Friday, January 21, 2011

Lagi Awan Tulisan Allah Di Lagit Melaka pada 21 Jan 2011

Assalamu'alaikum wm wbr.
.
Alhamdulillah, pagi ini 21 Jan 2011 sekali lagi saya dapat menyaksikan kebesaran Allah SWT yang mana awan membentuk tulisan Allah. Kali ini saya snap gambar awan tersebut setelah saya parkir kereta di tempat kerja. Pada mulanya saya tidak perasaan akan tulisan Allah tersebut, cuma pagi ini formasi awan di langit sangat menarik. Seperti biasa saya snap gambar-gambar awan tsbt dengan kamera hanphone yang resolusinya cuma 3 mpixel. Itu sahaja kamera yang saya ada pada ketika itu. Setelah sampai di bilik, saya lihat semula gambar-gambar yang diambil sebentar tadi. Hasilnya, maasyaaAllah, pada salah satu gambar tersebut terdapat tulisan Allah.


 Gambar-1: Formasi Awan Yang Menarik

 Gambar-2: Terdapat Tulisan Allah di Sebelah Kanan Gambar

Gambar-3: Gambar Formasi Awan

9 comments:

  1. Assalammualikom wtb tuan Haji, Khaifahaluka? Allhamdullah.
    Syukran ana dapat ziarah blog tuan sekali lagi. Tempoh hari ana ada call az, ana maklum pada beliau. "tak jemput Haji Saad ke Walimatu anak az ke?".
    az bilang, "Tak tahu alamat".

    Kami wakga PDKM akan ke walima anak az pada 29 hb Jan 2011 di No, 50 Jalan AMJ 1, Taman Ayer Molek Jaya, 75460 Malaka. Kami teringin juga nak jumpa dengan tuan tanah HIDUP BIAR ALLAH SAYANG.

    Jumpa tuan Haji di sana nanti ya....


    No tel az:019-6588045

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdulillah, syukur Tn Hj dapat melihat dan seterusnya berkongsi gambar ini. Terima kasih.

    Saya setuju dengan Musafir Islam, mari kita bersama-sama ke rumah Tn Hj AZ pada 29 Jan 2011. Saya pun teringin nak berjumpa Tn Hj.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn. Hj,

    Lama rasanya tidak mengikuti blog Tn Hj, walau bagaimana pun saya dan isteri telah selamat pergi dan kembali menunaikan haji pada 2010...dengan menempuhi bebagai pengalaman semasa di Masjidil Haram dan juga Mina yang mana telah merasai hujan di Masjidi Haram pada hari ke 3 memasuki Mekah daripada Madinah, Memasuki Masjidil Haram seawal jam 9.30 pagi untuk mendapat tempat bersembahayang Jumaat sebelum Wukuf tetapi hanya dapat di tingkat atas Masjidil Haram begitu juga merasai hujan air batu serta ribut di Mina....muga-muga ALLAH makbulkan dengan Haji Mabrur kepada kami berdua.....Sekiranya diizinkan ALLAH ingin rasanya mengunjungi lagi rumah ALLAH.....

    ReplyDelete
  4. Salam Tn Hj.,

    Apa jua yg tertera manunjukkan keagungan Allah. Semoga dengan apa yg ditunjukkan ini akan menambah kekuatan iman dan taqwa kita kepada Nya.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam MI dan Safudin,

    Sebanarnya dalam beberapa hari yang lepas saya kurang sihat sebab gout. Sakit gout ni hanya Allah dan orang yang terkena sahaja yang tahu macam mana sakitnya. Jesteru nak buka blog pun tak ada mood. Solat duduk atas kerusi, nak ke bilik air terpaksa pakai tongkat. So memang tak dapat bergerak aktif gamaknya. Bila jantung pam darah dup dup dup, dan bila darah sampai ke sendi yang terkena gout tu, mak aii, bisanya tidak terkata!

    Jadi dipendekkan cerita, minta maaf banyak-banyak tak balas komen ni awal-awal dan dan dapat pergi ke majlis walimatul urus anak az.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam pesona.

    Alhamdulillah tuan sudah selamat kembali ke tanah air. Semoga Allah menerima segala ibadah dan pengorbanan tuan suami isteri di sana. Banyak pengalaman tuan perolehi semasa musim haji yang lepas.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikum salam kakzakie

    Alhamdulillah, makhluk Allah SWT sentiasa berzikir kepada Sang Khaliq.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tn Hj,

    Saya doakan agar semuga Tn Hj. cepat sembuh dari sakit (Gout) yang mana hanya orang yang menghidapinya sahaja yang tahu macamana rasa sakitnya sepertimana yang Tn Hj. katakan............

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikum salam wb wbr.

    Aminn. Berkat doa kawan-kawan, sakit gout saya semakin pulih. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.