Sunday, October 17, 2010

Panduan Umrah – 40 – Tips Menjaga Kesihatan


Assalamu'alaikum wm wbr.

Musim haji tiba lagi.. Semasa musim Haji, bilangan jemaah di Makkah mencecah tiga juta orang yang datang dari seluruh pelosok dunia. Oleh itu risiko untuk mendapat penyakit bawaan jemaah dari negara lain memang tinggi. Bagi para jemaah bakal calun haji dinasihatkan  menjaga kesihatan agar dapat melaksanakan pekerjaan haji dengan tenang dan sempurna. Jika kita sakit, sedikit sebanyak ibadat kita akan terjejas.

Sayugia diketahui, ibadah haji itu memerlukan kekuatan fizikal seperti tawaf, sa’ie dan melontar ketiga-tiga jamrah. Untuk melengkapkan tujuh (7) pusingan sa’ie jemaah terpaksa berjalan sejauh 2.8 kilometer (7 x 400meter). Untuk sampai ke jamrah dari perkhemahan di Muaiseim, jemaah perlu berjalan sejauh 3.5 km (pergi balik 7 km). Untuk ke Masjidil Haram dari maktab-maktab penginapan perlu berjalan sejauh 750 – 1500 meter (pergi balik sejauh 1.5 – 3.0 km). Di samping itu Jemaah perlu bermalam di Arafah dan Mina (masih ok lagi sebab ada khemah), dan mabit (bermalam) di Mudzalifah dengan berbumbungkan langit dan sepasang kain ihram yang tidak cukup hangat untuk menepis kedinginan malam yang menyucuk hingga ke tulang sum-sum. Pendek kata jemaah haji terpaksa berjalan kaki ke mana saja sama ada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di tanah suci.  Oleh yang demikian daya tahan tubuh badan boleh menurun dan mengundang sakit/penyakit.

Kita juga harus ingat perbezaan cuaca di tanah suci dan di Malaysia sangat drastik. Suhu di Makkah pada musim panas boleh mencecah sehingga 49°C pada waktu siang dan turun kepada 30°C pada waktu malam. Pada musim sejuk, suhu pada waktu siang ialah 25°C dan pada waktu malam turun kepada 15°C. Perubahan suhu yang ekstrem, di tambah dengan cuaca yang kering dan berdebu, mendedahkan bakal jemaah kepada jangkitan saluran pernafasan seperti batuk, selsema, dan asma sebab kehilangan air badan. Di samping itu, jemaah juga sering mengalami tumit kaki, dan bibir pecah dan berdarah sebab kehilangan kelembapan. 

Untuk mengelakkan batuk, maka badan kita perlu mempunyai air yang cukup. Berikut ialah beberapa tip yang sempat saya catat semasa mengikuti ceramah kesihatan anjuran Tabung Haji Tampin pada tahun 2007 yang lalu.

1.  1. Para jemaah perlulah kerap minum air. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap agar badan tidak kekurangan air. Air yang terbaik ialah air zam-zam dan ia mengandungi banyak mineral. 
2.   2.  Di tanah suci kita tidak digalakkan mandi dengan kerap seperti di Malaysia. Mandi 1x dalam 2 hari.
      3.  Kurangkan guna sabun ketika mandi.
4.   4.  Sekiranya batuk, jangan mandi dulu.
5.   5. Gunakan stokin untuk mengurangkan kehilangan air badan. Boleh guna kasut khuf semasa dalam masjid.
6.   6. Pastikan di bilik penginapan terdapat “air circulation” – perlu ada udara keluar masuk.
7.   7. Amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan garam dan minyak.
      8. Sapu tumit dengan krim pelembab untuk elak dari merekah.
      9. Sapu bibir dengan nevea oil untuk elak bibir pecah dan berdarah.

      Sekian semoga bermanfaat.

Khuf




4 comments:

  1. salam, haji,
    nak bertanya di kawasan sekeliling masjid haram di mekah atau di masjid nabi di madinah ada tak area yang ada wifi percuma, terima kasih, wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam.

    Saya kurang perasaan, besar kemungkinannya tidak ada. Pada bulan Mei lepas, WiFi yang available semuanya restricted. Elok kita suggest pada FELDA D'Saji supaya sediakan WiFi percuma kepada para pelanggannya supaya ramai pelanggan berkunjung ke D'Saji seperti yang terdapat di KFC Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sebagai tambahan, digalakkan para jemaah membawa suplemen atau multivitamin untuk memastikan kesihatan jemaah ditahap optimum semasa menunaikan ibadat haji. Semoga kesihatan yang baik membantu jemaah menunaikan ibadat dengan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya betul. Elok bawa supplement. Saya memang bawa beberapa supplement seperti spirulina dan juga madu asli keluaran HPA.

      Bagi jemaah wanita, elok juga bawa handy plast untuk ditampal pada tapak kaki ketika melakukan saie untuk elak tapak kaki merekah.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.