Thursday, December 29, 2011

Setiap Yang Bermula Pasti Akan Berakhir

Assalamu'alaikum wbt

Kita lihat dulu gambar-gambar di bawah yang ada kaitan dengan entri saya kali ini. Gambar-gambar ini dirakamkan pada 26 Ogos 2010 semasa majlis berbuka puasa anjuran Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Masjid Selat (Masjid Terapung), Melaka
Selat Melaka dilihat dari dalam masjid
Tempat bersantai menikmati pemandangan Selat Melaka.
Kelihatan deretan kapal membawa barang dagangan membelah lautan.
Menunggu matahari terbenam



Setiap hari mentari akan terbit, apabila sampai waktunya ia akan melabuhkan tirainya di kaki langit
Namun kehidupan tetap diteruskan sehingga sampai waktu yang telah ditentukan.
Pemandangan Masjid Selat pada 17 Jun 2011 jam 9:12 mlm
...

Ini dia intisari entri pada hari ini.

There is a time to work and a time to retire.


Di kedai kopi, di pasar, di pejabat, di rumah, di perhentian bas, dalam surut khabar, dalam radio, dalam tv, dalam blog, dalam facebook dan sebagainya, kebanyakan rakyat Malaysia sekarang bercakap pasal usia wajib bersara bagi kakitangan kerajaan dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun.

Namun pada tahun hadapan saya bercadang untuk bersara dari dunia pekerjaan. Ini merupakan satu keputusan yang agak sukar tetapi sudah menjadi sunnatullah, setiap yang bermula pasti akan berakhir.

4 comments:

  1. Assalam,

    Gambar gambar yang menarik.

    Terima kasih

    AJ

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Subhanallah,,,view yang sangat teruja memandangnya.

    Kalau dah sampai 60, bila lak nak rasa berehat kannnn.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam AJ

    Masjid Selat merupakan 'masjid terapung' di Melaka terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pulau Melaka - suatu kawasan laut yang ditambak. Ironinya, kawasan ini masih belum dihuni oleh manusia, namun solat Jumaat, dan solat 5 waktu tetap didirikan di sini.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam annasofea.

    Sebagai seorang kakitangan sektor swasta, keputusan untuk bersara dari dunia pekerjaan memanglah suatu keputusan yang sukar untuk dibuat. Kami tidak ada pencen seperti kakitangan kerajaan. Namun bak kata seorang sahabat blogger, "Kerja ni sampai matipun tak habis."

    Syukur kepada Allah SWT yang memberikan saya kekuatan untuk membebaskan diri dari memikirkan habuan dunia. Walaupun agak terlewat, sisa-sisa usia yang masih berbaki ini seharusnya ditumpukan untuk mengumpul bekal bagi perjalanan yang jauh.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.