Saturday, April 9, 2011

Alahai Budak Banting!

Assalamu'alaikum wm wbr.

Balik dari opis hari ini terpandang akhabar Metro (Edisi Melaka/N Sembilan 9 April 2011) di atas meja. Mata saya tertumpu kepada tajuk berita: "Tipu bapa langgan ayam". Akhbar Metro melaporkan dua orang remaja tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor sanggup berulang-alik sejauh 160km setiap minggu ke Brickfield untuk melanggani pelacur. Remaja tersebut tanpa segan silu memberitahu reporter bahawa mereka sangat suka ke Brickfield kerana pelacur-pelacur di sana lawa, muda, dan murah.
.
Astaghfirullah al-'azim! Inilah akibatnya jika pihak pemerintah tidak hendak mengamalkan hukum Islam. Semakin lama semakin cair pegangan agama di kalangan ummah.
.
Satu ketika dahulu Allahyarham Dato' Ishak Baharom dipecat dari jawatan Mufti Selangor hanya kerana arahannya kepada pihak penguatkuasa agama negeri Selangor supaya menangkap tiga peserta pertandingan ratu cantik yang terdiri dari kalangan orang Melayu beragama Islam yang memakai pakaian tiga suku telanjang memperagakan tubuh mereka di hadapan beribu-ribu penonton. Maka dengan itu kerajaan Negeri Selangor mendapat surat daripada Kuala Lumpur (dari pemimpin no. 1 negaralah - siapa lagi) mengarahkan pemecatan Dato' Ishak.
.
Isi kandungan surat itu berbunyi: "Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan."
.
Jadi inilah natijahnya daripada arahan pemecatan Dato' Ishak Baharom tersebut. Inikah yang dikatakan kemajuan?
.
Alahai budak Banting! Sungguh malang nasibmu.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Mohd saad

    mereka tangguglah akan akibatnya yg berterusan

    ini yg dikata orang yg muflis diakhirat

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. As salam...

    Kenapalah hidup anak muda zaman sekarang tidak berpegang teguh kepada ajaran agama ??

    Malah saya melihat Islam sekadar perhiasan dan hukum agam menjadi mainan...tak mustahil lah sekarang ramai yang Islam sekadar keturunan semata - mata...Subhanallah !!

    Solat adalah pencegah kemungkaran tetapi apabila masyarakat kini menganggap ia sekadar bebanan dan penghalang kemajuan, pastinya binasa masyarakat kita nanti..Rata - rata anak muda kini tidak lagi BERSOLAT !! Nauzubillah....

    ReplyDelete
  3. mudahnya nak hukum orang lain... beranak nak, tanggung jawab xnakk
    siapa yg mencorakkan anak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Memanglah yang mencorakkan anak itu semasa kecil ialah ibubapanya. Tetapi anak-anak membesar dalam lingkungan masyarakat sekelilingnya dan masyarakat sekeliling dalam banyak hal dicorakkan oleh pihak yang berkuasa iaitu pemerintah. Jika pemerintah tidak mengeluarkan lesen perjudian, pelacuran dan sebagainya maka tempat-tempat maksiat tidak tumbuh seperti cendawan. Lihathat di kawasan sekitar Bukit Bintang, KL. Berapa banyak rumah-rumah urut yang wujud di situ? Berapa banyak rumah-rumah urut, pusat-pusat disko dan karaoke di Melaka Raya? Selang 10-20 langkah jumpa sebuah rumah urut atau pub. Siapa luluskan lesen? Bila kerajaan Kelantan mengharamkan / mengehadkan pengeluran lesen judi dsb heboh satu Malaysia dan dijadikan modal politik. Bila allahyarham Ust Ishak Baharom tangkap peserta ratu cantik, beliau dipecat konon menghalang kemajuan negara. Siapa yang undi pemimpin seperti ini dia juga turut mendapat saham atas apa-apa keputusan yang bercanggah dengan agama Islam yang dibuat oleh pemimpin tersebut. Wallahuaklam.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.