...
Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang tidak terhingga dan tidak terhitung kepada kita sejak kita dilahirkan hinggalah ke hari ini. Selawat dan salam diucapkan kepada insan yang mulia, Nabi Muhammad SAW, yang merupakan sebaik-baik makhluk sejak azali hingga ke hari akhirat. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada ahli keluarga baginda yang mulia dan kepada para sahabat yang agung.
...
Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah sekali lagi kerana dengan limpah kurnia dan ihsan-Nya, cucu saya telah selamat menjalani pembedahan jantung pada 30 September 2011 yang lepas. Kini cucu saya telahpun keluar dari wad ICU dan berada di wad biasa. InsyaAllah mudah-mudahan pada minggu hadapan cucu saya boleh dibawa pulang ke rumah.
"Ya Allah! Tuhan yang menggerakkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Sesungguhnya Engkau telah berlemah lembut ke atas kejadian langit dan bumi. Dan Engkau telah berlemah lembut ke atas janin yang berada dalam perut ibu-ibu mereka. Aku bermohon agar Engkau berlembut ke atas qada' dan qadar yang telah Engkau tetapkan kepadaku, keluargaku, dan kepada cucu-cucuku. Amiin, ya Rab al-'Alamiin."Di bawah ini saya sisipkan gambar pemandangan Kuala Lumpur yang diambil dari surau utama IJN pada Sabtu, 1 Oktober 2011 yang lepas iaitu selepas solat maghrib. Panorama Kuala Lumpur yang indah di waktu senja dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati saya sungguh tenang ketika itu. Ya Allah! Tiada satupun nikmatMu yang aku dustakan.
...
Menara kembar Petronas dilihat dari surau utama IJN |
Pemandangan Kuala Lumpur di waktu senja pada 30 Sep 2011 |
Suarau Utama IJN selepas solat maghrib |
Hj Saad,
ReplyDeleteSyukur semuanya selamat dan dipermudahkan.
Pemandangan yang begitu cantik dan asyik , syukur alhmadulillah
Wa'alaikum salam tn rosli
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih. Segala ujian Allah SWT pasti ada hikmahnya.
Kalau ada kesempatan, cubalah solat di surau utama IJN pada waktu maghrib atau Isya'. Tidak banyak surau atau masjid yang dapat menghadirkan rasa tenang sebagaimana surau IJN tersebut.
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteTn Hj masih lagi berada di KL lagi...muga-muga didoakan agar cucu Tn Hj cepat sembuh dan dapat kembali kepada keluarga....
Wa'alaikumsalam Hj Pesona.
ReplyDeleteAlhamdulillah, cucu saya telah keluar IJN dan sekarang berehat di rumah. Terima kasih atau doa tuan haji.