Monday, January 31, 2011

Banjir, Banjir Kilat Lagi!

Assalamu'alaikum wm wbr.


Gambar Banjir Tahun 2008

Pagi ini cuaca di Melaka masih hujan renyai-renyai. Sudah dua hari kami di Melaka mengalami hujan renyai-renyai sepanjang hari. Beberapa kawasan perumahan di Alor Gajah telah dinaiki air, terutama di Taman Seri Bayu 2 yang mana air naik jam 3.00 pagi tadi iaitu semasa penghuninya sedang dibuai mimpi. Ini bukanlah kali pertama Taman Seri Bayu dinaiki air, saya rasa hampir mencapai angka 10, tetapi amat heran dan pelik tidak ada usaha yang konkrit daripada pihak berwajib untuk mengatasi masalah tersebut.

Saya pernah tinggal di Taman Seri Bayu 2 pada tahun 1998-2002 dan pernah mengalami peristiwa air naik hampir memasuki ruang tamu. Setelah itu setiap kali hujan lebat hati sentiasa risau takut air akan naik lagi. Akhirnya kami ambil keputusan untuk pindah rumah ke Taman Dimensi, alhamdulillah.

Tidak ada gambar banjir tersebut dalam entri ini sebab saya tidak dapat ke tempat kejadian - masih sakit gout.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat gambar banjir tersebut teringat rumah Mak di Labis......
    tetapi Allahamdulillah rumah di kampung tidak kena banjir.

    Semuga Tn Hj, juga cepat sembuh drpd saki (Gout) yang dialami....

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr

    Alhamdulillah rumah emak pesona tidak kena banjir. Memang memeritkan jika terkena banjir ni - kena bersihkan rumah yang disaluti lumpur, dan perabot dan perkakasan rumah banyak yang rosak.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.