Saturday, January 19, 2013

Setelah Tiga Tahun Berlalu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِه

19/01/2013

A
lhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat masa dan nikmat sihat tubuh badan maka dengan itu dapatlah saya menulis entri ini pada hari hari ini. Pada 12 Jan 2013 yang lepas blog Hidup Biar Allah Sayang ini genap berusia tiga tahun.

Di sepanjang tempuh tiga tahun itu saya cuba memuatkan entri-entri berbentuk dakwah dengan menumpukan kepada panduan melakukan ibadat umrah dan sekali sekala diselitkan dengan berita-berita semasa dan juga cebisan-cebisan kehidupan yang saya lalui sebagai perencah kepada blog ini. Harapan saya semoga entri-entri dalam blog ini menjadi tatapan dan kenang-kenangan kepada anak cucu saya sekiranya saya sudah dijemput kembali oleh Allah SWT kepada-Nya pada suatu hari nanti. InsyaAllah, perkara itu pasti akan berlaku kepada setiap insan.

Jika diperhatikan, pada tahun 2012 saya hanya sempat memuatkan sebanyak 79 entri sahaja berbanding 84 entri pada tahun 2011 dan 159 entri pada tahun 2010. Ini bermakna motivasi saya untuk menulis semakin menurun selaras dengan usia saya yang semakin meningkat yang membawa maksud baki usia yang semakin sedikit.  

Sebenarnya banyak entri-entri yang masih tertangguh yang tidak sempat saya siapkan atas halangan-halangan tertentu. Antara entri-entri yang belum dimuatkan ialah Jaulah Mesir dan juga ibadah umrah pada tahun 2012. InsyaAllah - jika diizinkan oleh Allah SWT dapatlah saya mencuri masa mengemaskinikan entri-entri yang tertangguh tersebut.

Alhamdulillah, blog Hidup Biar Allah Sayang ini telah mendapat tempat dihati para pembaca yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai ibadat umrah. Blog ini merupakan salah satu blog yang dikunjungi oleh bakal-bakal jemaah yang ingin mengerjakan umrah buat kali pertamanya. Jesteru itu banyak persoalan-persoalan mengenai ibadat umrah telah diutarakan dalam ruangan komen. InsyaAllah, saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para pembaca selagi terdaya. Kadang-kala saya terlepas pandang atau terlambat menjawab  pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan di ruang komen tersebut. Justeru itu saya menyusun 10 jari meminta maaf di atas perkara tersebut, almaklum saya hanya insan yang lemah dan serba kekurangan.

Untuk sekian kalinya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca dan pengikut setia blog Hidup Biar Allah Sayang ini yang telah memberikan sokongan yang tidak terhingga dan juga telah meninggalkan jejak dalam ruangan komen yang disediakan. Tanpa sokongan tuan-tuan dan puan-puan, blog ini pasti akan suram dan lesu.

Untuk tujuan rekod semata-mata (sebagai rujukan pada tahun hadapan), di sini saya selitkan beberapa statistik mengenai blog ini seperti di bawah:

1. Bilangan pengunjung sehingga 12/1/2013 ialah seramai 463,514 berbanding 180,200 pengunjung pada 12/1/2012.

2. Bilangan pengikut sehingga 12/1/2013 ialah seramai 376 orang berbanding 207 orang pada 12/1/2012 dan 71 orang pada 12/1/2011

3. Bilangan pageview tertinggi dalam tahun 2012 ialah pada bulan Mei iaitu sebanyak 31390 pageviews, manakala pageviews tertinggi tahun 2011 ialah pada bulan Mac iaitu sebanyak 17918 pageviews.

Akhir kata, marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar Allah SWT memberikan kita nikmat sihat tubuh badan, nikmat umur yang panjang, meningkatkan nikmat iman dan islam dalam diri kita, serta mengurniakan nikmat masa lapang dan ilham supaya kita dapat gunakan kesemuan nikmat-nikmat tersebut untuk berbakti kepada Allah SWT. Harapan saya, semoga Allah SWT merahmati dan memberkati entri-entri dalam blog ini. Amin Ya Rab al-'Alamin.

Sekian, wasalam.

Hidup Biar Allah Sayang


Statistik terkini 19/1/2013
Statisik 12/1/2012

Tarikh 12/1/2013

Data pada 12/1/2013
















4 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdullilah dan Tahniah atas genapnya blog "Hidup Biar ALLAH Sayang" yang mana telah memberikan ilmu kepada sesiapa yang ingin mencari ilmu terutamanay mengenai UMARH.....Tahniah sekali lagi dan muga-muga usaha yang murni ini berterusan .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam Tn Hj Pesona

      Syukur alhamdulillah atas ingatan.

      Wasalam.

      Delete
  2. Assalamualaikum Tn Hj, teruskan kalam bicara di medium baru ini, ianya membawa manafaat berguna kpd semua, semuga Allah s.w.t memberkatinya.

    1st sy menjenguk blog ni, pd Apr 2012 yg disyorkan oleh rakan2 utk mengerjakan umrah pd mei 2012, Alhamdulilah, blog ini bnyk membantu saya ketika di sana. Ianya memberikan sedikit gambaran sebelum kita berangkat dan memudahkan mereka yg pertama kali pergi

    Untuk makluman, blog Tn Hj, telah sy link dalam blog2 saya (contoh : zuraidialiblogspot & faizminblogspot) dan saya akan sentiasa update dlm facebook sy sendiri (zuraidi faizmin@facebook) agar rakan2 sy yg belum mengetahui atau ingin ke sana dpt menjengah blog tersebut untuk mendpt sedikit ilmunya.

    Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alahamdulillah, terima kasih atas sokong zuraidi ke atas blog ini. Semoga pengalaman tuan dan isteri semasa melakukan umrah pada Mei 2012 menjadi kenangan indah dan semoga ibadah tuan mendapat ganjaran daripada Allah SWT, Amin.

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.