Followers

Sunday, January 8, 2012

Bunga Yesterday, Today, Tomorrow

Assalamu'alaikum wbt

Baru tahu nama pokok (bunga) ni kelmarin ketika menghadiri suatu Simposium di Bangi, Selangor.

Yesterday, today, tomorrow (YTT) ialah nama sejenis pokok bunga yang berasal dari Brazil. Nama saintifiknya ialah Brunfelsia pauciflora dari keluarga solanaceae. Nama tempatan bunga ini ialah bunga bedak sebab baunya wangi. Pokok ini pada mula-mula berbunga, warnanya adalah ungu,  keesokan harinya warnanya menjadi ungu pucat dan akhirnya berwarna putih.  Tetapi awas pokok ini beracun.

Bila saya fikir-fikirkan, warna bunga ni macam nasib manusia jugalah gamaknya.

Kelmarin, masa dia sedang top dan berkuasa, maka dia disanjung dan dihormati. Ramai yang berkerumun di sekelilingnya. Cakapnya didengar, arahannya dituruti, larangannya dipatuhi. Tidak ada satupun cacat celanya. Ini sama seperti warna ungu pada bunga YTT.

Sekarang, apabila dia sudah tidak berkuasa lagi, maka tidak sesiapa yang ingin mengerumuninya. Tidak ada sekelumit pun arahannya yang diikuti, malah dia dicaci, dihina dan sebagainya. Warna ungu pucat bunga YTT.

Esok.  Esok apa ye? Ooooh ya "Walau pon rupamu tidak ku kenali, tetapi hukuman ke atasmu tetap akan dijatuhkan." Warna putih bunga YTT menandakan bunga ini akan gugur ke bumi. Berakhirlah suatu impian.


Bagai seorang gadis yang cantik, tetapi awas ia beracun
Mula-mula bewarna ungu, kemudian menjadi ungu pucat, dan akhirnya putih
------
Semalam (Yesterday), ketika nak balik dari simposium terperasan kereta ni di loby dewan. Nombor plat tu cantik pulak kan. Apa lagi saya ambillah kesempatan untuk bergambar buat kenang-kenangan. Nak beli kereta tu, mak ai tak termampu saya. Nombor plat tu sahaja dah berapa ribu kan.

Dilihat boleh, dipegang jangan, ambil gambar tak pe.

6 Ulasan Pengunjung:

atuk said...

Assalamualaikum THMSH

siapa pakai PAS 1 gamaknya...he he

Mohd Saad Hamid said...

Wa'alaikum salam THR

Orang Sarawak cakap" "Mana tau dia", hehe.

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Baru saya tahu itu nama bunganya.

Terima kadih.

AJ

mieza said...

Assalamualaikum Tuan Haji, yang pasti hukum Allah s.w.t. bagi apa yang kita lakukan semalam, hari ini dan esok, terima kasih atas peringatan.

Mohd Saad Hamid said...

Wa'alaikum salam wbt AJ

Alhamdulillah, saya pun baru tahu.

Syukran.

Mohd Saad Hamid said...

Wa'alaikum salam miera.

Semalam - sudah jauh kita tinggalkan dan tidak mungkin akan kembali.

Esok - penuh dengan ketidakpastian. Kemanakah kesudahan kita? Hanya ada dua (2) tempat iaitu sama ada di syurga atau di neraka.

Hari ini - Alhamdulillah, kita masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk mengumpul modal dan bekalan sebanyak mungkin untuk kehidupan di hari esok.