Assalamu'alaikum wbt
Musim haji tahun
1434H/2013M telah selesai. 5 November 2013 nanti akan masuk tahun baru 1435H
dan pertengahan Disember 2013 akan bermula musim umrah yang baru insyaallah.
Bagi mereka yang pertama
kali merancang untuk melaksanakan umrah pada tahun 2014 akan datang, sudah
tentu sedang tercari-cari maklumat untuk memilih travel agency yang sesuai
dengan citarasa masing-masing.
Oleh yang demikian di
bawah ini saya copy paste maklumat yang saya kutip daripada blog "A Journey of Gratitute" yang saya kira
sangat baik untuk dibaca sebagai panduan memilih Travel Agency yang sesuai.
Link blog tersebut ialah di sini.
Selamat membaca. Wasalam.
****************************************************************
Catatan dari blog A
Journey of Gratitute
Maka
dengan ini, saya turunkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam
perancangan untuk mengunjungi tanah suci. Faktor ini juga boleh diguna pakai
untuk memilih travel agent yang akan membawa anda ke tanah suci kelak. Segala
catatan ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui. Justeru hikmah
pengalaman adalah saya beroleh banyak pengajaran yang mungkin boleh dijadikan
panduan dan ingatan.
1)
Kredibiliti Syarikat dan staff
Sebaik-baiknya,
pilih lah syarikat yang berhampiran dengan lokasi kita berada agar segala
urusan lebih mudah untuk dilakukan secara bersemuka di pejabat. Pastikan
staf-staf syarikat mampu untuk merungkaikan segala persoalan yang timbul
dibenak fikiran anda dan mampu memberi informasi yang relevan dan meyakinkan
mengenai produk pakej yang ditawarkan. Staf syarikat yang saya maksudkan adalah
mereka yang menjawab panggilan anda
apabila anda membuat panggilan kepada syarikat bertanyakan mengenai pakej yang
diiklankan. Bukannya anda diminta untuk menghubungi semula beberapa kali pada
kemudian harinya untuk bercakap dengan tuan punya syarikat yang pada masa yang
sama menjadi mutawwif mengiringi jemaah umrah, marketing officer, pemandu
pelancong, etc, etc kerana hanya ‘dia’ yang mengetahui segalanya.
Ini
sangatlah penting kerana apabila kita telah engaged dengan syarikat berkenaan,
kita akan sering berurusan dengan mereka untuk urusan bayaran, imigresen, visa,
pastport dll. Justeru, ketidak efisienan mereka akan menyebabkan kita sentiasa
panas hati dan mungkin akan menambahkan dosa kita sebelum berangkat ke tanah
suci. Nau'zubillahiminzalik...
2)
Terma dan syarat syarikat
Sewaktu
anda meng'Google' syarikat-syarikat yang menawarkan pakej umrah, anda akan
menemui syarikat-syarikat yang mempunyai terma dan syarat yang perlu di patuhi/di
persetujui oleh pelanggan. Sekiranya kebanyak ayat di dalam terma berikut
bermula dengan perkataan " Company will not be responsible..." atau
" Syarikat tidak akan bertanggungjawab...." atau " Syarikat
boleh mengubah...pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pelanggan "
--> Just forget it!!!
Term
'Customer is always right' masih releven. Terma-terma sebegini telah
menunjukkan sedari awal bahawa syarikat memang meancang untuk tidak memberikan
perkhidmatan yang baik/tidak mahu memperbaiki kelemahan syarikat mereka.
Justeru, to play safe dan mereka tidak mahu pelanggan menyalahkan mereka di
kemudian hari, maka mereka mewujudkan terma dan kondisi sedemikian rupa. So,
please say NO to this kind of company. Kebarangkalian untuk mereka memanaskan
hati anda di kemudian hari sangatlah tinggi.
3) Harga
Pakej
Salah
satu faktor yang berkait rapat dengan harga pakej ke tanah suci adalah jarak
hotel dari perkarangan Masjidil Haram. Berlandaskan kepada survey saya, untuk
jarak hotel sekitar 150m - 250m, untuk bilik berempat dan ke atas, harga pakej
adalah dari serendah RM5500 - RM6500. Sekiranya kita nak bilik berdua, maka
harganya adalah lebih tinggi. Sekiranya kita nak bilik berdua pada harga yang
lebih rendah, hotel kita berkemungkinan besar adalah pada jarak yang lebih jauh
dari masjidil haram.
4)
Lokasi Hotel di Mekah
Sekiranya
kita mempunyai kemampuan yang lebih, maka pilihlah pakej yangmenawarkan hotel
yang berhampiran dengan masjidil haram. Ianya memudahkan kita untuk berulang
alik menunaikan solat lima waktu di masjidil haram yang dijanjikalan pahala
100,000 oleh Allah S.W.T.
Tapi
kalau kita kurang berkemampuan, sebab biasanya untuk hotel yang lebih dekat,
harga pakejnye lebih tinggi, tak kisah lah duduk hotel mana pon. Kalau dalam
jarak 250m - 500m still boleh berulang alik lagi. tapi kalau jarak lebih jauh,
untuk menjimatkan tenaga, mungkin kita boleh rancang perjalanan. Contohnya,
qiyamulail + solat subuh, then balik bilik, breakfast. Pegi untuk solat zuhor,
then stay sampai asar, baru balik. Pas tu pegi maghrib, tunggu Isyak baru
balik. Ada jugak yang balik lepas subuh, then pegi waktu zuhur, stay sampai
Isyak, baru balik. bawak la roti ke pape sebagai alas perut sementara duduk di
masjid tu. Balik malam, dinner.
Ada
juga hotel yang agak jauh, tapi pihak hotel menyediakan pengangkutan bas untuk
ke masjidil haram setiap kali waktu solat. So kene TANYA agent umrah kita
berkenaan pengangkutan ke masjidil haram sekiranya jarak hotel kita agak jauh
untuk ke sana.
Secara
peribadinya, saya lebih suka hotel yang berhampiran masjidil haram. Tapi
sekiranya tidak berkemampuan, jarak hotel sudah menjadi perkara kedua. Yang
penting, kita telah berada di tanah haram dan yang selebihnya, rancang lah
untuk mendapat kan yang terbaik.
5)
Servis
- Mutawwif
Mutawwif
adalah mereka yang telah dilantik oleh agent umrah kita untuk
membantu/mengetuai umrah kita untuk kali pertama.
Ada
travel agent yang mengupah para pelajar Malaysia di sana untuk menjadi
mutawwif. Ada juga agent yang mengupah rakyat Indonesia yang tidak diketahui
identitinya untuk menjadi mutawwif.
TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda di tanah
suci nanti. Sekiranya ini adalah pengalaman umrah pertama anda, pastinya anda
perlukan mutawwif yang meyakinkan, yang boleh membantu anda melaksanakan ibadah
umrah anda dengan sempurna, tanpa cacat cela atau sebarang keraguan.
Secara
peribadinya, berdasarkan kepada pengalaman umrah petama saya, saya lebih
meyakini para pelajar kita yang menjadi mutawwif di sana berbanding makhluk
Allah dari negara jiran ini.
Justeru,
TANYA kepada agent umrah anda, siapakah bakal mutawwif anda ketika umrah di
Mekah.
Selain
daripada menyediakan perkhidmatan mutawwif di Mekah, ada agent yang menjanjikan
perkhidmatan mutawwif (saya rasa lebih tepat istilah pemandu pelancong
digunakan) ketika di Madinah. Ada juga agent yang menjanjikan mutawwif wanita
untuk menemani jemaah wanita mengunjungi taman syurga Raudhah di Masjid Nabawi.
Sememangnya, sekiranya ada mutawwif wanita yang menemani anda mengunjungi Raudah,
fasih pula berbahasa Arab, perjalanan anda ke Raudhah akan menjadi lebih mudah.
Namun
ada agent yang buat-buat lupa kepada janji mereka untuk menyediakan mutawwif
wanita kepada jemaah wanita di Masjid Nabawi. Maka sekiranya ini berlaku, tak
salah rasanya untuk kita menagih janji mereka kan...???
- Makan
Alhamdulillah,
rasanye semua makanan yang disediakan oleh agent adalah selamat untuk dimakan.
Bergantung kepada tekak kita jer boleh terima atau tidak. Tapi kalau rasa x
boleh terima sangat, banyak jer kedai-kedai makan di kawasan sekitar masjidil
haram/masjid Nabawi. So dont worry, boleh bungkus and makan kat bilik...hehehe
- Pemandu pelancong / wakil syarikat
Sepatutnya
akan ada wakil syarikat yang station bersama kita di bangunan hotel yang kita
duduk. Bukannya di hotel lain. Kerana mereka yang akan menjaga kebajikan jemaah
berkaitan makan, minum, bilik, pengangkutan, sakit demam dan sebagainya.
So,
TANYA jugak pada agent tersebut sebelum anda memilih untuk pergi bersama
mereka. Ada agent yang lepas tangan apabila jemaah telah berada di tanah suci
kerana mereka tinggal di hotel yang lain. Jemaah kene pandai2 pandai sendiri
untuk menguruskan hidup selama lebih kurang 8 hari di tanah suci.
(Saya
dan anak-anak memanjat Jabal Rahmah melalui laluan berbatu sedangkan ada tangga
disebalik sana bukit. Siapakah yang sepatutnya menunjukkan kepada saya selok
belok kawasan ini??? Ini hanyalah masalah kecil bagi saya, seronok mendaki batu
bersama anak2. Jabal Rahmah takde lah tinggi mana pon...;-) )
- Umrah
dan ziarah
TANYA
kepada agent tersebut, berapa kalikah umrah yang ditawarkan oleh pakej mereka.
Maksud umrah yang ditawarkan oleh pakej adalah berapa kali mereka akan membawa
kita keluar dari tanah haram (samada untuk ziarah/purposely untuk miqat) untuk
niat umrah, dan selepas itu boleh terus mengerjakan ibadah umrah.
Ada
syarikat yang menawarkan sehingga 5/6 kali umrah. maksudnya, mereka akan bawa
kita ke luar kawasan tanah haram, miqat dan balik semula ke tanah haram untuk
membuat umrah. Kebanyakan agent umrah hanya menawarkan 3 kali umrah. Bagi saya,
pakej yang menawarkan 5/6 kali umrah, servisnya boleh dikategorikan sebagai BE
(Beyond Expectation, terbaikkk...) Bagi yang menawarkan 3 kali umrah, pakejnya
adalah OK. Tapi agak bermasalahkan bila pakej yang dijanjikan 3, yang
ditunaikan hanya 2....hmmmm
- Value
addeed service
Sekiranya
pakej yang ingin kita ikuti itu disertakan dengan ustaz untuk memberi tunjuk
ajar dan panduan kepada kita sepanjang kembara tanah suci kita, itu adalah
value added service bagi saya. Memang banyak sangat persoalan yang akan timbul
sewaktu kita di tanah suci. Berkaitan ibadah umrah, berkaitan DAM, dll.
Sekiranya agent yang bersama kita adalah seorang yang reliable berkenaan hukum
hakam agama, Alhamdulillah... Tapi sekiranya tidak???? Pastinya setiap
persoalan agar terbiar tanpa jawapan. Silap-silap kene call ustaz kat Malaysia
untuk pencerahan.
So,
TANYA jugak kepada agent tersebut, adakah mereka yang faham hukum hakam agama
yang akan bersama-sama anda ke tanah suci kelak.
6)
Flight
Sebaik-baiknya,
pilih lah flight penerbangan terus ke Madinah. Sekiranya tidak ada penerbangan
terus ke Madinah pada waktu itu, pilihlah penerbangan ke Jeddah. Transit akan
melambatkan waktu perjalanan dan memenatkan badan.
Perjalanan
dari Jeddah ke Madinah dalam 5 jam menaiki bas. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah
dalam 2 jam menaiki bas. Kebanyakan agent mengatur perjalanan dari Jeddah ke
Madinah, bermalam 3 hari di Madinah dan
bergerak ke Mekah. Perjalanan dari Madinah melalui laluan datang yang sama,
lencongan sebelum masuk ke Jeddah untuk ke Mekah. Masa perjalanan Madinah-Mekah,
lebih kurang 5 jam jugak. Perjalanan dari Mekah ke jeddah sekitar 2 jam.
7)
Kursus Umrah
Ini
SANGAT PENTING!!!
Ada
diantara kita yang memandang ringan kepada kursus umrah memandangkan rukun
umrah lebih sikit jika dibandingkan dengan haji. Justeru umrah dianggap mudah.
NO, NO, NO. Jika di dalami, umrah tidak semudah yang disangka. Sekiranya rukun
umrah tidak sempurna maka tidak sahlah umrah kita dan sia-sialah segala
perbuatan kita.... dan sekiranya larangan umrah dilanggari, maka DAM lah keatas
kita. Dengan pengetahuan yang cetek, kita mungkin menyangka umrah kita telah
sempurna lalu melanggari pantang larang ihram. Sedangkan hakikatnya umrah kita
masih belum sempurna dan kita masih di dalam ihram, nau'zubillahiminzalik...
Penuh
kan lah ilmu di dada sebelum berangkat ke tanah suci supaya ibadat kita lebih
sempurna.
TANYA
kepada agent umrah tersebut, adakah kursus umrah ditawarkan kepada para jemaah.
Sekiranya ada, tanya betul2 bila dan di mana. Ini lebih penting untuk mereka
yang berada di luar kawasan operasi agent umrah. Bertegaslah dengan agent umrah
anda berkenaan kursus umrah untuk anda. Minta mereka tetapkan satu tarikh untuk
kursus umrah anda. Sekiranya mereka tidak berjaya melaksanakan kursus umrah
untuk anda pada tarikh tersebut, sepatutnya mereka ada alternatif lain untuk
anda. Kursus umrah di restoran atau di kedai mamak tidak sepatutnya berlaku.
Sekiranya ini berlaku, itu adalah tanda2 awal kepada perkhidmatan yang lebih
teruk seterusnya.
Anda
boleh membatalkan pemergian anda dengan agent berkenaan sekiranya ini terjadi,
untuk mengelakkan masalah lain yang mungkin timbul sepanjang kembara anda
kelak.
7)
Air Zam-zam
Berdasarkan
kepada survey saya secara rambang, kebanyakan agent umrah di negara ini
memasukkan air zam-zam ke dalam pakej jemaah. TANYA kepada agent umrah
tersebut, adakah air zam-zam yang dimaksudkan adalah air zam-zam didalam botol
sahaja atau telah dipek dan diseal di dalam plastik tebal serta dimasukkan ke
dalam kotak? Sekiranya hanya air zam-zam di dalam botol, anda perlu sealkan air
zam-zam tersebut dan masukkan ke dalam kotak di Airport Jeddah/ Madinah dengan
bayaran SR15. Sekiranya pakej air zam-zam yang ditawarkan sudah siap berpek dan
diletakkan dalam kotak, maka anda tak perlu buat apa2 lagi dan sepatutnya tidak
akan ada bayaran tambahan yang diminta oleh agent tersebut ke atas anda lagi
sebagai bayaran untuk pek dan kotak.
8)
Dengarlah kata hati
Sebelum
anda membuat keputusan untuk memilih agent yang akan membawa anda mengunjungi
tanah suci, buatlah kajian berkenaan syarikat yang telah disenarai pendek.
Mungkin anda boleh mendapat serba sedikit maklum balas dari pelanggan yang
telah menggunakan perkhidmatan mereka. Buatlah istikharah meminta petunjuk dari Allah tentang hasrat
anda. Dan akhirnya, dengarlah kata hati anda kerana ada masanya, ia adalah
petunjuk yang nyata.
Semoga
dapat dijadikan panduan dalam memilih agent yang akan bersama-sama kita untuk
kembara ke tanah suci. Dan semoga menjadi peringatan kepada diri saya sendiri.
******************************************************************
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteSatu tip serta panduan yang amatlah berguna kepada mereka-mereka yang pertama kali hendah pergi ke Tanah Suci dan dah ada niat untuk mengerjakan UMRAH pada tahun 1435.....
Ikutilah Kursus-kursus yang disediakan oleh pihak Travel/Agent dan juga carilah ilmu tambahan yang perlu dipelajari untuk mengerjakan Ibadah UMRAH di tanah suci Mekah dan juga Madinah jangan memandang ringan untuk menuntut ILMU..........
Tn Hj, selamat menyambut Tahun baru 1435H yang bakal tiba pada minggu depan ini.........
Wa'alaikum salam wbt
DeleteTerima kasih Pesona.
Great post! Thanks for sharing good post in your blog. Really very informative and very useful post. I like it..........
ReplyDeleteAssalamualaikum ,
ReplyDeletePanduan yg berguna ditambah dgn entri terdahulu yg sgt-sgt membantu . T.Kasih Tn Hj .
Anyway .... Tn Hj tahu ke blog Hj Arshad yg baru?
Wa'alaikum salam wbt.
DeleteTn Haji Arshad sudah aktivatekan semula blog beliau. Alhamdulillah.
Perkongsian yang sgt berguna...
ReplyDeleteSaya lebih suka memilih syarikat yang dah establish ada nama dari yang jarang2 dengar. Takut tertipu plak.
Cuma kalau bab mutawwif tuh, masa saya kesana arituh, mutawwif saya org indonesia, tapi rasanya sgt berpuashati dengan bimbingan dari beliau, bahkan dia membimbing sendiri(buat umrah bersama2 jemaah) umrah sampai 3 kali, sedangkan ada mutawwif yang membimbing sekali, dan untuk kali kedua/tiga, dia hanya membawa jemaah ke miqat (means dia sendiri tidak umrah)
Ikut nasiblah kut kan....
Terima kasih sudi berkongsi pendapat dan pengalaman. Alhamdulillah.
DeleteAssalamualaikum..info tuan sangat menarik..satu usaha yang dapat membantu jemaah..ade ke khabar Tuan Haji Arshad...
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteBlog Tn Haji Arshad sudah boleh diakses seperti dulu. Alhamdulillah
Assalamualaikum wbt tn haji
ReplyDeletemohon pendapat tn haji ttg umrah ziarah ke tmpt2 pelancongan yg menarik spt Jordan, Turki etc. ada tips?
Wa'alaikum salam wbt
DeleteKalau ke Jordan, teruskan ke Masjidil Aqsa sekali. Selain itu pergilah ke Petra lihat rumah dlm gunung (zaman nabi Salleh), laut mati (zaman nabi Luth).
Kalau ke Istanbul jgn lupa melawat masjid biru yg menyimpan khazanah / artifak Islam zaman Rasulullah saw, Hagia Sofea, menara galagtasary, cruise, jambatan menghubungkan 2 dunia, makam sahabat Rasulullah saw iaitu Ayyub al Ansari dan banyak tempat2 sejarah yang lain.
Assalam tuan Haji. Perkongsian yang sangat berguna buat semua bakal Umrah atau Haji. Sebaik - baik tindakan 'bakal' adalah membuat kajian berkenaan Syarikat Pelancongan yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Bukan sahaja pada perkhidmatan tetapi juga pada latar belakang organisasi syarikat. 'Bakal' perlulah terlebih dahulu belajar selok belok mengerjakan Umrah atau Haji dan bukan hanya dengan mengambil ringan.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi pendapat di sini.
Benar, kita perlu belajar selok belok umrah dengan lengkap terlebih dahulu. Alhamdulillah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete