Sunday, November 14, 2010

Jalan-Jalan Ke Perlis

Assalamua'alaikum wm wbr.

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke Perlis dan check-in di Hotel Putra Palace , Kangar. Kali terakhir kami ke sini ialah Januari lepas, menghantar anak balik ke Maktab Perguruan Perlis.

Sebelum sampai Perlis sudah semestinya kami melalui Alor Star dan singgah di Pekan Rabu. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan di kawasan sekitar Pekan Rabu.

Pertama  --  jejantas yang menghubungkan Pekan Rabu dengan tempat parkir kereta telah berwajah baru. Sudah ada escalator, tetapi sudah rosak pulak sebab banjir (orang Kedah panggil bah) minggu lepas.

Kedua --  surau di Pekan Rabu sudah dipasang hawa dingin dan keadaan dalam surau sangat bersih. Alhamdulillah, nyaman dan tenang ketika solat.

Ketiga -- sudah ada kedai jual kelengkapan haji yang eklusif di hadapan Pekan Rabu iaitu di sebelah Maktab Kerjasama Malaysia, Cawangan Utara.

Dari Alor Star kami mengikuti jalan Pantai Johor - Air Hitam melalui Gunung Keriang. Walaupun banjir di Kedah sudah surut, namun masih terdapat beberapa kawasan yang masih digenangi air separas satu kaki di sekeliling rumah penduduk. Anak-anak kecil bergembira bermain air. Terdapat beberapa buah rumah di tengah sawah di kelilingi air seolah-oleh seperti pulau. Alhamdulillah, akhirnya jam 2.30pm kami selamat sampai di Kangar.   Di Perlis, keadaan banjir telah pulih sepenuhnya.

Kedai Kelengkapan Haji dan Umrah di Hadapan Pekan rabu

Banjir Di Kedah Menjadikan Kawasan Rumah Seperti Pulau

Kawasan Banjir Yang Belum Surut

Pemandangan Kangar Dari Hotel Putra Palaca

Baru Lepas Shopping Di Pekan Rabu

3 comments:

  1. Assalammualikom wtb tuan haji, ana pun tak pernah sampai ke Perlis lagi...Jadi tak tahu apa2 disana, Allhamdullah ada N3 ini disini. Boleh kongsi bersama.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,

    kami selamat sampai Melaka sebentar tadi.

    ReplyDelete
  3. mai la perlis lagi
    perlis permai dan mempesona
    xda bz,jem,bising
    peace

    ReplyDelete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.