Assalamu’alaikum
wbt
Alhamdulillah,
bertemu kembali selepas sekian lama saya menyepi dari dunia berbelog. Kesihatan yang terganggu membuatkan mood
untuk berbelog merudum seperti merudumnya harga getah sekarang ini yang
menyebabkan para NGO (Noreh Getah Orang) di Baling Kedah
hanya meraih pendapatan sekitar RM200-RM300 sebulan. Ironinya pada masa yang sama elaun Ahli
Parlimen akan dinaikkan sekali ganda iaitu daripada Gred 54 kepada Gred Jusa C
(daripada RM6500 kepada RM12000) mulai Januari 2015.
Sementelah
kita masih lagi dalam bulan Zulhijjah 1435H walaupun beberapa penerbangan KT Jemaah
haji Malaysia telah selamat sampai ke Malaysia
(latest KT04 telah selamat sampai malam tadi 12/10/2014), sukacita saya
tempelkan di sini suatu kisah pengorbanan seorang anak yang menaja pembiayaan
umrah kedua orang tuanya (walaupun terdahulu daripada itu dia telah merancang
untuk melaksanakan umrah untuk dirinya sendiri) telah membuahkan natijah yang
sungguh mengkagumkan. Benarlah janji Allah SWT iaitu DIA akan memberi ganjaran
yang berlipat kali ganda (sehingga 700 kali ganda) bagi setiap kebajikan yang
kita lakukan dengan ikhlas.
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ
حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
|
(Bandingan
(derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya) – al Baqarah:261
Ya
para pembaca sekelian. Anak yang bertuah tersebut ialah saudara Saiful Nang
yang telah mengerjakan umrah dan haji secara percuma pada tahun 2013 yang
lepas. Bacalah kisah beliau yang saya ceduk sepenuhnya daripada facebook beliau
sendiri agar ia memberi dorongan / motivasi bagi kita untuk melakukan kebajikan
semata-mata kerana Allah SWT. Amin
Saiful Nang
KISAH HAJI FREE SAIFUL NANG
Tahun lepas saya pergi haji FREE. Tapi saya nak cerita bagaimana haji Free itu Allah berikan kepada saya sebagai satu hadiah.
Pertengahan tahun 2012 semasa saya merancang untuk menunaikan umrah, pada ketika itu ayah saya menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah. Lalu, saya serahkan apa yang saya ada untuk dahulukan ayah saya dan ibu tiri saya untuk pergi dahulu. Saya tidak terasa sedih atau menyesalpun dan dalam hati saya meyakini Allah punya cara lain untuk membalasnya.
Selang beberapa bulan pada awal 2013 (tahun lalu) saya ditawarkan oleh sepasang pengantin dari Sarawak untuk mengambil foto mereka bernikah di Masjidilharam. Tanpa menoleh saya jawab "YES" saya mahukannya. Bukan sekadar saya dapat umrah bersama mereka secara percuma, malah perkhidmatan saya tetap mereka bayar seperti biasa tanpa ada kekurangan sedikitpun termasuk yuran tugasan luar negara selama 11 hari.
Satu balas satu. Allah beri lebih lagi. Dapatlah saya umrah FREE.
Semasa di Mekah dan Madinah, saya sangat terharu dan saya fikir ramai anak-anak saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga golongan asnaf kurang berkemampuan patut pergi ke tanah suci juga. Lalu pada ketika itu saya menemui ilham untuk menjual foto-foto saya. Hasil jualan itu adalah untuk menghantar mereka yang kurang berkemampuan ini untuk mengerjakan umrah.
Dari bulan May 2013 - Sept 2013 saya bergiat untuk menjual foto-foto indah dari Tanah Haram untuk mereka yang meminatinya. Pada ketika itu jualan yang diperolehi tidaklah banyak sangat. Saya anggap projek itu hanya mencapai 5/10 sasarannya. Namun saya tetap berusaha juga dengan melaburkan sejumlah modal untuk pembangunan galeri dan mesin percetakan yang lebih baik dengan harapan ia akan berubah menjadi lebih baik dari segi jualan.
Kita merancang Allah yang tentukan...
Sep 2013 saya mendapat panggilan dari Tabung Haji Travel semasa saya di Albany, Australia dengan panggilan singkat menawarkan
"Tuan Saiful Nang, minat nak pergi haji dengan kami tak? haji jadi fotografer kami...dan semuanya kami beri pecuma dan kami bayar token perkhidmatan".
Meluru TANPA fikir panjang saya jawab "YES". Sebenarnya pada tahun 2007 saya pernah ditelefon oleh syarikat yang sama menawarkan tawaran yang sama, tetapi notis pendek dan ketika itu saya di Melbourne untuk satu tugasan percetakan album Tuanku Sultan Brunei. Pada ketika itu saya diuji, untuk jawab seruan Allah ataupun uruskan kerja. Mungkin pada ketika itu, hati tidak cukup terpana dengan panggilan itu. Lalu saya hanya berikan alasan "Saya tiada di Malaysia sekarang".
Tawaran Sep 2013 tahun lalu memang tidak saya fikir banyak sekalipun saya perlu ambil tiket balik serta merta. Namun bila jawapan diberikan "Ya", Allah juga tidak zalim dan saya diberitahu untuk habiskan urusan di Australia dan sekembali ke KL terus berjumpa mereka untuk urusan dokumentasi.
Saya tidak pernah ada buku simpanan tabung haji tetapi saya dapat pergi haji atas panggilan Allah. Itulah hadiah yang saya dapati. Sekalipun saya menjadi petugas biasa, tetapi menjadi petugas bukanlah satu perkara mudah. Kita bukan sekadar membantu diri sendiri tetapi membantu orang lain mengerjakan haji juga.
Saya tidak bayar 1 sen pun untuk pergi mengerjakan haji tetapi saya berada dalam kelas pakej tertinggi dan mampu makan apa yang mereka makan juga tidur di tempat mereka tidur (cuma mereka tidur 2 orang sebilik, kita pakat tidur 11 orang 1 bilik), naik kenderaan yang mereka naiki. Sudahlah dapat haji FREE, dapat lompat pakej Almaas, Zamrud, Topaz, Nilam dan Aked. Mana selera nak singgah...singg ah sahaja mana-mana antara pakej tu. Tapi kena kerja ambil gambar kan?? Heheheh...kalau tiada orang upah saya ambil gambar pun saya tetap ambil gambar. Jadi rasa macam tak ada komitmen sangat lah kecuali kena ikut jadual jemaah mengikut pakej yang saya ditugaskan
Kalau tak pun...saya kena ikut jadual pakej juga kan?
Sama sahaja
Kedudukan saya di situ membolehkan saya pergi dari atas ke bawah. Orang dari bawah dihalang untuk merasai apa yang di atas tetapi dengan jaket Tabung Haji, saya sering menziarahi penginapan jemaah haji muassasah dan sering juga terhibur berkongsi makanan dalam tray yang sama dengan jemaah yang sakit sambil menyuapkan mereka. Saya juga sering ambil kesempatan untuk melepak di bawah kolong menara jam yang megah itu di tempat jemaah haji India dan Pakistan melabuh rehat sementara menunggu masuk waktu yang lain.
Ia membuka mata saya kepada dunia atas dan dunia bawah. Saya dapat lihat selonggok daging steak yang diambil dan dijamah sesuap kemudian ditinggalkan. Saya juga merasa melihat, sisa makanan kelas atasan menjadi makanan marhaen di bawah kolong hotel 5 bintang dalam satu rantaian makanan yang menampar muka saya untuk tidak sesekali membazir dan bermewah-mewaha n dalam urusan makan.
Pada hari akhir, saya mengucapkan terima kasih kepada salah seorang petugas Tabung Haji Travel di Jeddah semasa saya berangkat pulang dengan KT65, saya katakan kepada beliau "Terima kasih kerana beri peluang saya pergi haji FREE".
Beliau menjawab "Pakej haji kamu telah dibayar awal tahun ini semasa kamu membantu mencukupkan bajet orang lain menunaikan umrah dengan hasil jualan foto kamu atau mungkin lebih awal lagi dari itu...Allah tak pernah beri haji percuma TANPA PENGORBANAN".
Dalam kapal terbang....aku memandang ke langit kosong dan menyaksikan kalimah kebesaran Allah itu ada dimana-mana di antara langit dan bumi. Mengapalah aku tak nampak dari dulu lagi. Kenapalah aku bodoh sangat berfikir rezeki itu aku dapat kalau aku kerja semata-mata dan menabung...seda ngkan pada Allah semua yang aku dapat itu mudah sangat untuk Dia jadikan (sambil menghantuk-hant uk manja kepala ke tingkap kapal terbang).
SAIFUL NANG
Catatan Haji 1434H
Tahun lepas saya pergi haji FREE. Tapi saya nak cerita bagaimana haji Free itu Allah berikan kepada saya sebagai satu hadiah.
Pertengahan tahun 2012 semasa saya merancang untuk menunaikan umrah, pada ketika itu ayah saya menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah. Lalu, saya serahkan apa yang saya ada untuk dahulukan ayah saya dan ibu tiri saya untuk pergi dahulu. Saya tidak terasa sedih atau menyesalpun dan dalam hati saya meyakini Allah punya cara lain untuk membalasnya.
Selang beberapa bulan pada awal 2013 (tahun lalu) saya ditawarkan oleh sepasang pengantin dari Sarawak untuk mengambil foto mereka bernikah di Masjidilharam. Tanpa menoleh saya jawab "YES" saya mahukannya. Bukan sekadar saya dapat umrah bersama mereka secara percuma, malah perkhidmatan saya tetap mereka bayar seperti biasa tanpa ada kekurangan sedikitpun termasuk yuran tugasan luar negara selama 11 hari.
Satu balas satu. Allah beri lebih lagi. Dapatlah saya umrah FREE.
Semasa di Mekah dan Madinah, saya sangat terharu dan saya fikir ramai anak-anak saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga golongan asnaf kurang berkemampuan patut pergi ke tanah suci juga. Lalu pada ketika itu saya menemui ilham untuk menjual foto-foto saya. Hasil jualan itu adalah untuk menghantar mereka yang kurang berkemampuan ini untuk mengerjakan umrah.
Dari bulan May 2013 - Sept 2013 saya bergiat untuk menjual foto-foto indah dari Tanah Haram untuk mereka yang meminatinya. Pada ketika itu jualan yang diperolehi tidaklah banyak sangat. Saya anggap projek itu hanya mencapai 5/10 sasarannya. Namun saya tetap berusaha juga dengan melaburkan sejumlah modal untuk pembangunan galeri dan mesin percetakan yang lebih baik dengan harapan ia akan berubah menjadi lebih baik dari segi jualan.
Kita merancang Allah yang tentukan...
Sep 2013 saya mendapat panggilan dari Tabung Haji Travel semasa saya di Albany, Australia dengan panggilan singkat menawarkan
"Tuan Saiful Nang, minat nak pergi haji dengan kami tak? haji jadi fotografer kami...dan semuanya kami beri pecuma dan kami bayar token perkhidmatan".
Meluru TANPA fikir panjang saya jawab "YES". Sebenarnya pada tahun 2007 saya pernah ditelefon oleh syarikat yang sama menawarkan tawaran yang sama, tetapi notis pendek dan ketika itu saya di Melbourne untuk satu tugasan percetakan album Tuanku Sultan Brunei. Pada ketika itu saya diuji, untuk jawab seruan Allah ataupun uruskan kerja. Mungkin pada ketika itu, hati tidak cukup terpana dengan panggilan itu. Lalu saya hanya berikan alasan "Saya tiada di Malaysia sekarang".
Tawaran Sep 2013 tahun lalu memang tidak saya fikir banyak sekalipun saya perlu ambil tiket balik serta merta. Namun bila jawapan diberikan "Ya", Allah juga tidak zalim dan saya diberitahu untuk habiskan urusan di Australia dan sekembali ke KL terus berjumpa mereka untuk urusan dokumentasi.
Saya tidak pernah ada buku simpanan tabung haji tetapi saya dapat pergi haji atas panggilan Allah. Itulah hadiah yang saya dapati. Sekalipun saya menjadi petugas biasa, tetapi menjadi petugas bukanlah satu perkara mudah. Kita bukan sekadar membantu diri sendiri tetapi membantu orang lain mengerjakan haji juga.
Saya tidak bayar 1 sen pun untuk pergi mengerjakan haji tetapi saya berada dalam kelas pakej tertinggi dan mampu makan apa yang mereka makan juga tidur di tempat mereka tidur (cuma mereka tidur 2 orang sebilik, kita pakat tidur 11 orang 1 bilik), naik kenderaan yang mereka naiki. Sudahlah dapat haji FREE, dapat lompat pakej Almaas, Zamrud, Topaz, Nilam dan Aked. Mana selera nak singgah...singg
Kalau tak pun...saya kena ikut jadual pakej juga kan?
Sama sahaja
Kedudukan saya di situ membolehkan saya pergi dari atas ke bawah. Orang dari bawah dihalang untuk merasai apa yang di atas tetapi dengan jaket Tabung Haji, saya sering menziarahi penginapan jemaah haji muassasah dan sering juga terhibur berkongsi makanan dalam tray yang sama dengan jemaah yang sakit sambil menyuapkan mereka. Saya juga sering ambil kesempatan untuk melepak di bawah kolong menara jam yang megah itu di tempat jemaah haji India dan Pakistan melabuh rehat sementara menunggu masuk waktu yang lain.
Ia membuka mata saya kepada dunia atas dan dunia bawah. Saya dapat lihat selonggok daging steak yang diambil dan dijamah sesuap kemudian ditinggalkan. Saya juga merasa melihat, sisa makanan kelas atasan menjadi makanan marhaen di bawah kolong hotel 5 bintang dalam satu rantaian makanan yang menampar muka saya untuk tidak sesekali membazir dan bermewah-mewaha
Pada hari akhir, saya mengucapkan terima kasih kepada salah seorang petugas Tabung Haji Travel di Jeddah semasa saya berangkat pulang dengan KT65, saya katakan kepada beliau "Terima kasih kerana beri peluang saya pergi haji FREE".
Beliau menjawab "Pakej haji kamu telah dibayar awal tahun ini semasa kamu membantu mencukupkan bajet orang lain menunaikan umrah dengan hasil jualan foto kamu atau mungkin lebih awal lagi dari itu...Allah tak pernah beri haji percuma TANPA PENGORBANAN".
Dalam kapal terbang....aku memandang ke langit kosong dan menyaksikan kalimah kebesaran Allah itu ada dimana-mana di antara langit dan bumi. Mengapalah aku tak nampak dari dulu lagi. Kenapalah aku bodoh sangat berfikir rezeki itu aku dapat kalau aku kerja semata-mata dan menabung...seda
SAIFUL NANG
Catatan Haji 1434H
Satu pengalaman yg menarik, Allah s.w.t janjikan yg terbaik setiap pengorbanan kita, h
ReplyDeleteBuat pengguna android, nih ada app buat nyari DOLLAR online secara mudah tanpa modal dan legal modal HP aja , lumayan bisa ditukerin sama STEAM gift card, gem coc , Google Play gift card, paypal, facebook giftcard, Xbox,PlaystationStore, Amazon dan ItunesGiftCard
Delete1. Download aplikasi Whaff Rewards di playstore
2. Setelah ke intsall buka appnya
3. Seteah di buka klik tombol login, login ajaa pake akun facebook kalian
4. Abis itu ada kotak invitation code
5. Masukan kode AY85570
6. Setelah masukan kode diatas kalian bakal Dapet $0.3, lumayan kaan, kalian tinggal ngumpulin deh sampe 10$
7. Cara ngumpulinnya gampang, tinggal invite orang lain atau download aplikasi yang ada di app tersebut
8. Setiap download aplikasi kalian akan mendapat hadiah sebagai reward, hadiahnya bisa $0.17, $0.22 sampe $0.66
9. Setiap hari kalian pun akan mendapat reward bila setelah di download aplikasi tersebut tidak di uninstall lagi lumayan kaan setiap hari Uang kalian bertambah hehehe
10. Setelah terkumpul $10 baru deh kalian bisa tukerin ke voucher google play,
11. Terus kalian juga bisa tukerin sama Google Play gift card, steam gift card , paypal, facebook giftcard, Xbox,PlaystationStore, Amazon dan ItunesGiftCard
Jangan lupa share trik ini ya :)
BUKU PANDUAN RINGKAS UNTUK HAJI DAN UMRAH.
ReplyDeleteAs salam, sekadar berkongsi. Kami Penerbit dan Pengedar buku diatas.
Layari: https://panduanringkashajiumrah.wordpress.com/
Terima kasih.
Allahu... terharu saya membaca nya.. Alhamdulillah...
ReplyDeleteSubhanallah... terharu akak membacanya...sampai mengalir dan menanggis melihat Kebesaran Allah membalas setiap pengorbanan umatnya seperti adik... mendahulukan orang tua dari diri sendiri.....
ReplyDeleteAlhamdulillah....syukur di atas kurniaanNya.....buat adik.....
Pengorbanan adik itu benar-benar Allah balas dengan berlipat kali ganda.
Akak juga berkeinginan untuk menunaikan umrah mahupun haji.... teringin sangat-sangat....
dan kalau di beri wang yang sama jumlahnya untuk tunaikan umrah atau mana-mana pakej pelancongan ke Paris... London... New York atau Sedney.... yang akak akan pilih adalah Pakej untuk menunaikan UMRAH... seumur hidup sekali sahaja sudah memadai untuk menjejakkan kaki ke sana...kerana akak bukanlah dari golongan orang berkemampuan dan berada..... akak seorang yang hidup dalah kesederhanaan sahaja....bekerja sebagai pembantu operasi di Pejabat Pendidikan Daerah... suami cuma berniaga pasar malam menjual kueh denderam dan beliau sering sakit-sakit....membuatkan akak terpaksa menanggung keperluan harian dan persekolahan untuk 5 orang anak yang sedang membesar... dan impian akak untuk mengumpul wang ke Tanah Haram itu terkubur begitu sahaja....
Kalaulah akak berada di tempat adik...dapat menunaikan pakej umrah dan haji yang percuma lagi... memanglah satu anugerah yang sangat-sangat tak ternilai harganya....Syukur sangat-sangat kan...anugerah dari Allah itu memang sukar direncanakan...tapi ia datang tanpa kita duga....
Semoga suatu masa nanti akak juga dapat merasa menjejakkan kaki di Tanah Haram... dan bersujud di depan Kaabah... dan kalau dengan keizinan Allah.....akak ingin sangat mencium Hajar Aswad yang berbau Syurga itu....Subhanallah.... semoga impian akak menjadi kenyataan...Aamiinn...
Amin Ya Rabb
DeleteSemoga Allah memakbulkan niat puan yang mulia tersebut.
Sudah mampir ya Citra
ReplyDelete