Pada kebiasaannya, jemaah umrah akan berada di Madinah selama tiga hari. Pada hari kedua, kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah bagi mengingati kegigihan dan pahit getir perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat untuk menegakkan syiar Islam di Madinah dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia.
Para jemaah diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 6.30 pagi sebab program ziarah luaran ini perlu tamat sebelum pukul 12.00 tengah hari bagi membolehkan jemaah solat zohor berjemaah di Masjid Nabawi. Para jemaah dinasihatkan agar mandi dan berwudhu' terlebih dahulu sebelum mengikuti program ziarah luaran ini.
Lokasi pertama yang dituju ialah Masjid Quba'. Masjid Quba' merupakan masjid yang pertama dibina di zaman Islam. Quba' merupakan tempat persinggahan Nabi S.A.W. semasa berhijrah ke Madinah. Masjid Quba' menduduki tempat ke-empat dalam senarai masjid yang paling suci dalam Islam,iaitu selepas Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil al-Aqsa.
Rasulullah S.A.W. sangat gemar mengunjungi Masjid Quba' dan solat sunat di situ. Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414)
Masjid Quba' Foto Credit: mahfuz1961 www.panoramio.com/photo/10561639 |
Masjid Quba' di waktu malam Sumber: Internet |
Perjalanan menuju Masjid Quba' melintasi perkuburan Baqi' |
Juga melalui Masjid Saidina Uthman |
Tiba di Masjid Quba' |
Kawasan parkir yang luas |
Tangga menuju dewan solat |
Para jemaah sedang solat sunat tahiyyatul masjid dan solat dhuha |
Ada yang mengambil gambar kenang-kenangan |
Rumah penduduk |
Salam. aseef tanya, tuan tau x mana2 pakej yang sediakan untuk pesakit dialisis. Mak saya pesakit dialisis tapi mahu sangat berziarah ke sana. jzzklh.
ReplyDeleteWa'alaikum salam.
ReplyDeleteMaklumat menemui maklumat berikut di sini: http://syukurdialisis.blogspot.com/
Semoga maklumat ini dapat membantu puan. Wasalam
-----
PER: PROGRAM UMRAH DIALISIS KE-6
Sukacita dimaklumkan, bahawa Pusat Rawatan Dialisis Syukur Elit buat kali ke-6 akan menganjurkan Program Umrah dan Ziarah Dialisis ke Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah pada tahun 2012.
Program ini dijangka akan di adakan pada pertengahan bulan APRIL 2012 dan terbuka kepada semua pesakit dan ahli keluarga pesakit.
Maklumat awal/ringkas pakej seperti berikut:
Syarikat : Fahd Travel & Tours Sdn Bhd
Harga Pakej : RM 5,000.00 (anggaran)
Tarikh : APRIL
Tempoh : 12 Hari 10 Malam
Penerbangan : MALAYSIA AIRLINE (MAS)
(Penerbangan terus ke Madinah – Balik melalui Jeddah)
Maklumat lanjut sila berhubung dengan Ustaz Hayazi Omar di talian ( 03 55109936/ 019 2233476 )
Assalamu'alaikum wbt Pn banatly
ReplyDeleteIni maklumat terbaru yang saya terima pagi tadi. Muhammadiah Travel juga menguruskan pesakit dialisis di Makkah atau Madinah. Para mutawif mereka berurusan dengan hospital Saudi untuk mendapatkan rawatan dialisis di hospital Saudi.
Puan boleh hubungi talian ini 016-6491111 Haji Ibrahim yang akan membawa jemaah umrah under Muhammadiah pada 25 Jun 2012 ini. Harga pakej ialah RM4590 untuk 12 Hari 10 Malam. Ini merupakan pakej umrah yang termurah yang pernah saya jumpa.