Saturday, August 25, 2012

Mengemaskini Layout Blog Yang Berselirat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, sementara menunggu tetamu berziarah ke rumah musim raya ni, saya lakukan sedikit sentuhan ke atas layout blog saya yang sudah nampak berselirat dengan segala macam gadget di kolum sebelah kanan tu. Senarai arkib, FEEDJIT, Senarai blog yang saya ikuti dan segala macam senarai kat tepi tu menyebabkan saya rimas sebab terlalu panjang. Saya mesti lakukan sesuatu! Ya, penyelesaiannya ialah dengan meletakkan semua senarai tersebut dalam scrollbar supaya saya dapat menjimatkan ruang.

Tapi.... macam mana nak buat ya? Mulahlah saya mencari maklumat di Internet. Maka bergunung maklumat yang saya dapat dan kebanyakannya kita kena edit HTML code dalam TEMPLATE blog. Ada yang menggunakan JAVA SCRIPT dan ini sangat merbahaya kerana kita tak tahu sama ada itu skrip hackers yang nak bom blog kita atau sebaliknya. Alhamdulillah dalam banyak-banyak maklumat tu, ada satu blog yang sangat mudah yang hanya memerlukan kita edit satu atau dua baris HTML code sahaja. Dan blog ini dalam bahasa Melayu -- bukan 'Omputeh' punya blog. Jadi kalau dia dah beri salam tu, maknanya dia jujur dan iklas ler. Tak adalah dia nak menganiaya kita kan. Ini alamat blog dia, http://bicarafarah.blogspot.com/ dan http://www.ciktom.com/tutorial-buat-scroll-dalam-blog-archive-jimatkan-ruang-blog/. Tabik spring mereka berdua ni.

Mula-mula saya nak buat skrol bagi archive dan untuk itu saya gunakan panduan yang diberi oleh ciktom. Setelah berjaya, saya nak customize pula popular post, dan untuk itu saya gunakan panduan cikfarah ni. Kedua-duanya menjadi. Alhamdulillah, terima kasih kepada kedua-dua cik tu.

Setelah confident, saya customize senarai-senarai yang lain. Pada kali ini saya tak jumpa panduan yang diyakini daripada Internet. Jadi mahu tak mahu, saya belasah sendiri dengan berpandukan tips daripada cikfarah tu. Akhirnya semua senarai dalam kolum sebelah kanan tu saya buat scrollbar. Alhamdulillah.

Sekian dulu dari saya kali ini. InsyaAllah, kalau ada kelapangan saya akan perincikan bagaimana nak customize semua senarai ti dalam entri-entri saya yang berikutnya.

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.