Wednesday, March 9, 2011

Mengimbau Suasana Hijrah Street, Berhampiran Masjidil Haram, Makkah Selepas Solat Zohor

Assalamu'alaikum wm wbr.


Bagi sesiapa yang pernah menunaikan umrah dan tinggal di kawasan Misfalah (lower Makkah), maka untuk ke Masjdil Haram mereka akan mengikut Hijrah Street.  Jalan ini terbentang sejauh lebih kurang tujuh kilometer bermula di sempadan dataran Masjidil Haram (bersetentang dengan pintu King Abdul Aziz) hingga ke Jabal Thaur.  Jalan ini diberi nama Hijrah Street bagi merakam peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah.  Laluan inilah yang diikuti oleh Rasulullah S.A.W. setelah keluar dari rumah seorang sahabat yang agung iaitu Abu Bakr as-Siddik untuk menuju ke gua Thaur sebelum bergerak ke Madinah. 


Kawasan Misfalah, yang satu ketika dahulu tidak berapa dipedulikan telah menjadi tempat tumpuan para jemaah haji dan umrah setelah projek pembesaran Masjidil Haram dimulakan pada awal tahun 2008. Hotel-hotel di sekeliling Masjidil Haram di kawasan Gazzah, an-Naqa', dan Jabal Hindi telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembesaran tersebut. Jadi pilihan terbaik bagi para jemaah ialah untuk tinggal di kawasan Misfalah.  Di sini terdapat banyak hotel kecil dan sederhana dengan harga yang berpatutan (sebenarnya harga telah meningkat berkali ganda). Oleh sebab itu, Hijrah Street sentiasa sibuk sebab ia merupakan laluan utama ke Masjidil Haram.


Suasana kesibukan Hijrah Street pada 19 Mei, 2010 sempat dirakam seperti yang tertera dalam video di bawah. Kepada para pembaca yang pernah melalui kawasan ini pasti akan mengimbau nostalgia dan seakan rasa terpanggil untuk ke sana sekali lagi. Bukan begitu Pn. Ummi Hamairah? :)

6 comments:

  1. Assalamualaikum Tun Hj.,

    Melihat video itu benar-benar mengimbau kenangan. Rasa rindu utk kesana lagi. Musim haji lagilah tidak terkata padatnya umat Islam.

    p/s: suka mendengar suara-suara background yg mengiringi paparan. Teringat masa kaki berada di bumi Anbia'. :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Kakzakie,

    Alhamdulillah. Memang mengimbau kenangan dan menggamit kerinduan.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  3. Assalammulaikom wtb tuan Haji Saad. Khaifahluka? صباح الخير

    Allhamdullah, satu cerita yang dikongsi bersama. Projek besar nak dilaksankan, maknanya banyak lagi bagunan dan kawasan yang pasti di robohkan dan dibaiki semula.

    Malangnya jika sudah terlampau ramai dan padat. Semua harga barangan, makanan dan kemudahan menjadi berkali-kali ganadar. MasyaAllah, ini namanya kehidupan dunia yang sementara.

    Syukran berkongsi Video ketika musim umrah 2010.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada video clip tersebut teringat kembali kenangan semasa mengerjakan haji tahun lepas yang mana suasana jemaah keluar drpd MH menuju ke arah Masjid Kucing (Kini hanya tinggal nama je) sungguh ramai.......

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam MI,

    Alhamdulillah saya sihat. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Saya nak balas kunjungan tapi rumah tuan berkunci. :)

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam pesona.

    Masa tahun 2007 dulu lagi sempit laluan ke Masjid Kucing dengan kiri kanan penuh dengan kedai-kedai. Memang rindu dengan suasana begitu.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung, alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.