Monday, November 7, 2011

Majlis Qurban 1432H (2011) di Surau Taman Dimensi, Alor Gajah, Melaka

Assalamu'alaikum wbt
...
Selamat hari raya eidul adha kapada para pembaca yang budiman. Bagi menyatakan kesyukuran kepada Ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya, maka penduduk Taman Dimensi, Alor Gajah Melaka telah melakukan ibadah korban di surau Taman Dimensi. Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada penduduk sekitar taman ini.
...
Alhamdulillah, ibadah korban ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan selamat. Atas semangat gotong royong, majlis korban dapat disiapkan pada jam 12.30 tengah hari iaitu suatu pencapaian yang baik. Tahniah kepada semua petugas yang bekerja bertungkus lumus untuk menjayakan majlis tersebut.
...
Di bawah ini dipaparkan beberapa foto yang sempat saya rakamkan bagi menggambarkan suasana pada majlis siang tadi. Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, amin.

Adakah aku redha dikorbankan?
Tak apa, bukan aku sekor yang terkorban hari ini, yang lain pun kena korban gak.
Alamak, lepas ini giliran kami pulak
Sekurang-kurangnya aku dapat bantal sebelum mati
Ya Allah, Kau terimalah pengorbananku
Ikat kemas-kemas sikit arr.
Alamak ustaz, janganlah tunjuk pisau kat aku, gerun tau.
Ok, ok, aku redha. Ikat baik-baik tangan aku ni.
Abaikan apa yang anda nampak di sini.
Ikat kemas-kemas
Alhamdulillah, at least ada jugak bantal.

Janganlah aya bersedih.
Proses membuang kulit
Ape bende tu brother? Ish, ish, ish!
Ish! Ish! Ish! 
Tauke Restauran Chicken Manggo (kanan) sedang melapah daging
Penulis turut bantu melapah daging



2 comments:

  1. Salam Aidil Adha THMSH

    pandai melapah daging yer...

    moga amalan diterima oleh Allah
    amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam THR

    Alhamdulillah, dah tua-tua ni, hanya melapah daging saja yang terlarat saya buat. Nak bantu merebahkan lembu atau membuang kulit dah tak terdaya.

    Wasalam.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.