Sunday, January 30, 2011

Sudah Bersediakah Saya?

Assalamu'alaikum wm wbr.


Dalam menjalani ujian mengharungi kesakitan akibat gout, tetiba saya terbaca kata-kata Hassan al-Basri:

"Wahai manusia! Berbekallah kalian untuk berangkat kerana dunia kalian yang tersisa hanyalah sedikit. Bersiaplah kalian dengan barang-barang yang diperlukan pada jalan yang akan diteruskan kerana tidak ada jalan bagi kalian untuk terus menetap di sini (di dunia ini)." 

Dalam usia menjangkau 57 tahun ini, sudah tentu hati berdetak apabila membaca peringatan di atas. Lebih-lebih lagi mengingatkan betapa banyak dosa yang telah saya lakukan dan betapa sedikit amalan yang hendak dipersembahkan kepada Allah SWT, entahkan diterima entahkan tidak. Sungguh ngeri, pilu dan insaf. Sungguh dhaif dan kerdilnya daku. Hanya Rahmat-Mu yang dapat menyelamatkan daku wahai Allah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    Ya Allah
    masih terlalu sedikit bekalan kami utk menghadap mu

    terima kasih, tolong ingatkan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikom wtb tuan Haji.
    Hidup ini umpama mengusahakan ladanag buah. Siapa yang berkerja keras atas ladangnya, dia akan peroleh hasil yang besar. InsyaAllah.

    Dunia tempat kita berusaha, bersusah payah dan menekan nafsu. Hasilnya Allah S.W.T. akan membalasnya di akhirat nanti. INsyaAllah.


    JazakaAllah

    ReplyDelete
  3. Tn Haji Rozali,

    Alhamdulillah, sama-samalah kita mengambil peringatan dari Hasan al-Basri tersebut. TK kerana sudi meninggalkan komen di sini.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wm wbr.

    MI, terima kasih di atas ingatan tersebut, alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.