Sebelum berangkat ke tanah suci, elok kita menziarahi kedua ibubapa dan sanak saudara, sekiranya mereka masih hidup, untuk bermaaf-maafan. Sekiranya mereka telah meninggal dunia, pergilah ziarah kubur mereka serta sedekahkan Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran dsb.
Sabda Rasulallah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim maksudnya:
“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang salih yang mendoakan baginya”.
Alhamdulillah, pagi tadi dapat saya mencuri masa menziarahi pusara emak dan ayah yang telah lama meninggal dunia. Di situ juga bersemadinya emak dan bapa mentua serta adik ipar. Dapatlah saya membacakan Fatihah, selawat dan memanjatkan doa agar roh-roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang berbakti kepada Allah s.w.t.
Suasana sepi dan hening dan sekali sekala terdengar kicauan burung merbah - semuanya ini menimbulkan rasa insaf bahawa akhirnya ke tanah jualah kita akan dikembalikan.
Saya cuba berbicara dengan mereka di dalam hati, untuk melepaskan rindu. Ada terasa dalam hati seolah-olah mereka berkomunikasi dengan saya. Namun logik akal mengatakan tidak mungkin ia berlaku.
Sebelum beredar, sempat ambil gambar tempat persemadian mereka. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh mereka. Amin.
Suasana Hening dan Sepi di Kawasan Perkuburan
Pusara Ayah - Yang Ada Pokok tu
Pusara Ibu - Juga yang ada pokok
Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad
ReplyDeleteSalam ziarah
Al Fatihah untuk kedua ibu bapa Tn Hj
Wassalam
Wa'alaikum salam.
ReplyDeleteTerima kasih di atas doa tuan. Amin.
Aziz JB
ReplyDeleteAssalamuaalaikum Tn. Haji,
Satu peringatan yang baik dari Tn. Hj, Insyallah saya dan isteri yang akan pergi menunaikan Haji pada tahun ini sepertimana yang telah ditawarkan oleh LUTH.
Salam Tuan Aziz JB
ReplyDeleteAlhamdulillah,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini. Maaf kerana lambat jawab komen tuan sebab terlepas pandang.
Saya doakan agar tuan dan isteri dapat menunaikan haji pada tahun ini dan semoga mendapat haji yang mabrur. Jangan lupa untuk perbanyakkan selawat ketika di Madinah, dan beristighfar ketika di Makkah (Masjid Haram), di Arafah, Mudzalifah dan di Mina.
Juga banyak-banyak minum air zam-zam dan tawaf sunat. Kalau boleh, masuk saja Masjid Haram, tawaf sunat. Nak balik ke hotel, tawaf sunat.
Wasalam