Wednesday, January 12, 2011

Setelah Setahun Berlalu ...

Assalamu'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, hari ini 12 Januari 2011, genap usia Blog "Hidup Biar Allah Sayang" ini satu tahun. Pejam celik, pejam celik, dah setahun dah saya berbelog.

Dalam usia setahun jagung, darah setampuk pinang ini, blog "Hidup Biar Allah Sayang" terus menapak dan bergerak kehadapan - walaupun perlahan, dalam usaha dakwah menegakkan syiar Islam dalam caranya yang tersendiri.

Dalam setahun berbelog ni, adalah seramai 71 orang yang sudi mengikuti blog ini. Walaupun statistik ini adalah kecil jika dibandingkan dengan blog yang popular seperti PDKM, Kehidupan Makkah, dsb., namun saya tetap bersyukur. Tetapi sayang, ramai followers tidak meletakkan link ke blog masing-masing. Jadi tidak dapatlah saya hendak berkunjung ke blog mereka dan mengenali mereka dengan lebih lanjut. Kepada pengikut setia blog ini saya harap dapatlah kiranya letakkan link blog tuan-tuan / puan-puan dalam profile masing-masing.

Alhamdulillah, suatu ketika dahulu jumlah pengunjung mencecah 400 - 500 orang dalam sehari. Sekarang ini sudah berkurang sebab saya pun slow sikit nak update blog. Biasalah kan, ada masa kita rajin dan bersemangat, dan ada ketikanya kita rasa macam malas saja nak update terutama kalau ada hal-hal lain yang lebih mendesak. Walau bagaimanapun, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para followers, dan juga para pengunjung sekelian atas sokongan yang diberikan. Tanpa tuan-tuan dan puan-puan, tiada apa-apalah blog ini.

Syukur kepada Allah, blog ini sedikit sebanyak telah mengubah individu tertentu daripada tidak solat Jumaat, tidak pernah cukup puasa sebulan, lagha dsb kepada yang lebih baik - sudah solat lima waktu dan solat Jumaat, menunaikan umrah, dapat puasa penuh sebulan ramadhan, dsb. Semoga Allah menguatkan iman dan membantu beliau supaya terus istiqomah dalam beribadat, Amin, Ya Rab al-'alamin. Sila klik link di bawah untuk baca komen beliau.
.
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/07/jalan-hijrah-makkah-sebelum-asar-sabtu.html?showComment=1291444190727#c5992713449018025608
.
Kepada para pembaca yang budiman, saya sangat-sangat berharap agar tuan-tuan / puan-puan memberikan cadangan bagaimana saya boleh memperbaiki lagi blog ini dari segi penampilan dan juga isi kandungannya. Saya ini "budak baru belajar", jesteru banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk mempertingkatkan lagi mutu blog ini.
.
Kalau hendak berhenti merokok
Puntung dibuang ke negeri China
Bagaimana nak baikkan lagi belog
Tolonglah berikan saya idea.
.
Harapan saya, semoga Allah terus memberi kelapangan masa, sihat tubuh badan, idea dan ilham yang berterusan untuk membolehkan saya terus dapat menyumbang bakti melalui pentas maya ini. Amin. 
.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.


Sekian, salam hurmat dari saya:


Hj. Mohd. Saad Bin Hamid
Melaka.

4 comments:

  1. Assalamualikum tn hj.

    Alhamdulillah dah setahun blog tuan hj bertahan...semoga ia akan bertambah ceria lg di masa akan datang...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    Syukur
    Alhamdulillah

    SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK HIDUP BIAR ALLAH SAYANG

    moga diberkati oleh Allah

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikom wtb tuan haji Saad. Apa kabar....Selamat Ulang Tahun Blog tuan Haji. Ana gembira dapat berkenal dgn tuan haji di alam maya. Banyak ana pelajari. Kita sama-sama berkongsi pegalaman dan cerita. Tetapi tuan Haji lebih berpegalam dari ana.

    Oh ya, kita ke JB singgah rumah ana di Ulu tiran. Haji juga boleh ziarah blog ana.

    www.fajarsubuh.blogspot.com

    JazakAllah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Selamat menyambut ulang tahun blog Tuan Haji. Blog menarik dan berilmu. Semoga terus aktif.

    Wassalam,

    Idris Ismail Talu
    Ipoh.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.