Wednesday, June 2, 2010

Umrah 2010: Perjalanan Dari Bir Ali Ke Makkah (Wadi Quday)

Assalamu'alaikum wm wbr.

Perjalanan dari Madinah ke Makkah ialah sejauh 450km dan mengambil masa selama 5 jam. Kami berhenti rehat di Wadi Quday untuk makan malam. Di sepanjang perjalanan kami bertalbiah. Salah seorang guru saya berpesan supaya saya sentiasa bertalbiah semasa berihram haji atau umrah selagi belum sampai ke tempat tujuan bagi memudahkan urusan ibadat yang akan kita lakukan. Pesanan ini saya pegang dan amalkan semasa melaksanakan haji dahulu dan alhamdulillah segala urusan dapat dilakukan dengan mudah dan sempurna - pastinya dengan izin Allah s.w.t.

Dalam perjalanan yang panjang ini sempat saya mengambil beberapa gambar dan membuat rakaman video sebelum bateri kamera habis.

Klip video ini memaparkan perjalanan kami dari Bir Ali hingga ke Wadi Quday. Semoga apa yang dipaparkan di sini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Wasalam.

4 comments:

  1. Salam Hj,

    apa kabar? Lama tak ziarah rumah hj ni. Harap hj sihat yer.

    ReplyDelete
  2. Salam AZ,

    Alhamdulillah, saya sihat - cuma ada sedikit batuk sbb pertukaran cuaca.

    ReplyDelete
  3. salam TuanMohd Saad Hamid

    nanti BHS datang lagi baca-baca apa yang di terangkan ya..bagusla..BHS suka banyak sumgguh maklumat berguna yang BHS banyak juga la yang terlepas pandang...

    Syukran...

    ReplyDelete
  4. Salam BHS,

    Silakan, silakan. Ahlan wa sahlan.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.