Wednesday, January 13, 2010

Menjaga Solat

Assalamu'alaikum wm. wbr.
Sebagai seorang muslim, salah satu tuntutan agama yang sangat perlu diambil perhatian ialah menjaga solat atau sembahyang. Solat 5 waktu sehari semalam perlu dilakukan walau di mana kita berada. Sama ada kita berada di atas perahu di tengah laut, atau di dalam kapalterbang, atau sedang terlantar di atas katil hospital, kita perlulah segera menunaikan solat. Tidak ada alasan untuk seseorang itu meninggalkan solat.

Ketika melayari Youtube, terjumpa tiga iklan solat:

Juga terdapat banyak gambar solat yang dilakukan di merata tempat. InsyaAllah, saya akan cuba menghasilkan video klip "Tiada Alasan Meninggalkan Solat" hasil kompilasi gambar-gambar tersebut.

Contoh gambar solat:
Jadi sememangnya tidak ada alasan untuk tidak menunaikan solat. Supaya Allah meyayangi kita, disamping menjaga solat wajib maka kita perlulah memperbanyakkan solat sunnat seperti solat tahajjud dan solat dhuha. InsyaAllah, marilah kita sama-sama berusaha menunaikan tututan tersebut.

2 comments:

  1. salam kenal - ziarah ke sini...TK berkongsi maklumat di sini...teruskan menulis...Saya cikgi somewhere di Ayer Keroh, Melaka...silalah ke blog saya

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu.

    So ngajar kat Sekolah Menengah Air Keroh lah yer?

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.