Friday, July 16, 2010

Umrah 2010: Jalan Hijrah, Makkah: Sabtu 15/5/2010 - Kemalangan Tak DiDuga

Assalamu'alaikum wm wbr.

Waktu zohor pada hari ini (Sabtu, 15/5/2010) ialah 12:17pm. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram saya terserempak dengan suatu insiden di hadapan Al-Hijaz Palace Hotel, iaitu satu lagi hotel tempat jemaah Andalusia menginap, tetapi harga lebih mahal sedikit (tambahan RM200/=) sebab hotel ini lebih dekat untuk ke Masjidil Haram.

Sebuah bulldozer telah menggelongsor dari atas bukit (ketika sedang menuruni bukit selepas melakukan kerja-kerja mengorek untuk membina hotel baru) dan berhenti tepat di depan pintu Hijaz Hotel. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa. Namun seorang jemaah wanita Malaysia terjatuh dan tercedera sebab terpijak minyak pelincir yang tumpah daripada bulldozer tersebut.  Saya tidak tahu sama ada jemaah tersebut diberi pampasan atau pun tidak.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah soal keselamatan jemaah di tanah suci Makkah ataupun Madinah. Adakah pihak kerajaan Arab Saudi berlepas tangan atas kejadian ini? Kenapakah aspek keselamatan tidak diberi perhatian yang serius. Walaupun projek-projek pembangunan banyak dilakukan di sekeliling Masjidil Haram, namun kawasan yang dibangunkan tidak dikepung dengan zink jenis kukuh seperti stipendex dsb seperti yang biasa dilakukan  di Malaysia. Papan-papan tanda amaran juga tidak kelihatan di sini. Even di Zam-Zam Tower, pada masa ini sebuah jam besar sedang dipasang pada tower yang paling tinggi sebagai mercu tanda Bandaraya Makkah. Namun, jaring keselamatan tidak dipasang sedangkan beribu jemaah lalu lalang di kawasan itu setiap hari.  Sekiranya hanya seketul besi sebesar sebiji jangung terjatuh dari kedudukan yang tinggi tersebut, boleh menyebabkan kecedaraan yang teruk kepada para jemaah.

Oleh itu kepada para jemaah, saya nasihatkan agar lebih berhati-hati ketika berada di sana.  Di Madinah, saya sendiri telah dilanggar oleh pemandu lori yang memasuki service road yang juga merupakan lorong pejalan kaki berhampiran dengan hotel.  Pada ketika itu saya berdiri di tepi curb melihat barang jualan di kaki lima. Lori tadi mengambil selekoh tanpa memberi perhatian kepada orang yang sedang sibuk berjualan dan juga kepada orang yang sedang membeli belah di situ. Syukur kepada Allah SWT sebab siku saya sahaja yang disentuh oleh dinding lori. Agakan saya, mereka menganggap nyawa manusia seolah-olah sama seperti  nyawa seekor anak ayam. 

Sempat saya snap beberapa foto mengenai kejadian tersebut.

Wasalam.


Haa Siapa Kuat?
Tenung Apa Tu Bang?  Ada Anak Ayam Ke Kat Bawah Tu?


Dari Celah Lorong Inilah Bulldozer Tersebut Hilang Kawalan

Kalau nak tahu ramai ke tak ramai orang lalu di jalan Hijrah ni, lihatlah video klip di bawah ini


12:17pm - Azan Zohor Berkumandang


Selepas Jambatan Ialah Hijaz Hotel.
Jambatan Tersebut Masih Dalam Pembinaan
Bagi Sebuah Hotel Baru Di Belakang Zam-Zam Tower


12:17pm - Banyak Pilihan Pintu Nak Masuk Ke MH
Pintu 87, 88, atau Pintu No. 1?

Pintu 85 atau 86?

Oleh kerana saya telah lewat, akhirnya saya buat keputusan naik ke tingkat atas menggunakan escalator King Fahd sebab pada perkiraan saya ruang solat di tingkat bawah sudah penuh.


No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.