Assalamu'alaikum wm wbr.
Semasa berada di Masjid Nabawi, di samping solat sunat dan berdoa di Raudhah, membaca al-Quran, berzikir, dan sebagainya, para jemaah bolehlah join halaqah membaca al-Quran. Jika bernasib baik, terjumpa majlis khatam quran seperti gambar di bawah ini. Gambar ini dirakam berhampiran dengan Bab ar-Rahmah selepas solat subuh iaitu pukul 5:35 am waktu Madinah -- beberapa minit sebelum terbit matahari. Di masjid Nabawi banyak halaqah sebegini. Beruntung kalau dapat join halaqah membaca al-Quran di Masjid Nabawi sebab di situlah tempat turunnya wahyu Ilahi 1400 tahun yang lalu. Para sahabat sama-sama berkumpul mendengar dan menghafal al-Quran, dan tradisi tersebut diteruskan sehingga ke hari ini. InsyaAllah ada barakahnya. Amin.
Majlis Khatam al-Quran di Masjid Nabawi
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 5:35 am waktu Madinah
Juga terdapat halaqah berselawat seperti pada klip video di bawah. Mereka sedang mengalunkan selawat Burdah. Walaupun puak Wahabi di Malaysia mengutuk Selawat Burdah ini, namun di Masjid Nabawi masih ada yang mengamalkannya. Video klip ini dirakamkan di bahagian sebelah belakang Masjid Nabawi menuju pintu Raja Fahd jam 1:15pm iaitu selepas solat zohor. Hayatilah keindahan puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w. dalam selawat tersebut. MasyaaAllah.
Kalau pandai atau faham Bahasa Arab, para jemaah boleh join halaqah ilmu selepas Maghrib dan selepas subuh.
Macam-macam aktivi ada di Masjid Nabawi. Pilih sahaja yang mana satu berkenan di hati.
Wasalam.
Assalamualaikum, mohon jasa baik haji nak share gambar khatam Al Quran ni.
ReplyDeleteWa'alaikum salam.
DeleteBoleh, silakan. Left Click gambar dan save image.