Ramai orang yang pernah ke Kota Makkah sama ada menyempurnakan ibadah haji atau umrah akan rasa rindu kepada baitullah. Kadang-kadang apabila telah kembali ke tanah air, masih lagi terbayang-bayang kaabah dan suasana Masjidil Haram. Dan kadang-kadang terbawa-bawa di dalam mimpi, alhamdulillah.
Bagi menghilang rasa rindu tersebut, para pengunjung bolehlah klik URL berikut untuk melihat secara live akan kaabah, orang-orang yang sedang bertawaf, dan juga solat lima waktu. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Makkah ialah 5.00 jam. Jadi kalau solat subuh di Makkah lebih kurang pukul 6.00 pagi, jika ditambah 5 jam, maka waktu di sini ialah pukul 11.00 pagi.
Inilah URL live telecast Masjidil Haram.
Di bawah ini ialah foto solat subuh Masjidil Haram pada hari ini 17-2-2010. Cuma gambarnya kurang jelas sebab diambil dari skrin komputer.
Wasalam.
salam tuan hj saad
ReplyDeleteterima kasih tuan haji kongsikan URL live telecast dari Masjidil Haram.syahduhnya....
terubat rindu olive.....
salam perkenalan dari olive
Walaikum salam olive
ReplyDeleteAlhamulillah, semoga kita dapat manfaat darinya. Amin. Kalau kita lihat live telecast kaabah, macam berada di sana juga.
salam tuan haji,
ReplyDeletebetul tu tuan haji..rasa seolah olah berada di sana.tak boleh nak gambarkan betapa tenangnya suasana di sana..sekali lg terima kasih byk2 tuan haji kerana share url ni bersama kami..saya suka blog tuan haji...
saya s