Makkah 11 Mei 2011.
Assalamu'alaikum wbt. Pagi ini saya pergi ke Pasar Ka'kiah bersama rakan blogger yang menetap di Makkah iaitu Tuan Haji Arshad untuk membeli kambing untuk aqiqah cucu lelaki saya iaitu Adam Mukhlis. Untuk membeli kambing di sini, pelanggan perlu bijak melakukan tawar menawar sebab di sini tidak digunakan tanda harga. Kami terpaksa menggunakan khidmat penduduk tempatan untuk melakukan proses tawar menawar tersebut.
|
Pasar Kambing Ka'kiah
Di bahagian belakang sana ditempatkan unta-unta untuk dijual |
|
Ini tukang sembelih kambing, keturunan Afrika |
|
Pilih kambing dulu |
|
Ini tukang sembelih harga |
|
Penjual gembira setelah berjaya menjual kambing dengan harga yang tidak berpatutan. |
|
Rumput-rumput diletak di atas kandang |
|
Gaya peniaga menunggu pelanggan |
Setelah harga dipersetujui, kambing-kambing tersebut dibawa ke rumah penyembelihan yang terletak di seberang jalan. Ternyata kebanyakan tukang sembelih terdiri daripada keturuan Afrika yang dikenali sebagai Takorani. Kesemua tukang sembelih memakai pakaian bewarna merah.
|
Bangunan sebelah kiri - pusat penyembelihan |
|
Rumah sembelih |
|
Tak tahu apa yang dibisikkan. |
|
Yang berjubah putih - warga Makkah yang membantu kami membeli kambing di sini
Yang berjubah hitam -- jeng, jeng jeng... |
|
Tukang sembelih dengan bag plastik merah, ... jeng, jeng, jeng |
|
Jeng, jeng, jeng |
|
Jeng, jeng, jeng |
Pakcik Takorani, janganlah pandang saya macam tu. Saya bukan tak nak kasi pakcik daging tu, tetapi ini bukan kambing dam, ini untuk majlis aqiqah cucu saya malam ini. Pakcik janganlah bersedih yer. Nanti adalah habuan pakcik tu. Sabar yer pakcik.
Tiba-tiba ... Jeng, jeng, jeng. Dari mana pula si Ghulam ni? Tengok mata dia, dia sudah nampak itu kambing daa.
|
Lagi canggih. Jeng, jeng, jeng ... |
Upah sembelih kambing sebenarnya telah termasuk dalam harga tawar-menawar sebelum ini. Namun, kebanyakan tukang sembelih akan meminta sedikit daging sekiranya kambing yang disembelih ialah kambing orang bayar dam. Ini jelas jika kita perhatikan dalam gambar-gambar di atas, kebanyakan tukang sembelih turut membawa bag-bag plastik untuk diisi dengan daging dam. Di samping itu, orang-orang tua juga datang ke pasar ini untuk mendapatkan simpati daripada pembeli. Namun, yang tercanggih sekali ialah budak yang membawa troli di atas. Dia datang dengan menolak troli, dan tanpa segan silu, terus minta kambing yang disembelih. Mak aii, bukannya minta sikit-sikit. Pakai troli tu. Hahaha.
Seterusnya kami terus menghantar daging kambing ke sebuah Kitchen yang menawarkan perkhidmatan memasak. Saya dah lupa nama dan lokasi kitchen tersebut. Anyway kami minta kitchen tersebut menyediakan masakan nasi mandey kambing untuk majlis jamuan malam nanti di hotel Haji Arshad. Malamnya, selepas Isya' majlis jamuan aqiqah di adakan di Hotel Manazil Waleed, Ajiyad. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah pelajar-pelajar pondok Ajiyad, serta pekerja-pekerja Malaysia yang tinggal di Makkah.
Di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Haji Arshad kerana sudi merealisasikan hajat saya mengadakan kenduri aqiqah cucu sulung lelaki saya di Makkah. Semoga jasa baik beliau mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Gambar-gambar di bawah ini diambil daripada blog Tn Haji Arshad.
Dalam perjalanan ke Hotel Abeer Garden, saya rakamkan gambar-gambar di bawah sebagai kenang-kenangan. Di luar jangkaan, setahun kemudian (16-27 Jun 2012), saya kembali sekali lagi ke sini, yang mana jambatan di sebelah kanan gambar menjadi laluan saya setiap hari menuju Haram.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat yang tidak terhingga, sama ada saya sedari ataupun tidak sedari. Selawat dan salam diucapkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Segala yang baik itu daripada Allah SWT dan segala kekurangan adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.
tq, info berguna utk semua & sbb dgn blog inilah sy menjadikan panduan & pembelajaran sebelum menunaikan umrah pd 27 Apr - 2 Mei 2012 yg lepas.
ReplyDeleteMoga Allah merahmati tuan Hj dan jasa baik Tn Hj (penulisan blog ni) kerana menggunakan medium ni untuk menyemarakan syiar Islam
Alhamdulillah, semoga faizmin mendapat umrah yang maqbul, saie yang disyukuri, dan perniagaan yang sentiasa berjaya.
DeleteAmin, Amin, Ya Rab al 'alamin.
Assalamualaikum... saya sering dilanda was-was. sehinggakan bila solat sendirian saya keliru dah berapa rakaat. Pada 2011 saya telah menunaikan umrah. Semasa tawaf umrah bersama rombong dan mutawif dan isteri (mutawif dan rombongan dihadapan saya), setelah berberapa pusingan tawaf,mutawif angkat tangan isyarat tanda dah cukup 7 pusingan dan bergerak menyusur keluar dari barisan tawaf. Saya agak keliru (pertama kali tawaf - perasaan agak terawang-awang). Saya confirmkan dengan isteri, 6 atau 7 pusingan, dia kata dah cukup 7 (dia bersebelahan saya). Saya yakinkan hati, dah cukup 7 pusingan sebab kami bertawaf beramai-ramai dan bersama mutawif, tentunya dia lebih concentrate, seterusnya bersai dan tahalul. Cuma bila dah berberapa hari, timbul rasa ragu, cukup 7 ke tak ... perasaan tu berligar difikiran sampailah sekarang. Sah ke tak ? Kena dam ke tak?.. Apa pandangan Tuan Hj .
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSdr Anonymous. Dari pemahaman saya, tuan yakin cukup 7 pusingan tawaf, dan isteri pun turut confirmkan. Kemudian tuan bersaie dan bertahalul. Maka umrah tuan adalah SAH. Alhamdulillah.
Was-was yang datang setelah selesai sesuatu ibadah tidak menjejaskan ibadah tersebut.
Rujukan saya ialah:
RESOLUSI MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN
KALI KE 24 MUSIM HAJI 1429H 11 – 13 APRIL 2008
KERTAS KERJA PERTAMA
TAJUK : PERMASALAHAN WAS-WAS DI KALANGAN JEMAAH HAJI
DAN JALAN PENYELESAIAN
1 - Jemaah haji hendaklah memahami hukum-hakam ibadat haji dengan sempurna.
2 - Syak yang memberi kesan ialah syak ketika sedang melakukan ibadat, adapun syak selepas melakukan ibadat tidak diambilkira.
3 - Selepas mengerjakan ibadat, jangan mengelamun dan melayani perasaan was-was.
Assalamu'alaikum.....terimakasih atas pandangan Tuan Hj. Hilang rasanya beban ni...
DeleteAssalamu'alaikum.....terimakasih atas pandangan Tuan Hj. Hilang rasanya beban ni...
DeleteSalam Tuan Haji,
ReplyDeleteterima kasih atas entri ini.Tuan Haji Arshad ini lah yang muncul dalam Jejak Rasul baru-baru ni kan..Tapi pengambarannya Ramadhan tahun lepas.Wah,sahabat Tuan Haji rupanya.Salam Aidilfitri Tuan Haji dan terima kasih juga sebab blog Tuan Haji jadi rujukan saya sebagai persediaan umrah pada 27mei-11 June 2011.Semoga Allah merahmati Tuan Haji dan keluarga.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteSelamat hari raya juga diucapkan kepada Hawa Syams. Alhamdulillah, terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai bahan rujukan. Juga terima kasih atas doa yang dipanjatkan. Semoga Allah merahmati Hawa Syams dan keluarha. Amin.