...
Tanggal 11,12, dan 13 Dzulhijjah dikenali sebagai hari tasyreeq yang bermaksud hari menjemur daging-daging korban sebab ibadah korban masih diteruskan pada hari-hari tersebut. Pada ketiga-tiga hari tasyreeq para jemaah dituntut melakukan dua wajib haji iaitu bermalam di Mina dan melontar ketiga-tiga jamrah.
...
Para jemaah diberi kelonggaran untuk berada di Mina selama dua hari (tanggal 11 dan 12 Dzulhijjah) sambil melakukan wajib-wajib haji dan berzikir mengingati Allah SWT, dan selepas melontar ketiga-tiga jamraht pada 12 Dzulhijjah harus keluar dari bumi Mina sebelum terbenam matahari. Ini dipanggil nafar awal. Bagi jemaah yang ingin terus berada di Mina sehingga 13 Dzulhijjah, mereka perlu melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Dzulhijjah dan selepas itu kembali ke Makkah untuk melakukan tawaf ifadah. Ini dipanggil nafar thani.
...
Di bawah ini saya paparkan beberapa foto yang menggambarkan keadaan di Mina dan di kompleks jamarat bagi tatapan para pembaca. Perhatikan, jika pada tanggal 8, 9, dan 10 Dzulhijjah, para hujjaj mengenakan pakaian ihram berwarna putih, tetapi pada hari tasyreeq mereka telah mengenakan pakaian biasa yang berwarna warni. MasyaAllah, rindunya untuk ke sana sekali lagi. Ya Allah, Engkau jemputlah daku dan keluargaku sebagai tetamu-Mu sekali lagi untuk melakukan manasik-manasik haji dalam masa yang terdekat ini.
...
Assalamuailaikum tuan haji
ReplyDeletesaya dah copy dan baca tuan punya blog ni harap halalkan insyyallah nak g umrah laa jika di izinkan allah
Wa'alaikum salam,
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih kerana sudi bertandang ke sini. Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang salah silap itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Semoga maklumat yang dipaparkan dalam blog ini memberi menfaat kepada tuan/puan sekelian. Harap panjang-panjangkan.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteMohon copy gambar ya.
Halal ya.
Wa'alaikum salam wbt nhhs.
ReplyDeleteSilakan-silakan.
Halal, halal