Wednesday, December 7, 2011

Majlis Perasmian Klinik Darussyifa' Cawangan Sg. Rambai, Melaka

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, Darussyifa’ Cawangan Melaka telah melangkah maju setapak lagi dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan rawatan alternatif  kepada masyarakat dengan tertubuhnya Klinik Rawatan Darussyifa’ Cawangan Sungai Rambai yang mana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Guru Ustaz Haron Din (TGUHD) pada 10 Muharram 1433H bersamaan 6 Disember 2011 bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sebelah selatan negeri Melaka dan juga bagi penduduk-penduduk kawasan Muar dan Segamat, Johor.

Dalam ucapan perasmian beliau, TGUHD telah menyampaikan amanat kepada ahli-ahli Darussyifa’ Cawangan Melaka dan Cawangan Sungai Rambai agar menganggap bahawa kewujudan Klinik Rawatan Darussyifa’ tersebut perlulah dianggap sebagai ujian daripada Allah SWT.  Ujian itu perlu kita nilai sebagai satu daripada rentetan kehidupan kita dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah.

Jangan lupa semuanya merupakan ujian Allah kepada kita. Dengan ujian itu jika kita terus istiqamah, terus kita adakan kerja-kerja amal yang berguna kepada agama Allah dan kepada masyarakat, maka kita lulus ujian itu. Kalau kita lupa dan kita lalai, lupa kepada tugas utama kita sebagai hamba kepada Allah SWT, maka kita akan gagal. -- TGUHD
Klinik Darussyifa’ Cawangan Sungai Rambai wujud di tengah-tengah keghairahan masyarakat berlumba-lumba menubuh, mengeluarkan, dan memberi ijazah rawatan Islam kepada masyarakat dengan begitu mudah sekali.

Namun demikian, apapun yang kita lihat dalam perkembangan di tanah air kita, sesuatu yang nyata ialah masyarakat menerima dengan baik konsep rawatan alternatif seperti ruqyah islamiyah ini. Di manapun orang membuka pusat rawatan, walaupun mereka memperolehi ijazah rawatan dalam masa hanya satu hari (berbanding Darussyifa’ yang mana pengijazahan hanya berlaku selepas murid telah menamatkan 90 jam kuliah – iaitu telah belajar selama satu tahun), alhamdulillah, masyarakat masih memberikan kepercayaan.

Oleh yang demikian, terpulanglah kepada masyarakat untuk menentukan yang manakah pusat rawatan Islam yang mempunyai kualiti yg sebenar, atau manakah yang boleh dikatakan itu perubatan Islam yang sebenar dan sebaliknya.


Ghost Busters Tegar

TG Ustaz Haron Din sedang memberikan amanat
Kolam Pancing

No comments:

Post a Comment

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.