Agak lama saya tidak update entri di sini, almaklum sekarang sangat sibuk sebab peperiksaan akhir semester sedang berlangsung. Namun hari ini saya cari kesempatan untuk menulis suatu entri yang tidak kurang penting bagi para jemaah di Masjidil Haram iaitu tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa.
Alhamdulillah, apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram, sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah. Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di surau atau di rumah, mengangkat tangan menghadap kiblat memohon rahmat dan kurnia Ilahi. Kini semasa di Masjidil Haram, kita berada di hadapan kaabah. MasyaAllah, alangkah beruntungnya tetamu Allah yang berada sangat hampir dengan kaabah sebab di sana terdapat beberapa tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa.
Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:
1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).
Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.
Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.
2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.
3. Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita. Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat. Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.
Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
4. Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.
5. 2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.
Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.
6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa. Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.
7. Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.
8. Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.
Ceramik Warna Coklat Di Syazarwan
Tempat Jibrail Mengajar Nabi SAW Solat Selepas Peristiwa Isra' dan Mi'raj
- Wallahuaklam
9. Tempat asal makam Irahim (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).
Alhamdulillah, semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala salah dan silap itu adalah kelemahan saya sendiri. Adalah diharapkan agar para pembaca dapat membetulkan mana-mana fakta yang tidak tepat dalam entri ini. Maklumat entri ini saya kutip dari ceramah kursus umrah anjuran Andalusia Cawangan Melaka.
ada satu tempat lepas pintu kabah...ada satu batu mempunyai tapak tangan serta tapak kaki Rasulullah...wangi...masa saya umra..seorang polis arab kata cium dan doa...boleh saya tahu sejarahnya
ReplyDeletesalam ziarah..sgt berinfo n3 ni..terima kasih..alhamdulillah byk gk tpt mustajab doa yg sy berkesempatan berdoa di situ..cuma di multazam tdk dpt melekap di Kaabah krna org ramai sgt..sy cuma amik tpt selari dihadapannya dan dptla solat fardhu di situ slalu..
ReplyDeleteWa'alaikum salam suziey
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih kerana sudi berziarah ke sini.
Assalammualaikum...trime kasih atas sgala ilmu yg anda share..alhamdulillah..stelah baca blog anda...sy dpt beberapa ilmu baru dr blog anda..
ReplyDeleteShukran Jazilan....
Wa'alaikum salam Meorfez
ReplyDeleteAlhamdulillah, yang baik itu dari Allah S.W.T. dan segala kekurangan adalah dari saya yang serba dhaif ini. Semoga sama-sama kita menfaatkan.
Ya Allah berkatilah semua pengunjung blog "Hidup Biar Allah Sayang" ini. Sayangi kami semua ya Allah. Limpahkanlah rahmatNu ke atas kami sekelian dan jauhilah kami daripada api neraka. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Amin ya Rab al 'Alamin.
Asalamualaikum, Terima kasih atas segala saranan, nasihat &tunjukajar dlm blok ini. Sangat berguna dan insyaallah saya manafaatkan.Saya berada dibumi Mekah ini selama 4 bulan atas urusan perkhidmatan tren Metro Mekah.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para pengunjung. Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT, dan yang silap dan salah adalah kelemahan saya sendiri.
Beruntung tuan berada di sana selama 4 bulan - untuk urusan pengangkutan jemaah ke Arafah, Mudzalifah dan Mina saya kira. Alhamdulillah, besar ganjaran memberi perkhidmatan kepada para Hujjaj. MaasyaaAllah, Tabarakallah.
Salam Syah,
ReplyDeleteUsahakan supaya dapat berdoa di tempat-tempat yang mustajawab tersebut. Lakukan dengan ikhlas dan khusyuk. Masa nak ketempat tsbt jangan berebut-rebut atau menyakiti orang lain seperti tersiku atau terlanggar jemaah lain. InsyaAllah, cepat maqbul-Nya.
Insya Allah akan ke sana pada tahun ini. Minta izin untuk share di blog saya sebagai pedoman saya juga
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt Erani Zuhran
ReplyDeleteSilakan, alhamdulillah.
Wasalam
Salam tuan haji,
ReplyDeleteJika tidak keberatan minta dikemaskini panduan umrah terutama tawaf dan saei memandangkan insyaAllah saya akan mengerjakan umrah pada 25.05.2012.
Syukran.
hashim62msia.com
Salam tuan haji,
ReplyDeleteTerima kasih di atas maklumat yg dikongsikan di sini...
Wassalam
Wa'alaikum salam hashim
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah kerana telah mendapat jemputan Allah SWT untuk menunaikan umrah. Semoga tuan mendapat umrah yang maqbullah, amin,
Panduan tawaf dan saie telah ada entrinya dalam blog ini. Tuan perlu scroll arkib entri di sebelah kanan.
Panduan tawaf:
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-21-sunat-sunat-semasa.html
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-26-adab-sewaktu-tawaf.html
Panduan saie:
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-28-sunat-sunat-semasa.html
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-29-bacaan-semasa-saie.html
Wa'alaikum salam Anonymous,
ReplyDeleteTerima kasih, alhamdulillah.
Semoga bermanfaat.
mohon share dengan jemaah lain
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt mimi
ReplyDeleteYa, silakan mimi, silakan. Alhamdulillah.
Terima kasih
Assalamu'alaikum..
ReplyDeleteterima kasih..tuan haji.
kerana berkongsi pengalaman dan panduan menunaikan umrah. InsyaALLAH sy akan menunaikan umrah tak lama lagi.
Wa'alaikum salam sabri.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga tuan sekeluarga sentiasa mendapat limpah kurnia dan kasih sayang Allah SWT.
Selamat menunaikan umrah dan selamat kembali ke tanah air. Semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin.
Terima kasih.
Insya Allah akan ke sana pada tahun ini. Minta izin pedoman ini utk dishare bersama rakan2.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt anonymous
ReplyDeleteYa tuan/puan dipersilakan. Alhamdulillah.
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteTerima kasih di atas maklumat yg dikongsikan di sini. Saya mohon keizinan Tuan Haji untuk kongsikan link entri ini di blog. Semoga Allah memberkati usaha Tuan Haji.
Wassalam.
Wa'alaikum salam Nur-nba
ReplyDeleteSilakan, Alhamdulillah.
Wasalam.
Sangat bermanafaat pada bakal peserta umrah
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
DeleteAssalamualaikum Tuan :
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala ilmu yang dikongsikan di blog ini, ternyata semuanya bermanafaat dan InsyAllah membantu saudara2 sesama Islam memperbaiki ibadat umrah/haji. Semuga Allah melimpahi Tuan dengan syurga Firdaus buat selama2nya, Ameen Yarabalaalameen.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteAlhamdulillah, Amin, amin, Ya Rabbal 'alamin.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih di atas usaha tuan memasukkan gambar semasa wukuf di Arafah. Sekurang-kurangnya saya dapat gambaran keadaan dan suasana semasa di Arafah dan Mina. Saya telah download gambar tersebut dan akan tunjuk kepada isteri dan rakan-rakan yang insyallah akan menunaikan haji pada tahun ini.
Terima kasih, sekali lagi.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DeleteSama-sama, alhamdulillah.
Saya doakan agar tuan, isteri, dan rakan-rakan tuan mendapat haji yang mabrur. Amin.
asslamualaikum...
ReplyDeleteterima kasih di atas semua infomarsi [sangat jelas & senang faham]... doakan kami dipermudahkan disana, amin... fly 11 feb 13... tqvm
Wa'alaikum salam wbt
DeleteAlhamdulillah, semoga tuan/puan ahli rombongan selamat menunaikan ibadat umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul.
Perbanyakkanlah istighfar dan taubat sebelum berangkat serta banyakkan berdoa agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada tuan/puan sekeluarga. Amin.
Assalamualaikum,saya sangat berbesar hati di atas info yang diberikan. semoga ia menjadi panduan pada saya yang kurang ilmu ini. insyaalah semoga tuhan memberkati kepada saudara.Amin....
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteAmin, amin, Ya rab al 'alamin.
Terima kasih kerana sudi mendoakan saya. Amin. Semoga maklumat-maklumat tersebut dapat membantu tuan melaksanakan umrah dengan sempurna dan semoga mendapat umrah yang maqbul. Amin
Assalamualaikum, insyaalah sekiranya allah menjemput saya kali kedua kerumahnya. Saya akan memohon doa di tempat2 tersebut.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteInsyaAllah semoga tuan dapat melaksankan umrah bukan hanya kali kedua, malah untuk sekian kalinya. Amin.
Sy diberitahu ada bbapa lg tempat mustajab berdoa yg ada di masjidi haram.
ReplyDelete* Tempat saei
* Tempat mula Nabi mikraj
* Tempat berhenti Nabi berdoa setiap kali masuk dan keluar dr masjidil haram
* Tempat Nabi menerima wahyu
* Tiang jin dari Yaman
Maaf. saya tidak tahu di mana letaknya tiang jin tersebut.
DeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian penglaman dan ilmu. semoga menjadi panduan kepada saya yang akan menunaikan ibadah umrah pada 10-21 mac ini. semoga segala ibadah dipermudahkan.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteSelamat berangkat menunaikan umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.
Saya berhajat ke umrah pada masa terdekat ini adalah ingin beribadat dan mendapat petunjuk daripada ALLAH S.W.T atas masalah kebuntuan kehidupan rumahtangga yang telah berlaku...segalanya saya serahkan kepada Allah setelah usaha yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan tiada perubahan yang positif daripada pasangan saya. Jadi saya mengajak suami pergi umrah dan beliau bersetuju. tetapi sehingga kini beliau belum berubah untuk mempertahankan rumahtangga masih dengan sikap ego...saya sangat2 berharap semoga di sana saya dan beliau mendapat petunjuk dan pintu hidayah terbuka seluasnya. Tidak sabarnya rasa ingin menjejak kaki ke rumah ALLAH...mohon doakan semoga perjalanan umrah saya dipermudahkan...Segala kebuntuan dan permasalahan akan terjawab di sana..amin..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt
DeleteSaya bersimpati atas masalah yang puan hadapi. Justeru sekiranya puan dapat menunaikan umrah seperti yang dihajatkan maka berdoalah bersungguh-sungguh agar rumahtangga puan kembali aman damai dsb. Perbanyakkanlah beristighfar serta memohon ampun dan taubat kepada Allah SWT dan mohonlah agar Allah melembutkan hati suami puan.
Saya doakan agar Allah permudahkan urusan puan untuk melakukan umrah dan semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.
Alhamdulillah...jutaan terima kasih atas ilmu nya. dp damia hjh brunei
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat, amin.
DeleteAssalammualaikum ustaz
ReplyDeleteBoleh dapat rujukan sebagai tambahan bacaan cara-cara berdoa yang pegang kaabah tu. Bimbang juga kalau silap2 xbetul niat hati berasa kaabah yg dilebihkan akan jadi syirik. Terima kasih ustaz.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteKita berdoa kepada Allah SWT. Tak pegang kaabah pun tak apa. Semasa di masjidil haram berdoa di mana-mana pun boleh. Berdetik dalam hati pun sudah dikira doa. Yang penting ialah keikhlasan dan diiringi dengan perasaan takut dan mengharap (doa dengan penuh khusyuk dan faham makna apa yang kita doakan).
Salamualaikum tuan hj,
ReplyDeleteInfo yang amat berguna dari tuan hj. saya memohon dan meminta keizinan dari tuan hj untuk copy paste info mengenai tempat tempat mustajab doa di masjidil haram dan masjid al-nabawi, untuk saya refer balik bila bila saya perlukan. dan share info ini kepada keluarga terdekat.
Semoga membalas jasa tuan hj.
Wa'alaikum salam wbt.
DeleteYa silakan, dan harap dapat dipanjang-panjangkan. Semoga sama-sama dapat manfaat. Amin
tuan haji,
ReplyDeleteterima kasih atas panduan yang jelas mengenai tempat2 mustajab doa.ia sangat berguna utk org2 yang belum sampai ke sana lagi.mohon copy n paste tuan haji..
Ok, silakan. Wasalam.
Deletesalam minta share maklumat untuk renungan sebelum mengerjakan umrah march 2014. Tolong izinkan saya
ReplyDeleteBoleh, silakan
Deletemohon share untuk panduan umrah april 2014
ReplyDeleteYa silakan puan.
DeleteAlhamdulillah...panduan yang sangat berguna saya kira kepada bakal jemaah haji dan umrah. Syukran jazilan...semoga dilimpahkan kurniaNya keatas tuan..
ReplyDeleteAmin, Ya Rab al-'alamin. Alhamdulillah.
DeleteLabbaikallahumma labbaik
ReplyDeleteLabbaikalaa syarii kalaka-labbaik
Innal hamda
Wanniqmata
Lakawal mulk
Laa syarii kalak
Alhamdulillah. Saya sendiri teruja dan bersemangat apabila membaca talbiyah ini. Semoga Allah menjemput lagi kita semua bertamu ke rumahNya. Amin.
DeleteAssalamualaikum tuan..Terima kasih atas ilmu2 yg tlh dikongsikan dlm blog ini..izinkan sy share info2 yg ade kpd keluarga sy..
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteYa silakan tuan/puan. Alhamdulillah.
Assalamualaikum Tuan Haji. Saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.
ReplyDeleteSaya mohon share info2 yang diberikan di blog ini sebagai persediaan dan panduan untuk kami sekeluarga untuk menunaikan umrah pada Disember 2014 nanti. Insya'Allah.
Wa'alaikum salam wbt.
DeleteYa silakan. Alhamdulillah.
Assallammu'alaikum wrwbb......kenapa web ini tidak dapat di copy paste ? tidak ada salahnya dapat di copas, sebagai ibadah kepada Allah SWT, relakan dan ikhlaskan saja.
ReplyDeleteWa'alaikum salm wbt
ReplyDeleteSaya sendiri sebagai pemilik blog tidak dapat copy paste.
Itu dulu-dulu punya cerita semasa saya rajin ubah-ubah kod HTML templete blog. Sekarang saya dah lupa kat mana saya ubah. Kalau dicuba-caba nak perbetulkan takut blog ini jadi tidak keruan.
kalau guna smartphone/androids boleh copypaste - tak ada masalah.
Salam tuan blog.. mohon maaf saya copy panduan dan doa-2 dari blog tuan sebagai panduan untuk ibadah saya awal tahun hadapan...
ReplyDeletesaya view source code utk copy isi penting sahaja..
Moga allah berkati tuan .. amin
Pn. Faizah
Puchong.
Waa'laikum salam wbt
DeleteSilakan puan. Jika guna android lagi mudah utk copy.
Salam, syukur ya rabb, hambamu ini d pertemukan membaca blog tuan haji..
ReplyDeletesemoga Allah mempermudahkan hamba ke sana suatu hari nanti.. amin..
lailazana
kubang kerian
Alhamdulillah. Semoga Allah SWT memperkenankan doa puan/cik. Amin
DeleteAssalamualaikum. Doakan agar saya dapat tunai ibadah di madinah dan mekah dan termasuk umrah. In sya Allah berangkat 26 februari
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSemoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan tuan/puan sepanjang berada di Haramain. Juga semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin
Assalamualaikum. Tn haji ilmu yg bermanfaat utk di kongsi bersama, terima kasih. Saya mohon share.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt.
DeleteYa silakan sarina.
Assalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteGambar yg terakhir tidak jelas. Cuba untuk besar kan tapi boleh.
Apa pun terima kasih berkongsi. InsyaAllah saya akan berangkat bulan Jun ini
Wa'alaikum salam wbt
DeleteOriginal note sudah hilang. Maaf gambar kabur
Assalamualaikum tuan, saya dan keluarga in shaa Allah akan mengerjakan umrah pada 10/06/15 dan saya ingin copy paste tips2 yang tempat2 mustajab berdoa untuk kami applykn nanti in shaa Allah. Terima kasih tuan kerana memberi kebenaran copy paste. Semoga tuan dan keluarga diberkati dan dilimpahi rahmat. Aminn..
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteMaaf lewat respon. Saya baru masuk semula blog ini. Terima kasih atas doa puan.
Ya silakan copy mana-mana yang berkenan. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum, terima kasih atas sharenya tentang doa mustajab :)
ReplyDeleteSalam
Wa'alaikum salam wbt. salam perkenalan.
DeleteTerima kasih di atas perkongsian yg amat bermakna, izinkan saya copy n paste utk rujukan ahli keluarga..
ReplyDeleteYa silakan.
DeleteSudah berkunjung ke situs Mukena Umrah. Wah cantik sekali. Jika saya berkesempatan ke Jogja in shaa Allah akan berkunjung ke sana.
ReplyDeleteAssalamualaikum...terima kasih dan tahniah atas perkongsian yang amat berguna ini..mohon share, copy dan share yer tuan..
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSilakan. Alhamdulillah
Assalamualaikum tuan, terima kasih byk2. Ilmu yg bermanfaat sekali. Mohon share dan copy. Smg tuan dirahmati Allah.
ReplyDeleteassalam dan salam perkenalan....alhamdulillah akan menunaikan umrah pada 28mei 2016....mohon share and copy...terima kasih atas ilmu...insyaAllah akan buat sebagai rujukan disana....
ReplyDeleteassalam.
ReplyDeletemohon izin share
Assalamualaikumm...terima kasih yg tidak terhinģga atas perkongsian yg cukup bernilai ini..tk
ReplyDelete