.
Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, terutamanya di Raudhah. Rasa tidak puas sekiranya tidak dapat solat atau berdoa di Raudhah. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Antara rumahku dan mimbarku adalah termasuk taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku" - Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Berada di Raudhah bererti berada di taman syurga. Solat di Raudah bererti solat di taman syurga. Jesteru itu, Raudhah adalah salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Maka deng:an itu jemaah berpusu-pusu berebut untuk mendapatkan ruang solat di Raudhah. Di dalam Raudhah sendiri, terdapat beberapa lagi tempat yang dikenal pasti lebih afdal untuk berdoa iaitu:
Mehrab Nabi dan Di Sebelah Kanan Ialah Mimbar Nabi:
Gambar dari Internet utk view yang lebih luas.
2.
4. Di mimbar rasulullah saw
Suasana Berhampiran Raudhah Sebelum Solat Subuh 12/05/2010 jam 4:29 am
Raudhah Berada Di Sebelah Kiri Gambar Ini.
Yang Kelihatan Mimbar Usmani bukan Mimbar Rasul.
Perhatikan, Tiang-Tiang Tidak Berwarna Putih -- Bukan Kawasan Raudhah
Inilah Kawasan Raudhah: Perhatikan Tiang-Tiangnya Bewarna Putih.
Gambar Diambil Pada 11/5/2010 jam 4:45pm - 2 jam sebelum Maghrib.
2. Di tiang aisyah
.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam masjidku terdapat satu tiang jikalau manusia tahu kelebihannya nescaya mereka akan mengadakan undian untuk solat di situ." Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat bertanyakan mengenai tiang tersebut kepada A'aisyah r.ah, tetapi A'aisyah r.ah enggan memberitahu kedudukan tiang tersebut. Namun setelah para sahabat pergi, kelihatan A'aisyah membisikkan sesuatu kepada anak saudaranya iaitu Urwah Ibnu Zubair. Setelah itu Ibnu Zubair sering melakukan solat di salah satu tiang di Raudah tersebut. Akhirnya tiang itu dikenali sebagai tiang A'aisyah. Sekarang ini pada tiang itu tertulis Usthuwanah Aisyah.
Tiang A'aisyah
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:45 pm Iaitu Selepas Solat Asar
Iaitu tiang tempat sahabat, Abu Lubabah al-Anshari mengikat dirinya untuk beberapa lama dan berkata, Demi Allah saya tidak akan melepaskan ikatan ini hingga Allah mengampuniku dan Rasulullah s.a.w. melepaskanku." Ketika Allah menurunkan ayat pengampunannya, baginda Rasul sedang berada di rumah isterinya, Ummu Salamah ra. Ummu Salamah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw tertawa di waktu dini hari, maka aku bertanya, "Apa yang membuat baginda tertawa dan semoga Allah senantiasa membuatmu tertawa gembira?" Rasulullah menjawab, "Abu Lubabah telah diampuni." Kemudian Ummu Salamah berkata lagi, "Bolehkah aku memberikan kabar gembira ini kepadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Boleh jika kamu menghendaki." Setelah itu Ummu salamah berdiri di pintu kamarnya --ayat hijab belum diturunkan--, kemudian berkata, "Wahai Abu Lubabah aku membawa berita gembira buatmu, Allah telah mengampunimu." Setelah orang-orang tahu tentang pengampunan itu mereka saling berlomba untuk melepaskannya, tetapi dia berkata, "Jangan, demi Allah! Biar Rasulullah sendiri yang melepaskanku.
Ketika Rasulullah melewatinya seusai salat Subuh, beliau melepaskannya dari ikatannya. Dari sini dinamakanlah tiang itu dengan tiang Taubat.
Rasulullah selalu menunaikan salat-salat sunatnya di tiang ini, selalu datang ke situ setelah salat Subuh, juga iktikaf sambil bersandar kepadanya.
Mua'zzin Sedang Melaungkan Azan Subuh
Pada 12/05/2010 Jam 4:12am
Assalamualaikum.. bolih saya ambil gambar Raudhah yang kat atas sebagai bahan website atau blog masa depan saya?
ReplyDeleteWa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteSilakan, alhamdulillah, tetapi gambar tsbt saya download dengan izin dari http://sinar-permata.blogspot.com/2009/08/umrah-ziarah-hari-pertama-ahad-02-ogos.html
kredit kepada tuan blog tersebut.
Assalamualaikum Ustadz..
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 memberi izn share maklumat berkenaan UMRAH.
Mohon izin untuk artikel yg menarik ini juga.
Wa'alaikum salam mimi
ReplyDeleteYa silakan, silakan. Alhamdulillah
terima kasin pak, foto-foto bagus. tapi boleh saya minta foto dimanakah tiang raudhah yang pernah menangis karna rasul tidak lagi bersandar padanya? mohon kirim ke aminullah@gmail.com
ReplyDeletejazakallah khairan katsira
Sudah dikirimkan. Semoga bermenfaat.
DeleteAssalamualiakum WBK, saya inging download gambar raudah untuk saumi saya. Harap izinkan
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSilakan anonymous.
Assalamualaikum Ustaz,
ReplyDeleteSaya, Lina ingin mengikuti lawatan Umrah anjuran pihak travel ustaz seperti diatas dan boleh kiranya saya mendapat keizinan pihak ustaz untuk download gambar2 diatas bagi panduan saya.
Wa'alaikum salam wbt
Delete1. Saya tidak ada Travel agency sendiri. Saya buat umrah ikut TA Andalusia dan Wira Saujana.
2. Saya bercadang, pada tahun-tahun hadapan untuk memimpin group umrah di bawah naungan TA tertentu, insyaAllah.
3. Puan dipersilakan download apa-apa maklumat/gambar daripada blog ini. Alhamdulillah dan semoga bermanfaat.
Assalahmualaikum Ustaz,
ReplyDeleteIzinkan saya mengambil semua info dalam Blog Ybh Ustaz untuk sumber rujukan saya & keluarga.
Harap HALALkan ya Ustaz.
InshaAllah ... berkat.
Azizul@Meru
Wa'alaikum salam wbt
DeleteYa silakan tuan/puan
Alhamdulillah Amin.
mohon share ye ustaz. Jazakallah.
ReplyDeleteSilakan. Semoga bermanfaat.
DeleteTn, izinkan ana menggunakan infomasi tuan untuk rujukan, sebagai nota dan berkongsi dengan umum..
ReplyDeleteHamba Allah ....
Ya, silakan. Alhamdulillah
DeleteAssalamualaikum ustaz boleh x bagi keterangan dan kisah/sejarah tentang 1.tiang harum mukhallaqah(wangian) 2.tiang sarir (tempat tidur) 3.tiang al-mahras(tempat kawalan ) 4.tiang wufud (tempat utusan ) 5.tiang jibrail (tempat turunnya malaikat jibrail) 6.tiang tahajjud
ReplyDeleteAssalamualaikum wbkth Ustaz, Izinkan saya untuk menggunakan segala info dalam blog Ustaz bagi rujukan kami semua ya Ustaz..
ReplyDeleteJazzakAllah..