...
Alhamdulillah, kita masih lagi dalam suasana hari raya korban yang mana hari ini iaitu 12 Dzulhijjah para hujjaj masih berada di Mina untuk melakukan salah satu daripada wajib haji iaitu melontar ketiga-tiga jamrah iaitu jamrah ula, wusta dan aqabah.
...
Bagi mengingati suasana haji pada tahun 2011 (1432H) ini, sukacita saya tampal beberapa gambar yang saya perolehi daripada Internet. Sumber gambar adalah berbagai-bagai, namun sebahagian besarnya saya ambil daripada Saudi Arab Press, Arab News, dan Boston Big Picture.
...
Buat permulaannya saya paparkan susanan pada 8hb Dzulhijjah 1432 yang dikenali sebagai hari tarwiyah. Tarwiyah bermaksud mengumpulkan air. Ia disebut sedemikian sebab pada zaman dahulu sumber air di Makkah tidaklah sebaik seperti pada masa sekarang. Para hujjaj pada masa dahulu mengumpulkan air pada hari tersebut sebagai bekalan untuk melaksanakan manasik haji pada 9 hingga 13 Dzulhijjah.
...
Menurut hadis, Rasulullah S.A.W. berangkat ke Mina pada 8 Dzulhijjah, solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya', dan Subuh di Mina. Selepas matahari terbit pada 9 Dzulhijjah, barulah baginda berangkat ke Arafah untuk berwukuf di sana.
...
Mina dikenali sebagai Tent City (Bandaraya Khemah) hanya dihuni selama 5 hari dalam setahun iaitu pada 8,10,11,12, dan 13 Dzulhijjah sahaja. |
Khemah di mana-mana dengan warna yang seragam iaitu putih |
Masjid Khaif |
Bandaraya Khemah - saujana mata memandang |
Nun kelihatan dua buah terowong yang menghubungkan Muaisim dengan Mina Jemaah Malaysia akan tinggal di Muaisim pada 10-13 Dzulhijjah |
Para Hujjaj mula mengisi bumi Mina pada 8 Dzulhijjah 1432 H @ 4 Nov 2011 |
Perjalanan untuk penyucian jiwa |
Yang tempang datang bertongkat Yang sakit berkerusi roda |
Jemaah yang tersesat di Mina bertanyakan arah kepada polis |
salam TN.haji
ReplyDeleteterima kasih gambar gambar menuju ke mina,inshaallah tahun depan kalau di izin allah saya bersama suami akan kesana (mekah menunaikan fardu haji)sudah lama saya idamkan untuk kesana lebih kurang 5 tahun saya menunggu setelah buat umrah pada tahun 2006
doakan untuk saya.amin.......
Wa'alaikum salam Rozila,
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga hajat puan tertunai insyaAllah, amin.
Barakallah....
ReplyDeletewww.umrohalhabsyi.com