Monday, December 23, 2013

Doakan Semoga Saya Beroleh Umrah Yang Maqbullah

Assalamu'alaikum wbt

23/12/2013 - Isnin: InsyaAllah sebentar lagi saya akan ke Madinah untuk menziarahi maqam Rasulullah SAW dan selanjutnya ke Makkah untuk melakukan umrah.

Di sini saya ingin memohon maaf kepada para pembaca sekelian sekiranya sepanjang saya berbelog di sini terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan atau sekiranya maklumat yang saya berikan tidak tepat dan menyebabkan kesulitan kepada tuan-tuan/puan-puan.

"Ya Allah jadikanlah umrah kami umrah yang maqbul, saie kami saie yang disyukuri, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan soleh kami diterima dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Ya Allah kami memohon dalam perjalanan kami ini kebaikan dan taqwa dan segala amalan kami Engkau redhai. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah jarak kami yang jauh. Engkau sebaik-baik yang ditinggalkan (untuk menjaga) keluarga dan harta kami.

Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari halang rintang perjalanan dan buruknya pemandangan serta daripada keburukan masa kembali kepada harta dan keluarga, dengan rahmat-mu Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani."

Amin, Amin, Ya Rab al-'alamin.

9 comments:

  1. Amin...

    Semoga tuan Haji selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air dan semoga amalan diterima dan diberkati..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Alhamdulillah, terima kasih atas doa tersebut.

      Amiin, Ya Rabb.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj,

    Semuga dikurniakan kesihatan yang baik dalam melaksanankan ibadah Umrah..........agar segala amalan dapat dilakukan tanpa halangan dan diterima oleh ALLAH yang maha kuasa..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Amiin, Ya Rabb al 'alamin.

      Terima kasih kerana sudi mendoakan saya. Alhamdulillah.

      Delete
  3. assalamualaikum. ustaz. saya ingin bertanya. jika ayah saya tidak dapat pergi menunaikan umrah bersama ibu saya atas sebab tertentu. Bolehkah saya ganti tempat ayah saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Adakah Atikah maksudkan tentang mahram bagi menemani ibu Atikah?

      Jika itu yg Atikah maksudkan, jawapannya tidak boleh sbb pihak kedutaan Arab Saudi hanya membenarkan wanita yg ditemani oleh suami atau anak lelaki berumur lebih 18 thn, atau oleh adik beradik lelaki umur lebih 18 thn atau bapa saudara dari sebelah bapa, atau datuk dari sebelah bapa.

      Delete
    2. Kalau ibu Atikah berumur 45 tahun ke atas maka dia tidak perlu ditemani oleh maram lelaki dan kedutaan Arab Saudi akan keluarkan visa umrah, insya Allah

      Delete
  4. Assalamualaikum Tn Hj...
    Mohon untuk 'share' doa. Saya akan menunaikan umrah 25 Jan. Terima kasih berkongsi hasil pena tn hj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum sakam wbt.

      Ya silakan Azura. Tk

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.