Sekiranya seseorang telah berniat untuk berihram, sama ada ihram umrah atau ihram haji, maka wajib bagi dirinya menjaga segala pantang larang semasa berihram. Terdapat 13 perkara yang dilarang dilakukan semasa berihram iaitu:
A. BERKAITAN DENGAN PAKAIAN
1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit atau bercantum (L - larangan bagi lelaki).
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya (L).
3. Menutup muka (W - larangan bagi wanita).
4. Memakai sarung tangan (L/W).
B. BARKAITAN DENGAN BERWANGI-WANGIAN
5. Memakai bau-bauan sama ada di badan, pakaian, atau menghisapnya ke dalam hidung (L dan W).
6. Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada tumbuh di pipi dan dahi (L dan W)
C. BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
7. Memotong/mengerat/mencabut pokok-pokok di tanah haram (L/W).
8. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di tanah haram atau di tanah halal (L/W).
D. BERKAITAN DENGAN MEROSAKKAN ANGGOTA BADAN
9. Menggunting/mencabut rambut atau bulu di badan (L/W).
10. Mengerat atau merosakkan kuku (L/W).
E. BERKAITAN DENGAN HUBUNGAN JANTINA
11. Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan dsb (L/W).
12. Bersetubuh (L/W).
13. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin (L/W).
Sekiranya pantang larang di atas dilanggar, maka jemaah dikenakan dam mengikut jenis kesalahan yang dilakukan, pada kebanyakan hal ialah seekor kambing, kecuali dam bagi melakukan persetubuhan sebelum tahallul ialah se-ekor unta atau se-ekor lembu atau 7 ekor kambing. Untuk penerangan terperinci mengenai dam ini sila rujuk buku panduan haji oleh TH dan sebagainya.
Entri Berkaitan:
1. Bolehkah teruskan tawaf, saie dan bergunting bagi wanita yang haid semasa dalam ihram kemudian suci dalam masa singkat, kemudian datang haid semula
Tengok gambar kambing ni.
Assalamualaikum Tn Hj Saad
ReplyDeletesebelum kerjakan hj/umrah tu hari
pantang larang tu macam susuah aje
tapi bila kita kerjakan ibadat tu
rasa senang aje
Wassalam
Salam tn Hj Rozali.
ReplyDeleteMemang masa belum buat umrah / haji rasa berat semua tu. Namun dengan rahmat Allah s.w.t. kita dapat melaluinya.
Walau bagaimanapun kita kenalah belajar dan ambil tahu akan perkara-perkara yang dilarang semasa kita sedang berihram, syarat-syarat sah tawaf, syarat-syarat sah sai'e dsb supaya kita dapat melakukan ibadah umrah / haji dengan sempurna dan ibadah kita sekurang-kurangnya maqbul.
Salam Tn Haji Rozali.
ReplyDeleteSebagai contoh, kalau kita tahu bahawa salah satu syarat untuk sah tawaf atau untuk sah sai'e ialah niat tidak terpesong untuk benda-benda lain, maka tidaklah kita heboh untuk berposing ambil gambar sendiri atau gambar orang lain semasa kita sedang tawaf atau sedang melakukan sai'e.
Dan kadang-kadang kita lihat ada orang jawab telefon semasa tawaf atau saie. Ini semua gara-gara sebab tidak faham akan tuntutan syarat sah tawaf atau sai'e tsbt.
Kalau tawaf tidak sah, maka sai'e tidak sah. Kalau sai'e tidak sah, walaupun selepas itu dia bergunting atau bercukur, namun dia masih lagi dikira dalam berihram. Lepas itu banyaklah masalah akan timbul spt. pakai pakaian biasa, melakukan hubungan kelamin suami isteri, kahwinkan anak, dsb.
Assalamu'alaikum wm wbr kepada para pembaca sekelian.
ReplyDeleteKomen saya di atas bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan sesiapa. Tetapi saya benar-benar berharap agar para bakal jemaah benar-benar memahami manasik / kaedah melakukan umrah, syarat-syarat sahnya, dan pantang larangnya agar nanti hati kita senang dan tidak berkata-kata selepas balik ke tanah air. Dan yang lebih penting lagi ialah agar ibadah kita diterima oleh ALlah s.w.t. Amin.
Wasalam
salam Tuan Haji,
ReplyDeletePasal ambil foto td, kalau katakan sy nak mengambil gambil kaabah dr dekat setelah selesai buat tawaf iaitu setelah solat, adakah ianya tidak sah tawaf td? kerna sy banyak lihat para jemaah sibuk mengambil gambar begitu.... azieza
Wa'alaikum salam wm wbr.
ReplyDeleteSetelah selesai tawaf, tidak mengapa kalau nak ambil gambar. Tapi pandai-pandailah (hati-hati) sebab pegawai masjidil haram ramai dan ada yang berpakaian biasa. Kalau mood mereka baik, tidak menjadi masalah, tetapi jika nasib kita tak baik, kadang-kadang dirampasnya kamera atau memory card kamera.
Salam Tuan Haji,
ReplyDeleteAdakah ini bermakna kita tdk blh berbual/menjawab telefon ketika saie juga?Terima Kasih
Wa'alaikum salam rerama salju
ReplyDeleteBerbual atau menjawab telefon ketika saie atau tawaf tidaklah menyebabkan saie atau tawaf terbatal. Cuma kurang afdal dan rugilah kita sebab tidak beri tumpuan kepada ibadah kita sedangkan kita sedang berhubung terus dengan Allah SWT.
Kalau jawap telefon masa tawaf atau berbual-bual semasa tawaf, ditakuti bahu kita tidak mengirikan kaabah tanpa kita sedari.
Puan rerama salju
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt.
Mengenai masalah bercakap semasa tawaf dan saie, saya dapat jawapan daripada laman web al-azim: http://www.al-azim.com/haji/faq/tawaf.htm seperti berikut:
Soalan
Adakah sah tawaf seorang yang bercakap-cakap atau memberi isyarat kepada orang lain semasa melakukan tawaf?
Jawapan
Sah tawafnya. Tetapi perbuatannya itu makruh melainkan jika perlu atau bercakap sesuatu yang baik. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: Bertawaf di Baitullah itu adalah salat (sembahyang), hanya Allah menghalalkan bercakap semasa tawaf, maka sesiapa yang perlu bercakap, bercakaplah dengan sesuatu yang baik.
Assalamualaikum Ustaz, Semasa mengerjakan umrah baru2 ini, saya bermiqat di Bir Ali kerana masuk melalui Madinah. Semasa saya di masjid Bir Ali, saya terlupa utk niat umrah dan selepas bas bergerak 200m ke 300m dari masjid Bir Ali, baru saya niat. Saya ingin tahu adakah niat saya itu masih di tanah halal? Berapakah jarak tanah haram dengan masjid Bir Ali?
ReplyDeleteWa'alaikum salam anonymous.
ReplyDeletePertama-tama sukacita saya maklumkan bahawa saya bukanlah seorang uztaz.
Menyentuh soalan anonymous, iaitu "Apakah jarak sejauh 200-300 meter dari Bir Ali menuju ke Makkah masih dikira berada dalam kawasan miqat Bir Ali?" - terus terang saya katakan saya tidak mampu menjawab soalan ini. Saya sarankan agar anonymous mengajukan soalan ini kepada pihak Tabung Haji yang lebih arif dalam hal ini.
Walau bagaimana pun, umrah anonymous masih sah, cuma persoalannya perlukah bayar dam atau tidak - wallahu aklam.
Jawapan di bawah ini saya perolehi dari laman web http://www.al-azim.com/haji/faq/miqat.htm Di situ disebutkan jika telah melewati keseluruhan miqat, maka kena bayar dam. Keseluruhan miqat di Bir Ali tu di mana ya?
Soalan
Apakah hukum bagi seorang yang berniat ihram haji atau umrah setelah melewati miqat?
Jawapan
Niatnya sah tetapi dikenakan dam jika ia telah melewati kesuluruhan miqat.
assalamualaikum
ReplyDeleteadakah dikenakan dam, orang yang menyarung zakarnya dengan plastik, semasa ihram kerana kencingnya tidak lawas untuk mengelakkan pakaian ihramnya terkena najis air kencing