Monday, June 11, 2012

Umrah 2011:Makkah - Hari Keempat - Ziarah Syeikh Ahmad ibn Muhammad al-Malki al-Hasani



Assalamu'alaikum wbt

Makkah, 9 Mei 2011 (Isnin).  Hari ini adalah merupakan aktiviti bebas. Oleh yang demikian saya gunakan kesempatan ini untuk menziarahi Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani. Beliau merupakan anak kepada seorang ulama besar Makkah al-Mukarramah iaitu Allahyarham Syeikh Syed Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas ibn Abdul Aziz al-Hasani.

Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Maliki al-Hasani tinggal di Rasaifah. Sebenarnya pemergian saya ke situ adalah atas undangan seorang pelajar pondok di Bukit Ajiyad iaitu Saudara Hasanain yang berasal daripada Kelantan. Kami bertolak ke Rasaifah sebelum maghrib untuk mengikuti kuliah yang akan diberikan oleh Syeikh Akhmad.

Sesampainya kami ke Madrasah Syeikh Ahmad, kelihatan beberapa orang pelajar daripada Indonesia sedang duduk di suatu sudut di halaman madrasah menghadapi makanan untuk berbuka puasa. Kami kemudian memasuki dewan madrasah untuk solat maghrib dan kemudian mengikuti pengajian yang dipimpin oleh Syeikh Ahmad. Topik pengajian ialah mengenai perjanjian Hudaibiyah antara kaum muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW dan kaum kuffar Quraisy pada tahun 6H. Pada bulan Zulkaedah, tahun 6H Rasulullah dan para sahabat menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat umrah. Namun baginda dan para sahabat telah dihalang daripada memasuki Makkah. Setelah melakukan perundingan antara kedua-dua belah pihak, maka termeterailah (sila klik untuk keterangan lanjut) Perjanjian Hudaibiyah. Mungkin suatu kebetulan, esoknya 10 Mei 2011, kami menziarahi masjid Hudaibiyah untuk bermiqat ihram dan melawat muzium haramain.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan pencipta sekelian alam. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW. Segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT, dan yang silap dan salah adalah daripada kelemahan saya sendiri.

Wasalam.
Mohd. Saad Hamid
10 Jun 2012.

Sebelum Solat Subuh


Waktu dhuha

Selepas Solat Asar

Street vendor

Hotel Al-Hijaz yang sekarang ini sudah dirobohkan

Singgah beli bag

Mutawif sedang memberi ceramah / penerangan di dewan makan


Roti, jem, kaya, mentega, gula, kopi, teh, 
air panas sentiasa disediakan 24 jam



Sedang khusyuk mendengar ceramah


Masjidil Haram dilihat daripada Restoran D'Saji, Al-Safwah Tower
Menunggu kawan di Restoran D'Saji untuk ke kuliah pengajian sirah
Syeikh Syed Ahmad ibn Muhammad al-Alawi al-Maliki. Sambil tunggu, snap gambar
Hotel Mas'aa dilihat daripada D'Saji

Berdiri di sisi jalan Muhammad Alawi al Malki 
Rumah Syeikh Ahmad terletak di sebelah masjid

Bangunan yang besar tu adalah rumah Syeikh Ahmad

Beberpa orang pelajar sedang menuju ke madrasah 
yang terletak di sebelah kanan kami berdiri



Halaman madrasah yang luas


Papan tanda  Manzil as-Sayyed Muhammad Alawi al-Malki al-Hasani

Jam Zam-Zam Tower kelihatan daripada madrasah Syeikh Ahmad


Selesai majlis pengajian

Syeikh Ahmad

Antara murid-murid Syeikh Ahmad - dari Indonesia

Dalam gambar di atas, kelihatan salah seorang murid Syeikh Ahmad sedang menunggu untuk diijazahkan.



Pembantu Syeikh Ahmad yang pandai cakap Indonesia

2 comments:

  1. Assalamualaikum, ana tertarik ketika membaca blog milik tuan ketika umrah bertemu as syeikh sayyid ahmad almaliki. InsyaAllah jika diizinkan Allah, ana akan pergi menunaikan umrah pada pertengahan tahun 2013 ini. Boleh saya tahu dimanakah letaknya kediaman beliau kerana ana ingin juga mengunjungi waris Rasulullah tersebut. diharap tuan boleh membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Hantar email kat msaadhamid@gmail.com - nanti saya berikan no. telefon ustaz hasanain di Makkah, insyaAllah.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.