Friday, July 27, 2012

Solat Tarawikh - Imam Lupa Bilangan Rakaat (Dari 2 Rakaat Jadi 4 Rakaat)

Assalamu'alaikum wbt


Semasa solat tarawikh dua hari lepas (rabu malam khamis 25/7/2012) imam kami solat tarawikh bagi rakaat yang keenam sebanyak 4 rakaat instead of 2 rakaat. Kelam kabut makmum dibuatnya. 


Sebelum solat terdengar imam lafaz niat sebut raka'ataini (2 rakaat). Setelah rakaat ke dua, imam terus bangun tanpa membaca tahayat akhir. Ok lah, imam mungkin lupa, nanti boleh cover dengan sujud sahwi. Ada makmum telah duduk, tetapi memandangkan imam telah bangun maka makmum tadi turut bangun ikut imam. 


Setelah tamat rakaat ketiga ramai makmum jangka imam akan duduk tahayat akhir dan diikuti dengan sujud sahwi. Tetapi imam terus bangun meneruskan solat untuk rakaat yang ke-4 bagi solat 2 rakaat - hahaha. Seperti tadi, makmum turut bangun ikut imam. Setelah tamat rakaat ke empat, kali ini imam memberi salam. Kemudian mengumumkan untuk solat witir 3 rakaat tanpa sujud sahwi sedangkan dia tahu dia telah menambah bilangan rakaat.


Jadi berapa rakaat sebenarnya jemaah kami solat tarawikh pada malam tersebut, enam rakaat atau lapan rakaat?  Fening, fening. Imam kami ni memang kalut sikit tapi belajar di Mesir. 


Pada pendapat saya kami solat tarawikh pada malam itu hanya 6 rakaat sahaja sebab walaupun kami solat 4 rakaat, tetapi solat itu hanya dikira 2 rakaat sahaja sebab niat semasa takbir ialah 2 rakaat. Pendapat ini berdasarkan kepada peristiwa Rasulullah SAW pernah tertambah bilangan rakaat semasa solat zohor menjadi lima rakaat. Setelah selesai solat, baginda diberitahu oleh sahabat bahawa baginda telah solat zohor sebanyak 5 rakaat. Maka baginda terus sujud (sahwi) sebanyak 2 kali dan memberi salam.  Jadi walaupun baginda telah solat 5 rakaat untuk solat zohor namun bilangan solat zohor tersebut dikira 4 rakaat sahaja. 



Dalilnya adalah dari hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh:


صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ خَمْسًا

فَقِيلَ لَهُ أَزِيدَ فِي الصَلاَةِ؟ قَالَ: وَمَا ذَاكَ؟

قَالَ: صَلَّيْتَ خَمْسًا فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ بَعْدَ مَا سَلَّمَ.

Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur lima rakaat,
lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah?”
Baginda bertanya: “Mengapa demikian?”
Para sahabat menjawab: “Anda telah melakukan solat lima rakaat.” Maka bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu.
(Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1226.)

Sekian, untuk entri hari ini. Jika saya salah sila perbetulkan. Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.