Sunday, June 24, 2012

Umrah 2011: Makkah Hari ke-Lima - Miqat Tan'iem

Assalamu'alaikum wbt.

Makkah: 10 Mei 2011.

Oleh kerana kami tidak berniat ihram di Masjid Hudaibiyah, maka selepas isya' kami bertolak ke Tan'iem untuk berniat ihram di sana. Kami menaiki teksi yang dipandu oleh warga Myanmar. Tambang ialah SR10 seorang bagi perjalan pergi dan balik.

Masjid Tan'iem ialah tempat miqat yang kedua afdal untuk berniat ihram umrah. Miqat yang paling afdal untuk berniat umrah ialah di Masjid Ji'ranah, dan yang ketiga afdal ialah Masjid Hudaibiyah.

Masjid Tan'iem juga dikenali sebagai Masjid 'Aishah. Ia terletak lebih kurang 10km daripada Masjidil Haram. Selepas haji wada' pada tahun 10H, Sayyitina 'Aisyah ingin melakukan umrah. Rasulullah SAW mengarahkan Abdul Rahman bin Abu Bakar, iaitu saudara lelaki 'Aisyah, untuk menemani ummul mukminin ke miqat yang paling hampir dengan Makkah iaitu Tan'iem.

Kami berada di sini hanya sebentar sahaja iaitu untuk solat sunat ihram, dan berniat ihram. Setelah berniat ihram kami terus balik ke Makkah untuk melengkapkan ibadah umrah kami iaitu tawaf 7 kali keleing kaabah, saie - berulanga-alik 7 kali anatara Safa dan Marwah, dan bergunting rambut.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam diucapkan kepada Nabi Muhammad SAW. Syukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.  Semoga apa yang dipaparkan di sini dapat menjadi bahan pembelajaran kepada bakal-bakal jemaah umrah.

Wasalam

Nukilan,

Mohd Saad Bin Hamid
12 Jun 2012

Masjid Tan'iem
Ruang legar masjid Tan'iem
Masjid Tan'iem
Jemaah lelaki melakukan solat sunat ihram sebelum berniat ihram
Tempat letak kasut
Masjid Tan'iem
Masjid Tan'iem

Masjid Aisyah
Masjd Tan'iem Waktu Malam

9 comments:

  1. Assalamualaikum TnHjSaad

    Selamat sampai ke tanahair............agak2 je.Semoga tuan sekeluarga sihat dan mendapat umrah maqbul/mabrur...........x sabar nk tnggu N3 umrah 2012 pulak.syukran3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam mak wan.

      Alhamdulillah, sampai Malaysia 27 Jun lepas. Sekarang ni layan mata dulu. Belum dapat update entri blog lagi. InsyaAllah, Julai nanti baru update entri kat sini.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Lama rasanya tidak mengikuti Blog Tn Hj......pernah Miqat di Tan'iem waktu malam untuk melakukan Umrah semasa mengerjakan Haji.....melihat kepada N3 Tn Hj ini mengimbaskan kembali kenangan tersebut....Diizinkan ALLAH ingin ke sana lagi bersama keluarga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt Hj Pesona

      Alhamdulillah, semoga tuan dapat ke sana lagi bersama keluarga. Amin, Ya Rab al 'alamin

      Delete
  3. Asaalamualaikum Tuan Haji, wah sedang bercuti ke mekah lagi ke.. murah rezeki dapat kesana setiap tahun.

    Kalau nak ambil teksi ke tanaim ni kat mana yer? Atau pun hanya tunggu teksi di mana2 jln besar tuh jer? Balik dari sana senang tak nak dapat teksi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Segala perbelanjaan kita untuk haji atau Umrah, insyaAllah Allah akan ganti - kena yakin tu.

      Untuk ke Tan'iem, tunggu saja teksi depan hotel. Harga 40 Riyal pergi balik. Bila sampai Tan'iem jangan bayar dulu. Bila dah sampai kat Masjid Haram baru bayar. Kalau kita bayar dulu kat Tan'iem, ada kemungkinan teksi tu cabut lari. Biasanya driver akan mintak 50 Riyal, tapi kena kena tegas kata 40 Riyal. Kalau dia tak mahu kita cari teksi lain. Biasanya driver akan panggil balik.

      Delete
  4. Terima kasih tuan haji atas tips di atas.
    Saya rasa betullah kata tuan haji, insyallah kita takan rasa terbeban kesana, malahan kekadang dtg rezeki yg tak disangka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Tambang teksi tu lebih kurang 10 Riyal seorang pergi balik (Kalau naik 4 orang satu teksi).

      Delete
  5. sy pernah ke Tan'iem naik pengangkutan awam bas, tambang cuma SR 3.00 pergi dan balik, perhentian bas dibelakang masjidilharam, dlm bas cuma 3 org je (sy, wife & penduduk mekah), seronok betul,dpt round tenguk Bandar Mekah, driver bas bangsa Indonesia, balik masjid naik je bas yg dah siap tunggu, cuma tunjuk ticket mula naik tadi, pun dlm bas 3 org je (sy, wife dan jemaah dari africa)

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.