

Penunggu Simpang - Menahan Lukah Di Pergentingan
Anggur, Cherry, Apple, Limau, Mangga - Khamsa Rial (5 Rial)
Di Belakang Sana, Sebelah Kiri Ialah Safa Laundry. 
Pusing Kanan Akan Menuju Abeer Garden


Dah Pun Pusing Ke Kanan - Tulisan Yang Berangkai-Rangkai Tu Maknanya 'Dhaka Restaurant'  
Sekali Lagi Pusing Ke Kanan, Sampai Lah Ke Abeer Garden Hotel


Haa, Cantik Tak Pemandangan Kat Sini? Bangunan Warna Putih Tu Nak Kena Roboh
Bangunan Sebelah Kanan Ialah Abeer Garden. Dengar Khabar Akan DiRobohkan.
Kalau Buat Hotel Baru Elok Tukar Nama Sebab Ramai Yang Baca 'Abeer Garden' Sebagai 'A Beer Garden'.

Fancy Tailor. Waktu Malam Nampak Bukan Main Canteq Lagi Noo.

Makkah Store - Sejadah, Songkok dsb Boleh DiBeli Kat Sini
Harga Lebih Kurang Sama Saja Kat Mana-Mana


Kedai Gunting Depan Hotel
Baldi Merah Yang Tergantung Tu Untuk Apa? Siapa Tahu Angkat Tangan.

Kalau Jalan Terus, Jumpa Balik Hijrah Street.
Di Situlah Bermulanya Episod DiKejar Pengemis Malam Tadi

Demo Cara Membuat Roti Nan

Sampai Dah Abeer Garden Hotel.
Perhatikan Pak Guard Di Sebelah Kanan Tu - Rileks Saja

Sorry, Mak Guard Rupanya. 
Saya Tinggal Di Sini Maa. Perlukah Saya Tunjukkan Kad Pengenalan?


Tunggu Lift Untuk Ke Dewan Makan atau Ke Bilik - Saya Naik Ke Bilik Dulu
Bag-Bag Jemaah Yang Hendak Bertolak Ke Madinah DiAngkat Dan DiSusun Oleh Pekerja Hotel
2 Lelaki Yang Kelihatan Ialah Mutawif Andalusia.

Dewan Makan Abeer Garden

Ini Hj. Zainol dari Sungai Buloh, Selangor. Nama Isterinya Fazilah Salim (Kalau Tak Silap).
Sesiapa yang kenal dia, tolong kirim salam saya kepadanya.
Tambah Lagi Tuan, Jangan Malu-Malu.

11 comments:

  1. Salam

    Saudara.. saya saudagar burung bukan saudagar taik burung he..he..he..
    Baldi tu untuk tadah air air-con..kot.. ada hadiah ke kalau betul.
    Saya baru balik dari Bandung..tak sihat jalan berabuk tak sesuai dan takmau pergi lagi. Namun.. di Haram berlainan berabuk ke..panas ke..macet ke..masih tetap menggamit kerinduan insan ini untuk kesana lagi..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam pn noraini.

    Saya pun tak tahu apa tujuan mereka gantung baldi kat situ. Kalau di Malaysia, di kedai-kedai mamak selalu digantung angka 789 dalam tulisan arab yg mewakili Bismillahirrahmanirrahim untuk pelaris.

    Dalam Haram ada kaabah yang mempunyai tarikan yang kuat. Just melihat kaabah secara saja-saja pun sudah dapat pahala (20 Rahmah Allah s.w.t.), apatah lagi jika tawaf (60 Rahmah), solat, zikir dsb (40 Rahmat) - do samping itu pahala digandakan sebanyak 100,000X. Maasyaa Allah. Tabarakallah.

    Ada juga terlintas di hati untuk ke Bandung, dan sekitarnya iaitu tanah lelulur saya. Cerita sikit apa yang menarik di sana, hotelnya, makanan halalnya, dsb. Kongsilah sikit kat sini jika sudi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Hj M Saad

    Alhamdulillah
    Makah semakin membangun
    membuatkan saya lagi rindu untuk menjadi tetamuNya

    Wasslam

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam rozali,

    Alhamdulillah. Sememangnya Masjidil Haram mempunyai jazbah yang kuat. InsyaAllah semoga tuan dapat ke sana lagi dalam masa yang terdekat. Amin.

    ReplyDelete
  5. Salam

    Untuk shopping memang murah di Bandung kerana tukaran duit kita besar tapi hati-hati dengan makanan dan air disana. Saya kena cirit birit 4/5 hari. Yang masih pelik di fikiran saya ialah budak-budak sekolah rendah masih pakai seluar pendek dan skirt...
    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam puan noraini.

    Terima kasih atas info yang puan berikan. Minggu depan (6-8 Ogos) ada MATTA fair di Melaka. Nak survey pakej yang available.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam tuan haji

    rindu teramat...YA ALLAH...YA ALLAH...YA ALLAH.....

    ReplyDelete
  9. Salam BHS,

    Kalau gitu, kenalah pegi Umrah bulan Ramadhan tak lama lagi ni. Puasa sebulan di sana.

    Sesiapa yang telah pergi ke tanah suci, memang terasa rindu yang teramat sangat untuk ke sana beberapa kali lagi. Jazbah kaabah dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. membuatkan kita rindu kepadanya.

    Saya tengok cake BHS pun rindu jugak. Tengok saja dah terasa sedap. Hari raya ni boleh tempah kot.

    ReplyDelete
  10. Salam Haji...

    Kebetulan saya menginap di Hotel yang sama...

    Rindu sungguh bila tengok gambar-gambar yang diambil... teringat pada jalan2 yang dilalui utk ke Masjidil Haram...

    Semoga dimurahkan rezeki supaya dapat hadir utk beribadat lagi ke sana...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, semoga kita semua diundang lagi sebagai tetamu Allah. Amin, ya Rabb al-'Alamin.

    Wasalam

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.