Tuesday, September 28, 2010

Kenali Kapal Haji - Kuala Lumpur

Assalamu'alaikum wm wbr.
 

Kapal Haji "Kuala Lumpur"

Kapal Haji "Kuala Lumpur" Sedang Berlabuh Di Singapura


Orang Ramai Sedang Menghantar Sanak Saudara Menaiki Kapal Haji Kuala Lumpur

"Puan Seri Kuala Lumpur" lahir di atas kapal Kuala Lumpur 
berhampiran Pulau Pinang semasa ibu beliau dalam
perjalanan mengerjakan ibadah haji awal tahun 70an.
Sumber: http://duniadyeha.blogspot.com/

Kapal haji "Kuala Lumpur" adalah sebuah kapal pengangkut tentera (troopship) yang dilancarkan pada 17 Oktober 1935, dan diserahkan kepada British India pada 16 Januari 1936. Nama asalnya ialah "Dilwara". 

Kapal ini pernah digunakan dalam Peperangan Dunia Kedua, dan dalam beberapa peperangan yang lain seperti di Madagaskar (1942), Burma (1943) dan Suez (1956).  Pada bulan November 1960 kapal ini dibeli oleh China Navigation Co. untuk dijadikan "kapal haji" mengangkut jemaah Malaysia ke Jeddah dan namanya ditukar kepada  "Kuala Lumpur". Kapal ini boleh mengangkut lebih dari 2000 jemaah dalam sesuatu masa. 

Oleh kerana pengangkutan udara semakin popular di kalangan para jemaah haji, maka pada 1970, China Navigation Co. menamatkan perkhidmatan "kapal haji" Kuala Lumpur dan kapal ini discrap pada tahun 1971 di Kaohsiung.


Kapal Pengangkut Diwalra

11 comments:

  1. Assalamulaikum Tn Hj,

    Sayu rasanya melihat gambar kapal haji tersebut yang mana tidak dapat dirasai oleh jemaah yang baru utk pergi menunaikan haji..

    Saya baru sahaja dapat surat drpd Tabung haji yg mana penerbang saya dan isteri pada 23 okt 2010 masuk ke madinah dahulu berlepas drpd Senai Airport.............

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    Semasa dalam penerbangan dan juga di Madinah, banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

    Sekarang Masjid Nabawi dibuka 24 jam, tetapi selepas Isya' hanya pintu-pintu utama sahaja yang dibuka seperti Babus Salam, Bab al-Baqiq dsb. Mungkin dlm musim haji banyak lagi pintu-pintu yg dibuka. Usahakan untuk dapat tempat di Raudah dan jangan lupa setiap kali masuk dan meninggalkan masjid, kita ziarah dan memberi salam dulu kepada Rasulullah SAW.

    Jika keadaan tidak mengizinkan - terutama jika waktu solat telah dekat, memadai memberi salam dari tempat kita berada walaupun kita solat di bahagian belakang masjid.

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak hal, kita perlu bersabar dan ridho ke atas segala ketentuannya. Jika berkesempatan, join halaqah membaca al-quran di Masjid Nabawi. Group halaqah tersebut banyak di bahagian bangunan baru Masjid, iaitu ke arah belakang sedikit dari Babus Salam.

    ReplyDelete
  4. Jika di Makkah, banyakkan istighfar disamping solat sunat, membaca alQuran dan sebagainya.

    Yang penting, usahakan solat 5 waktu di Masjidil Haram walaupun ada surau di hotel maktab penginapan. Biar kita lebih banyak berada di Masjid dari berada di dalam bilik hotel.

    Sekali lagi saya doakan agar tuan suami isteri mendapat haji yang mabrur.

    ReplyDelete
  5. Sebagai tambahan...

    Banyakkan tawaf sunat, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tn Hj,

    Terima kasih atas nasihat dan panduan yang Tn Hj berikan, dapat saya dan isteri amalkan semasa perjalanan dan juga di Masjidil haram serta Masjid Nabawi

    Sekali lagi terima kasih Tn Hj, saya dan isteri berdoa agar ALLAH diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna ....mendapat haji mabrur...Amin

    ReplyDelete
  7. salam, haji, nak bertanya pengalaman tentang saiz beg yang sesuai, jika saiz 32inci sesuai dan boleh kah?

    ReplyDelete
  8. Salam Anonymous,

    Beg bersaiz 32 inci memadai untuk mengisi barang-barang keperluan seperti 2 helai kain ihram dan serba 2 pasang pakaian. Di samping itu perlu ada bag galas untuk barang-barang extra. Bag galas bolehlah diisi dengan sos cili, sos tomato dll untuk dibawa ka tanah suci (jika perlu). Nanti bila nak balik ke Malaysia sudah kosong dan boleh isi dengan barang-barang belian di sana. Bag tambahan boleh dibeli di sana dengan harga yang agak murah.

    Tip untuk bag bagi Jemaah haji: Biar banyak bag bersaiz sederhana, jangan guna bag saiz terlalu besar sebab payah petugas hendak naikkan bag ke bumbung bas, dan juga payah hendak diturunkan. Kalau terlalu berat mereka akan campakkan sahaja bag kita dari bumbung bas ke atas jalan raya. Elok juga bag tersebut diikat kemas dengan tali supaya jika bag dicampakkan ke atas jalan raya tidak terbarai (terbuka).

    ReplyDelete
  9. Salam
    Saja mahu kongsi nama emak saya Seri Kuala Lumpur sempenan nama kapal ini. Dia dilahirkan di atas kapal ini sewaktu nenda mahu ke Makkah, ;)

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam dihaDiha

    Beruntung ibu saudari dapat pergi Mekah dalam usia yang sangat muda. Kalau ada gambar-gambar Makkah sekitar tahun 70an, bolehlah tunjukkan dalam blog sdri.

    Saudari bertuah kerana saudari anak seorang Puan Sri. :)

    ReplyDelete
  11. Kepada Puan Seri Kuala Lumpur, diucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 50. Semoga panjang umur, sihat tubuh badan, dan murah rezeki. Amin,

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.