Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah, pada 23 Januari 2012 yang lepas, sempena cuti Tahun Baru Cina, kami sekeluarga menghadiri majlis perjumpaan keluarga arwah bapa mertua saya iaitu Allahyarham Haji Busu Bin Ngah di Kg. Sungai Tangkas, Kajang, Selangor. Majlis berlangsung di rumah Haji Ramli Bin Busu.
Allahyarham Haji Busu Bin Ngah dilahirkan pada 22 Januari 1906 di Kampung Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Allahyarham merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang mana abang sulung bernama Ismail dan abang yang kedua bernama Osman.
Semasa mudanya, beliau suka merantau untuk mencari pekerjaan dan ini membawa beliau ke negeri Johor, Singapura, dan Pahang. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah mata-mata gelap dan penghulu. Justeru rakan-rakan dan masyarakat setempat lebih mesra memanggil beliau dengan panggilan Penghulu Busu.
Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, beberapa orang pemimpin tempatan daripada Kampung Gadek dan Pulau Sebang, diketuai oleh Dato' Haji Talib Karim telah bersepakat untuk membuka tanah hutan yang dahulunya menjadi sarang komunis di hulu sungai Melaka. Salah seorang daripada peneroka tersebut ialah Busu Bin Ngah (Penghulu Busu). Mereka menebang hutan secara bergotong royong untuk dijadikan kawasan ladang dan kawasan perumahan. Kawasan penempatan baru tersebut kini dikenali sebagai Felda Tun Ghafar Baba Menggong.
Alhamdulillah, Allahyarham Haji Busu Bin Ngah dikurniakan seramai 14 orang anak hasil perkongsian hidup dengan lima orang isteri yang mana tiga daripada isteri-isterinya adalah bercerai mati. Anak-anak beliau ialah Yaakub, Abdul Ghani (Baba), Hasnah, Abdul Rahman, Alias, Jusniah, Syuib, Bedah (Bedot), Ramli, Romlan, Rosni, Rossbi (isteri saya), Kamarudin, dan Rosmah.
Kini zuriat keturunan Allahyarham Haji Busu Bin Ngah telah menjadi sebuah keluarga yang besar, bertumpu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Singapura, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Bagi mempertemukan semula keluarga Allahyarham Haji Busu Bin Ngah, maka baru-bari ini kami sepakat mengadakan suatu majlis perjumpaan yang julung-julung kali diadakan bagi mengeratkan silatur-rahim dan memperkenalkan genarasi muda kepada genarasi yang tua. Walaupun tidak semua keluarga dapat hadir, namun kami mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat mempertemukan sebahagian daripada keluarga ini.
Berikut ialah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan buat kenang-kenangan. Kepada keluarga Haji Busu Bin Ngah yang terbaca entri ini, sila 'right click' mouse dan pilih 'save image as' untuk muat turun gambar-gambar tersebut.
Harapan saya semoga gathering ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Akhir kalam, marilah kita menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W., kepada ahli keluarga baginda, para sahabat, dan juga kepada Allahyarham Haji Busu Bin Ngah, isteri-isteri beliau, dan juga kepada ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia, mudah-mudahan mereka mendapat kedudukan yang baik di sisi Allah SWT. Amin.
Sekian, wasalam.
|
Barisan hadapan (duduk atas kerusi) - anak-anak dan menantu-menantu Haji Busu
Berdiri barisan kedua - cucu-cucu Haji Busu
Barisan ketiga dan seterusnya - cucu-cucu, cicit-cicit,dan ciut |
|
Keluarga Bang Man, JB |
|
Keluarga Kak Jusniah, Benut |
|
Keluarga Kak Bedah (Bedot), Pulau Sebang, Melaka |
|
Keluarga Bang Ramli, Sg. Tangkas, Kajang |
|
Keluarga Bang Romlan, Batu Berendam, Melaka |
Peristiwa bersejarah di bawah ini berlaku pada 10 Februari 1979. Allahyarham menggenggam erat tangan saya, disaksikan oleh imam dan pegawai-pegawai masjid Felda Menggong, Alor Gajah, Melaka. Maka dengan itu rasmilah saya menjadi sebahagian daripada keluarga ini.
Sudah lama langsat condong Dahan yang patah dibuat papan Ijab kabul lafaz berayat Sudah lama niat dikandung Baru kini kami disatukan Semoga kekal sepanjang hayat.
Hasilnya selepas 33 tahun ....
|
Keluarga Rossbi, Lendu, Melaka selepas 33 tahun berlalu |
|
Keluarga Bang Alias, Muar - baru sampai |
|
Faizal dan isteri |
|
Mamat |
Awas dua orang jejaka ini. Mereka boleh mengundang ribut petir jika dibenarkan menyanyi.
salam
ReplyDeletemmg seronok buat family gathering mcm ni...mengeratkan silaturrahim...
kdg2 generasi muda ni kurang amik kisah soal hubungan kekeluargaan...
Assalamualaikum THMSH
ReplyDeletetentu seronok dapat jumpa semua keluarga
kami pernah buat perjumpaan macam tu...setahun mengelolakanya baru berhasil
Wa'alaikum salam Pn Kamsiah
ReplyDeleteYa benar, memang seronok kerana dapat bertemu dengan saudara mara, ipar duai, sepupu sepapat dan sebagainya.
Gathering macam ni memang sangat-sangat digalakkan supaya anak-anak kenal suku sakat mereka, insyaAllah
Terima kasih kerana sudi berkunjung
Wa'alaikum salam THR
ReplyDeleteMemang seronok tuan tetapi agak payah juga nak kumpulkan kesemua keluarga.
Alternatif lain ialah bawa semua anak-anak ke majlis kenduri kahwin keluarga.
Terima kasih.