Assalamu'alaikum wbt
Terasa sedih apabila diberitahu oleh rakan yang tinggal di Makkah bahawa hotel-hotel penginapan di kawasan Misfalah sedang dirobohkan. Ini termasuklah hotel-hotel yang dipajak oleh Andalusia Travel Agency iaitu Abeer Garden dan Al-Hijjaz Palace Hotel yang mana salah satu daripadanya - Abeer Garden merupakan tempat saya menginap semasa melakukan umrah dahulu.
|
Jentera berat sedang menghampiri AlHijaz Palace Hotel |
|
Hotel AlHijaz Palace sedang dirobohkan |
|
Kedai 2 riyal telah di kosongkan |
|
Hingga ke bangunan yang tinggi di hujung sana akan di robohkan |
|
Hotel Abeer Garden 13 Mei 2011 |
|
Hotel al Hijaz Palace 9 Mei 2011 |
|
Memborong beg di depan al Hijaz Palace Hotel |
|
Jemaah bergerak mudik ke hotel masing-masing di kawasan Misfalah
selepas solat subuh pada 6 Mei 2011 |
|
Kawasan yang sama pada 15 Mei 2010 |
Banyak kenangan di sepanjang jalan Hijrah tersebut antaranya ialah pengalaman dikejar oleh pengemis cilik hingga ke dataran Masjidil Haram
klik sini, solat asar di tengah jalan antara Hilton dan Zam-Zam Tower, melihat peniaga-peniaga warga Afrika lari bertempiaran apabila di kejar oleh pihak berkuasa, alunan nasyid "Muhammad Nabina" yang sangat menusuk jiwa apabila melalui hadapan kedai Al-Haneen
klik sini, menikmati ais krim yang sungguh lazat selapas solat zohor, dan banyak lagi.
|
6 Mei 2011 |
|
6 Mei 2011 |
|
7 Mei 2011 |
Kini suasana tersebut akan hilang dari pemandang dan akan diganti dengan puing-puing runtuhan hotel dan kedai sebagaimana yang pernah berlaku di kawasan pasar seng dan masjid kucing di Gazzah pada awal tahun 2008 dahulu.
Namun, walau hanya debu berterbangan dan puing-puing runtuhan yang tinggal ... kenangan-kenangan indah semasa di sana tetap terpahat diingatan.
Hj Saad,
ReplyDeleteSaya pun byk kenangan di sini...Abeer Garden, ketika umrah bersama Travel Andalusia dulu...semua jalan2 tu jadi kenangan saya jugak
Assalamualaikum tn hj
ReplyDeleteSayu rasa hati melihat gambar gambar ini...hotel alhijaz dan abeer garden....tempat saya menginap jugak semasa umrah beberapa kali dulu....itu jugak la jalan yang saya lalui semasa haji yang lalu...yang tinggal hanya kenangan....tiada apa yang kekal..
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteBegitulah nampaknya apabila pembangunan untuk kesenangan para jemaah yang semakin ramai ingin beribadah di MH maka.....yang lama hanya tinggal kenangan sahaja....
Assalamu'alaikum rosli
ReplyDeleteBak kata pepatah, "tempat jatuh lagikan dikenang".
Wa'alaikum salam wbt annasofea.
ReplyDeleteYa benar, tiada yang kekal kecuali Allah SWT.
Wa'alaikum salam wbt pesona.
ReplyDeleteIni bermakna, kos untuk melakukan umrah akan meningkat dengan drastik sebab hotel-hotel bajet sudah sangat berkurangan. Yang belum diusik ialah sekitar jalan Ajyad dan juga jalan di sebelah istana raja (jalan menuju Aziziah dan Mina) sekitar hotel Tn Haji Arshad.
Assalamualaikum TnHjSaad
ReplyDeleteTerima kasih mengupload gambar2 yang memang menyentuh kenangan lama.Saya juga berada disana pada tarikh yang sam diAbeer Garden juga.Pada tahun 2010 pula saya dan rombongan bersiap2 nak balik tiba2 berdozer terbabas dan melanggar pintu hotel,sungguh mengerikan.
Wa'alaikum salam wbt Mak Wan
ReplyDeleteAlhamdulillah, beruntung Mak Wan menjadi tetamu Allah.
Saya dalam perjalanan ke MH dan nampak buldozer dan orang ramai berkerumun depan Hotel Hijaz. Berderau darah sbb saya ingat mereka sedang merobohkan hotel tu - tak kan cepat sangat nak dirobohkan, bisik hati saya.
Saya diberitahu, terdapat seorang jemaah wanita Malaysia tercedera jatuh tergelicir sebab tumpahan minyak dari buldozer tsbt.