Friday, April 9, 2010

Notebook Sakit

Assalamu'alaikum wm wbr.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajioun.  Notebook saya sudah tiga minggu rosak -- tidak boleh boot. Saya mohon jutaan maaf kepada para pembaca kerana tidak dapat update entri panduan mengerjakan umrah.  Sebenarnya saya boleh hantar notebook ke kedai untuk di format dan memasukkan semula windows operating systems.  Namun hati terasa berat untuk berbuat demikian kerana banyak data terutamanya video dan gambar yang memberikan nostalgia kepada saya semasa melaksanakan ibadah haji tahun 2007 yang lalu.  Walau bagaimana pun, sudah ketentuan Allah s.w.t. yang membuatkan hati saya berat untuk menghantar notebook tersebut untuk di repair.

Saya juga dengan berat hati terpaksa menggunakan PC pejabat untuk entri ini. Sebenarnya saya tidak suka menggunakan PC pejabat untuk berblog dan sebagainya.  Namun hari ini terpaksalah saya melanggar 'pantang larang' saya tersebut. :D.

Dalam tidak berbelog, dapatlah saya mengumpul sedikit bahan untuk entri panduan umrah, terutama mengenai bab ikhlas -- suatu buku tulisan Yusuf al-Qardawi yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca.  Saya bersyukur kerana dapat membaca buku tersebut kerana ia telah mengubah perpektif saya terhadap konsep ibadah terutama terhadap umrah.

InsyaAllah saya akan cuba updatekan entri saya dihujung minggu ini -- nak pinjam netbook anak.  Semoga Allah swt memudahkan segala urusan, Amin.

Wasalam.

4 comments:

  1. salam tn hj

    terima kasih kerana ummi dpt banyak ilmu dan nasihat yg bguna dr sini ...

    semoga tn hj sihat sejahtera hendaknya.

    ReplyDelete
  2. salam tn Hj..

    seperti yg pernah ummi buat ulasan kpd rkn blogger PDKM dr Johor dlm blognya yg lalu ,Alhamdulillah data2 dlm pc nya dpt diselamatkn dgn izin Allah.

    hubby ummi minat benar kpd bidang2 komputer nih , jd dia bolehler sikit2 untuk baiki masalah berkenaan , jd sekiranya tn hj percaya kpd keupayaan dia , boleh ler hantar notebook tn hj kpd dia, blh ler dia tengok2 kan .

    sila guna email ni utk berurusan sekiranya setuju , tp terlebih dulu ummi bagitau , kami bkn buat bisness dlm bidang ni sebab tu ler ummi amik masa utk dptkan psetujuan hubby ummi dulu sblm buat ulasan di sini.

    ni email ummi : vilakd@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih puan ummi atas perhatian masalah saya. Data-data dalam komputer memang sangat berharga berbanding komputer itu sendiri. Kalau dapat retrieve balik memang sangat-sangat bersyukur. Saya nak cari external hard disk yang kapasitinya besar terlebih dahulu untuk terus simpan data kat situ. InsyaAllah seminggu dua ni kalau diizinkan Allah, boleh ler beli hard disk tu dulu.

    ReplyDelete
  4. salam tn hj..

    ummi tak pandai pun bab ni , kalu apa2 hal kena tanya pd hubby terus .ummi cuma leh jd org tengah jer.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.