Followers

Tuesday, December 13, 2011

Angin Lintang

Assalamu'alaikum wbt

Gambar Hiasan - dari Internet
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan banyak nikmat kepada hamba-hambaNya. Salah satu nikmat tersebut ialah umur yang panjang, keselamatan, dan sihat tubuh badan.

Ahad lepas (11 Disember, 2011) semasa dalam perjalanan ke Bandar Seri Putra, kami nyaris mengalami kemalangan jalanraya yang berpunca daripada angin lintang. Yang ironinya, di kawasan tersebut tidaklah dikenali sebagai kawasan angin lintang. Kami telah biasa sangat melalui kawasan tersebut iaitu antara R&R Seremban dengan Bandar Nilai. Pihak pengurusan PLUS pun tidak meletakkan papan tanda angin lintang di kawasan tersebut.

Sekitar jam 9:30 pagi, kami lihat pokok-pokok di kiri kanan lebuhraya seperti ditiup angin kencang. Nasib baik saya sempat memperlahankan kereta dan membuka cermin tingkap. Namun kereta kami yang berada di lane tengah ketika itu ditolak ke lane laju (sebelah kanan). Memang rasa tercampak ke kanan, dan cepat-cepat saya perbetulkan semula kedudukan kereta. Alhamdulillah, Allah elakkan kemalangan daripada berlaku. Sebaik sahaja kedudukan kereta diperbetulkan, sebuah kereta memotong laju dari arah belakang sambil membunyikan hon.

Syukur pada-Mu Ya Allah!

2 Ulasan Pengunjung:

atuk said...

Assalamualaikum THMSH

Alhamdulillah
Syukur



Wassalam

Mohd Saad Hamid said...

Wa'alaikum salam THR

Alhamdulillah, syukran atas ingatan.