Wednesday, January 29, 2014

Blog Tn Haji Arshad Kehidupan di Makkah Telah Diaktifkan Semula.

Alhamdulillah, hari ini baru perasan yang blog Kehidupan di Makkah Tn Haji Arshad telah diaktifkan semula sejak 6 Jan yang lalu.  MasyaaAllah, saya telah terlalu lama tidak masuk ke blog saya sendiri hinggakan perkembangan terbaru ini pun saya terlepas pandang.

Gambar di bawah diambil semasa saya melaksanakan umrah baru-baru ini - di Restaurant D'Saji, AsSafwah, Makkah.




8 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Apa khabar dan macam mana dengan keadaan kesihatan semasa dan balik drpd menunaikan UMRAH.......

    Saya pun baru tahu pada minggu lepas yang mana Blog Tn Hj Arshad telah bersiaran semula........Sempat pula Tn Hj berjumpa dan bergambar dgn Tn Hj Arshad semasa menunaik UMRAH tempohari.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, syukur kpd Allah yg telah memanjangkan umur kpd kita sehingga boleh bernafas dan meneruskan kelangsungan hidup ini.

      Bukan suatu kebetulan, tetapi ketetapan Allah SWT, semasa saya di Makkah sakit pinggang (besar kemungkinan slip disc) yang saya alami 3-4 minggu sebelum ke sana datang kembali dengan rasa sakit yang teramat sangat. Mujurlah satu minggu sebelum berangkat, permohonan saya utk hotel yg dekat dgn masjidil haram diluluskan oleh TA. Jadi dapatlah saya ke masjidil haram setiap waktu walaupun terpaksa menahan sakit sehingga kebas kaki, paha dan punggung.

      Sakit tu datang satu hari selepas umrah pertama. Agaknya duduk yang lama dlm kapal terbang, ditambah dgn perjalanan 5 jam daripada Madinah ke Makkah serta tawaf dan saie telah trigger sakit pinggang tersebut. Namun syukur ke atas Ilahi, dapat juga saya lakukan umrah tambahan sebelum balik ke Malaysia.

      Delete
    2. Assalamualaikum Tn Hj,

      Apa yang dialami (Kemungkinan Slip Disc) kesakitan nya hanya orang yang mengalaminya merasai akan kesakitannya..... Spt mana yang Tn Hj maklum saya sendiri telah mengalami sakit Slip Disc semenjak 2012 dan masih lagi berurusan dgn HSA JB dan melakukan latihan Fisio sepertimana yang diajar tetapi apabila berurusan dgn Hospital Pakar, Dr di Hospital tersebut hanya nak melakukan pembedahan saja....... diharap Tn Hj banyaklah bersabar menghadapi akan dugaan tersebut. dan muga-muga kesakitan tersebut berkurangan.......................

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj

    Alhamdulillah
    semuanya berjalan lancar
    Insyaallah...moga Allah terima ibadah kita
    moga juga Tn Hj sihat2 selalu..supaya dapat beramal dgn sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alikum salam wbt THR

      Alhamdulillah sakit dipinggang tu beransur reda tapi tidak boleh angkat benda2 berat dan berdiri lama-lama. Juga kalau jalan jauh sedikit, mula terasa sakit tersebut. Jadi nak ke surau tak sampsi 100 meter dari runah kena naik kereta gamaknya.

      Delete
  3. asslmkm. ustaz sewaktu mengerjakan umrah kali yg pertama saya rasa saya tlh menyentuh hijr ismail pd pusingan ke lima ..krn saya nampak dgn jelas mutawif melakukanya . saya meneruskan tawaf saie dan bertahallul. esoknya saya mengerjakan lg umrah sehingga 7x sblm balik kemalaysia. rasa macam ada yg x kena pd tawaf pertama duly. apa yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Kalau sentuh hijir ismail pada pusingan tawaf ke5, bermakna pusingan itu batal dan tidak sah. Then anda teruskan tawaf hingga pusingan ke7 (sangkaan anda), then saie dan bergunting rambut.

      Jadi sebenarnya anda baru lengkapkan 6 pusingan tawaf. Maka saie dan bergunting rambut tst tidak sah dan anda masih dlm berihram.

      Tetapi selepas itu anda ada lakukan umrah sebanyak 7x sblm balik M'sia. Maka alhamdulillah umrah kali pertama selepas umrah wajib yang tidak sah itu, tawaf yg pertama sudah melengkapi tawaf umrah wajib. Saie dan bergunting selepas itu dikira saie untuk umrah wajib yg terbatal sebelum itu. Maka umrah anda telah sempurna.

      NAMUN anda dikenakan membayar dam sbb telah langgar pantang larang ihram (bergunting sblm lengkap rukun umrah). Damnya ialah:

      (1) Sembelih seekor kambing dan sedekahkan kpd fakir miskin. 

      atau

      (2) bersedekah 2 cupak makanan setiap seorang kpd 6 orang fakir miskin - 1 orang fakir miskin 2 cupak makanan 

      atau 

      (3) berpuasa selama 3 hari.

      Delete
  4. assalamuaalaikum Tuan Haji.maaf saya nak bertanya apakah nama Blog Tuan haji arshad yang di aktifkan semula tu.saya cari tak jumpa..mohon tuan haji beri nama blog tersebut..terima kasih

    ReplyDelete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.