السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه
PEMBERITAHUAN:
Para pembaca yang budiman, harap maklum bahawa trip umrah untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 seperti yang diwawarkan di atas telah penuh.
PEMBERITAHUAN:
Para pembaca yang budiman, harap maklum bahawa trip umrah untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 seperti yang diwawarkan di atas telah penuh.
Alhamdulillah, beberapa syarikat TA telah membuka pendaftaran umrah untuk musim
2014. Tarikh penerbangan
pertama dijangka bermula pada 20 Disember 2013.
Saya bercadang utk
mendaftar dgn Andalusia untuk tarikh 23/12/2013 - 3/1/2014 (12M/10H),
penerbangan terus KL-Madinah dengan Saudi Airlines - InsyaAllah. Saya mendaftar
di cawangan Bandar Baru Bangi sebab dapat bag pakaian percuma (promosi cawangan
baru).
Oleh itu para pembaca
yang ingin menyertai umrah bersama saya pada tarikh tersebut bolehlah
menghubungi saya pada talian XXXXXXXXXX
Semoga Allah menjemput kita menjadi tetamuNya pada hujung tahun ini, Amin.
P/S: Bersama saya sudah
ada 11 orang utk umrah pd tarikh tersebut. Kalau ada 20 orang jemaah, Andalusia
akan memberikan tambang percuma kepada ketua rombongan. InsyaAllah, saya akan
kongsikan tambang tersebut dengan ahli rombongan.
rindunya nak kesana lagi....
ReplyDeleteagak2 ok ke kita buat umrah banyak kali, tapi belum pergi haji yer? or patutkah saya reserve duit yg ada untuk haji sahaja(sampai dapat turn)?
Salam puan.
DeleteSoalan yg baik. Ada pendapat kata elok derma kpd saudara mara terdekat atau fakir miskin yg memerlukan.
Cuba puan tanya kpd yg lebih arif dan kongsi jawapan kst sini.
assalammualaikum tuan
ReplyDeleteanggaran kos berapa??
Wa'alaikum salam.
DeleteRM5490 untuk 1 bilik 4 orang.
ASSALAMUALAIKUM TN HJ,
ReplyDeleteTERASA SEDIH DAN SAYU APABILA MENDENGAR JEMAAH UMRAH AKAN BERKUNJUNG KE MEKAH DAN MADINAH SELEPAS MUSIM HAJI 1434 OLEH KERANA KESIHATAN DIRI MASIH TIDAK MENGIZINKAN UNTUK BERGERAK SECERGAS SEBELUM INI............KESAKITAN AMAT TERASA APABILA MASUKNYA WAKTU MALAM DAN DOKTOR PAKAR YANG MEMBERIKAN RAWATAN MENCADANGKAN AGAR PEMBEDAHAN DILAKUKAN.......TETAPI MASIH LAGI BERUSAHA MENCUBA PELBAGAI CARA UNTUK MENGURANG/MENGHILANGKAN KESAKITAN.....
MUGA-MUGA TN HJ DAPAT MENDOAKAN DIRI SAYA AGAR DIBERIKAN KESIHATAN SEPERTI SEBELUM INI SEKIRANYA TN HJ BERKUNJUNG KE MEKAH DAN MADINAH SELEPAS MUSIM HAJI TAHUN 1434..
Wa'alaikum salam Pesona
DeleteHarap tuan haji bersabar atas ujian Allah SWT. InsyaAllah saya akan mendoakan kesihatan tuan di sini dan juga apabila saya berada di tanah suci kelak, Amin.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSekiranya tiada mahram, boleh ke ikut?
Mila
Wa'alaikum salam wbt
DeleteTak boleh, peraturan Arab Saudi sekarang ini sangat ketat. Visa tidak akan dikeluarkan untuk jemaah wanita umur bawah 45 tahun tanpa mahram dan juga kepada remaja lelaki bawah 18 tahun tanpa mahram.
Slm Tn Haji, bagus pelawaan ini, hrp dpt dihebahkan sekali di facebook Tn Hj.
ReplyDeleteKita dpt berkongsi ilmu dgn Tn Hj secara realiti & praktikal, sebelum ini kita hanya mengutip pengalaman dari coretan Tn Hj shj
Wa'alaikum salam wbt.
DeletePenerbangan pada 23 Dis tu dah penuh - cepst laris macam goreng pisang panas. Saya cuma sempat daftar 10 orang sahaja.