Monday, March 28, 2011

Wahai Orang Yang Sudah Beruban!

Assalamu'alaikum wm wbr



Mari kita dengar nasihat Hasan al-Basri agar hati-hati kita menjadi lembut, insyaAllah.
.
"Wahai orang-orang yang sudah beruban, petanda akan dekat masa akhirmu, apa lagikah kamu tunggu? Wahai orang-orang yang sudah beruban yang sanggup untuk beramal, apakah alasanmu untuk tidak beramal? Wahai orang yang hanya mematuhi lidah dan hawa nafsunya, yang mensia-siakan akhiratnya, yang tetap dalam dosa-dosa dan kesalahannya, aduhai sekiranya saya tahu apa kiranya alasanmu apabila kamu sudah berada di hadapanNya?
.
Apakah hujahmu apabila kamu menghadapNya, usaha-usaha duniamu akan sirna sedangkan cita-cita hakiki dari hidupmu di dunia ini telah gagal. Maka, minta ampunlah kamu kepada Allah untukku dan kamu"

Wednesday, March 23, 2011

Awas Ancaman Ransomware

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Kita sering dengar berita orang kena culik kemudian si penculik tuntut wang tebusan kepada keluarga mangsa. Namun sejak kebelakangan ini, dengan menggunakan teknologi perisian yang canggih, para pemeras ugut telah menggunakan kesempatan kemudahan Internet untuk menculik komputer mangsa secara online dan kemudian mengugut pemilik komputer supaya membayar wang tebusan yang tinggi sebelum mengembalikan komputer pemilik kepada keadaan normal. Dalam kata lain, komputer yang diculik tidak dapat berfungsi sebelum pemilik membayar wang tebusan untuk mendapatkan "nombor kekunci tertentu" - biasanya sangat mahal.  Fenomena ini dikenali sebagai ransomware.


Bagaimana ransomware boleh terjadi? Pihak yang tidak bertanggung jawab akan meletakkan perisian ransomware ke laman-laman yang menawarkan perkhidmatan muat turun (download) secara percuma seperti laman freeware dan fornografi. Jadi berhati-hatilah ketika memuat turun apa-apa program percuma, file mp3 dan sebagainya. 


Sumber: Artikel dari Trend Micro (Sayrikat pengeluar perisian anti virus)



New Ransomware Threats Growing
Cybercriminals have already figured out how to infect computers, and scareware makers have figured out how to frighten people into taking regrettable actions online (such as downloading malicious software). It's not surprising that a new trend combines infection with threats in a phenomenon called "ransomware." An infected machine appears to be disabled until the user pays money to the criminal who is, essentially, holding their computer "hostage."
Sometimes the computer has really been encrypted by an outside party, and the user has to contact that outside party in order to get that key—usually for a hefty price. Other times, the ransomware threat is empty, but it's still convincing enough that people fork over the cash. (In one particularly devious twist, one ransomware threat displays on the user's screen with a pornographic image in the background, dramatically minimizing the chances that the user will seek technical help.)
While these threats could propagate through any number of sites—including many legitimate ones—it's more likely that they'll appear on sites that promote free downloads, such as freeware and pornography sites. So if you want to steer clear of ransomware, start by making sure you're sticking to the Internet equivalent of well-lit streets. Use a good antivirus program that can spot malicious threats before they're downloaded to your computer. And if you still end up on the wrong end of a ransomware threat, get technical help immediately—there's a chance that the situation can be remedied without making cyberthieves richer.

Friday, March 18, 2011

Bagus Punya Peraturan

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Entri saya kali ini merupakan suatu catatan kenangan semasa bekerja di sebuah organisasi bergelar XYZ. Punyalah bagusnya peraturan di XYZ sehingga pekerja tidak dibenarkan ke kantin semasa bekerja.  Semua orang bengang dengan peraturan ini. Apa komen anda?
-------------------------------------------
Kepada
  : Semua warga XYZ
Daripada
  : XXXXXXX
Tarikh
  : DD-MM-YYYY
Perkara
  : Ke Kantin waktu pejabat
.
Semua warga XYZ diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan ke kantin untuk minum dan sebagainya di waktu pejabat kecuali untuk mengiringi tetamu yang berkuatkuasa DD-MM-YY

Sekian harap maklum dan terima kasih

XXXXXXX
JABATAN SUMBER MANUSIA

Sunday, March 13, 2011

Tsunami Di Sendai, Jepun, March 11, 2011

Assalamu'alaikum wm w r.

Pada petang Jumaat, 11 Mac 2011 Jepun dilanda gempa bumi yang sangat kuat berskala 8.8 Ritcher, diiukuti dengan tsunami setinggi 30 kaki. Berikutan dengan itu dua buah reaktor nuklear rosak dan mungkin mengeluarkan radiasi yang mengancam penduduk dan hidupan liar.

Subhanallah! Dunia sudah tua dan semakin hampir ke penghujungnya. Semoga kejadian-kejadian sebegini memberi keinsafan ke atas diri ini.

Berikut ialah klip video yang menunjukkan kejadian tsunami tersebut.

Wednesday, March 9, 2011

Mengimbau Suasana Hijrah Street, Berhampiran Masjidil Haram, Makkah Selepas Solat Zohor

Assalamu'alaikum wm wbr.


Bagi sesiapa yang pernah menunaikan umrah dan tinggal di kawasan Misfalah (lower Makkah), maka untuk ke Masjdil Haram mereka akan mengikut Hijrah Street.  Jalan ini terbentang sejauh lebih kurang tujuh kilometer bermula di sempadan dataran Masjidil Haram (bersetentang dengan pintu King Abdul Aziz) hingga ke Jabal Thaur.  Jalan ini diberi nama Hijrah Street bagi merakam peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah.  Laluan inilah yang diikuti oleh Rasulullah S.A.W. setelah keluar dari rumah seorang sahabat yang agung iaitu Abu Bakr as-Siddik untuk menuju ke gua Thaur sebelum bergerak ke Madinah. 


Kawasan Misfalah, yang satu ketika dahulu tidak berapa dipedulikan telah menjadi tempat tumpuan para jemaah haji dan umrah setelah projek pembesaran Masjidil Haram dimulakan pada awal tahun 2008. Hotel-hotel di sekeliling Masjidil Haram di kawasan Gazzah, an-Naqa', dan Jabal Hindi telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembesaran tersebut. Jadi pilihan terbaik bagi para jemaah ialah untuk tinggal di kawasan Misfalah.  Di sini terdapat banyak hotel kecil dan sederhana dengan harga yang berpatutan (sebenarnya harga telah meningkat berkali ganda). Oleh sebab itu, Hijrah Street sentiasa sibuk sebab ia merupakan laluan utama ke Masjidil Haram.


Suasana kesibukan Hijrah Street pada 19 Mei, 2010 sempat dirakam seperti yang tertera dalam video di bawah. Kepada para pembaca yang pernah melalui kawasan ini pasti akan mengimbau nostalgia dan seakan rasa terpanggil untuk ke sana sekali lagi. Bukan begitu Pn. Ummi Hamairah? :)

Tuesday, March 8, 2011

Musim Umrah Tiba Lagi

Assalamu'alaikum wm wbr


Musim umrah tiba lagi. Sudah ramai para jemaah dari seluruh dunia memasuki Makkah untuk melaksanakan ibadah umrah.  Berita daripada kawan-kawan dan juga paparan suasana di Masjidil Haram yang terbaru daripada saudara CL (PDKM) dan juga daripada Tuan Haji Arshad (Kehidupan Makkah2) menunjukkan manusia berbondong-bondong melakukan ibadah umrah dan solat di Masjidil Haram, sedangkan visa umrah baru sahaja dibuka pada 15 Februari yang lepas. Ini mungkin disebabkan ramai yang kecewa kerana tidak dapat melakukan umrah dan ziarah pada bulan Disember yang lepas sebab kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa ziarah walau pun telah diwar-warkan oleh travel agen bahawa kerajaan Arab Saudi akan mengeluarkan visa ziarah. Ini bermakna sudah dua tahun (tahun 2009 dan 2010) visa ziarah tidak dikeluarkan. 

Menyentuh mengenai umrah, ramai di kalangan kita mengimbau nostalgia apabila melihat gambar-gambar terbaru (semasa) suasana Masjidil Haram dan di persekitarannya.  Sebagai contoh, suasana di sepanjang perjalanan ke Majidil Haram terakam dalam ingatan yang akan terus mewarnai kehidupan. Salah satu episod dalam rona kehidupan di Makkah ialah seperti yang dipaparkan dalam video di bawah. Selamat mengimbau kenangan anda.

video