Thursday, July 8, 2010

Umrah 2010: Masjidil Haram, Sabtu 15/5/2010 - Sebelum Solat Subuh

Assalamu'alaimum wm wbr.

Alhamdulillah, selepas insiden dikejar oleh pengemis, saya meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram. Walaupun waktu subuh sudah hampir, saya terus melakukan tawaf sunat sebagai ganti solat tahiyyatul masjid sebagai penghormatan kepada kaabah. Saya sempat tawaf beberapa pusingan sahaja sebelum muazzin melaungkan azan subuh pada pukul 4:18am (waktu Malaysia ialah 9:18am). Saya mengambil tempat dalam saf untuk solat sunat subuh dan berzikir. Jarak masa antara azan dan solat subuh agak lama, mungkin untuk memberi peluang kepada jemaah yang bangun lambat supaya sempat solat subuh berjemaah.  Sambil itu sempat juga snap beberapa foto seperti paparan dibawah.


4:27am - Menunggu Solat Subuh

Kelihatan beberapa ekor belalang melekapkan diri di kelambu kaabah (objek-objek yang berwarna putih berhampiran dengan pancuran emas. Di samping manusia dan malaikat, belalang pun ingin turut sama solat subuh berjemaah di Masjidil Haram. MaasyaaAllah! Maha Suci Engkau Ya Allah. Milik Engkaulah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan apa yang ada di antara keduanya.


4:27am - Menara di Pintu King Abdul Aziz

Kelihatan Hotel Zam-Zam Towers dan Hotel As-Safwah di Sebelah Belakang


4:31am - Masih Menunggu Solat Subuh


4:32am - Lampu di Hijir Ismail


4:33am - Berdoa Kepada Allah SWT, Tuhan Kaabah


4:33am - Berdoa Mengharap Rahmat Allah SWT


5:34am - Tak Sabar Menunggu Solat Subuh

Alhamdulillah, setelah melakukan rutin harian selepas subuh dan menyempurnakan baki tawaf yang tertinggal, saya balik ke hotel untuk sarapan dan bersiap-siap untuk join program umrah ke-2 anjuran Andalusia (bermiqat di Tan'iem). Sebelum balik, buat rakaman video orang tawaf baitullah.


5:15am - Tawaf

Entri berikutnya ialah catatan perjalan pulang ke hotel pada jam 5:21am. InsyaAllah

2 comments:

  1. Terimakasih kerana dapat peluang tgk gambar2 yg cantik dan kisah yang menarik.Teruskan...

    ReplyDelete
  2. Salam mama ju

    Alhamdulillah, syukran

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.