Wednesday, October 6, 2010

Panduan Umrah – 36 – Tip Mengira Bilangan Tawaf Dengan Tepat



Alhamdulillah, hari ini Allah memberikan saya kekuatan dan sedikit kelapangan untuk update entri di sini. Sukacita saya mengambil kesempatan di sini untuk berkongsi pengalaman mengenai suatu kaedah yang mudah untuk mengira bilangan tawaf yang telah sempurna dilakukan.

Semasa mengikuti kursus umrah di Syarikat Andalusia Cawangan Melaka awal tahun 2010, salah seorang pencermah undangan ialah Ustaz Ridhuan yang merupakan mutawif Andalusia di hotel Royal Sultan, Ajyad Street, Makkah. Beliau memberitahu bahawa kebanyakan jemaah Indonesia dari daerah beliau (Sumatera Utara) menggunakan gelang getah (rubber band) untuk menentukan bilangan tawaf dengan tepat. Kaedah ini banyak digunakan oleh jemaah wanita yang sudah berumur. Almaklum, bagi jemaah yang sudah berumur seperti saya, dalam keadaan yang bersesak-sesak, dan keinginan untuk membaca doa atau zikir tertentu dengan khusyuk, maka memang mudah terlupa bilangan tawaf yang sudah disempurnakan. Caranya ialah seperti berikut:


1. Masukkan tujuh 7 helai gelang getah (rubber band) ke pergelangan tangan kanan pada permulaan tawaf (Ketika berada di garisan hajar aswad)
2. Lakukan tawaf dan apabila kita telah sampai semula di garisan hajar aswad, maka pindahkan satu helai rubber band ke pergelangan tangan kiri. Ini bermakna kita telah sempurna melakukan 1 pusingan tawaf.
3. Teruskan tawaf dan setiap kali selesai satu pusingan, pindahkan satu helai gelang getah (rubber band) dari tangan kanan ke tangan kiri.


4. Jika semua getah dari pergelangan tangan kanan telah berpindah ke pergelangan tangan kiri, bermakna kita telah melakukan tawaf sebanyak 7 kali pusingan.

Saya dapati kaedah ini sangat berkesan untuk mengingati bilangan tawaf. Mudah dan tanpa ragu-ragu.  Jika anda berkesempatan melakukan tawaf di Masjidil Haram, dan jika anda secara kebetulan tawaf berhampiran dengan sekumpulan jamaah dari Indonesia, ada kemungkinan anda akan mendengan seseorang berteriak: Pindahkan gelaaang! Nanti fahamlah anda bahawa mereka menggunakan kaedah ini untuk menentukan bilangan tawaf.




Ya, sungguh kreatif saudara kita dari Indonesia.  Bolehlah anda menggunakan kaedah ini jika pihak BANDERA tidak berdomenstrasi mengatakan kita menciplak kaedah mengira bilangan tawaf daripada Indonesia.

Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Terima kasih berkongsi tip. Harap2 bendera tak marah... ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum pn aida

    Alhamdulillah, syukran. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. salam haji.. ayat terakhir tu pasal Bendera xdemo psl tiru kaedah nk kira tawaf tu mmg kelakar. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'akaikum sakam wbt

      BENDERA ialah singkatan dari Benteng Demokrasi Rakyat iaitu suatu kumpulan aktivis di Indonesia yang selalu mengadakan demonstrasi anti Malaysia.

      Delete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.