Wednesday, May 26, 2010

Umrah 2010: Pangkin Ahli Suffah

Assalamu'alaikum wm wbr.

Semasa di Masjid Nabawi usahakan untuk mendapat ruang duduk di pangkin ahli suffah. Ahli-ahli suffah ialah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang miskin dan tidak mempunyai rumah tempat tinggal. Di pangkin inilah mereka tinggal beramai-ramai berbumbungkan langit. Oleh sebab itu mereka adalah antara orang yang paling awal mendengar al-Quran setelah ia di wahyukan kepada Nabi s.a.w. Mereka juga merupakan para perawi hadis sebab tinggal berdekatan dengan rumah Nabi s.a.w. seperti Abu Hurairah r.a., Abu Zarrin al-Ghafiri, Abu Said al-Khudri dsb. Pangkin ini terletak antara pintu Jibril dengan pintu an-Nisa'. Para ahli suffah mempunyai kedudukan kerohanian yang sangat tinggi. Di sini merupakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Di hadapan pangkin ini terdapat suatu mehrab yang Nabi gunakan untuk solat tahajjud. Nabi hanya solat tahajjud di sini selama 3 malam sahaja kerana setelah para sahabat mengetahui Nabi bertahajjud di situ, maka pada malam kedua ramai yang datang solat tahajjud bersama Nabi s.a.w. Kemudian pada malam ketiga, bertambah ramai lagi sahabat datang untuk sama-sama solat tahajjud bersama Nabi. Akhirnya pada malam ke-empat, Nabi tidak keluar solat tahajjud di situ. Baginda solat tahajjud di rumah beliau sahaja kerana khuwatir Allah s.w.t. akan mewajibkan solat tahajjud kepada ummatnya. Betapa perihatin dan sayangnya Nabi s.a.w. kepada kita sebab baginda tahu ramai umatnya tidak sanggup melaksanakan solat tahajjud setiap malam.l

Pangkin ini menghadap bahagian belakang rumah Nabi s.a.w. iaitu menghadap kiblat. Ia terletak antara Babul Jibril (Pintu Jibril) dan Babun-Nusa' (Pintu Wanita). Dinamakan Babul Jibril sebab Jibril a.s. akan melalui pintu ini untuk bertemu Nabi s.a.w. untuk menyampaikan wahyu ataupun untuk memberi perkhabaran berita kepada Nabi s.a.w. Dinamakan Babun Nisa' sebab kaum wanita paza zaman Nabi s.a.w. akan memasuki masjid melalui pintu tersebut.

Pintu Jibril: Pandangan Dari Luar Masjid
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:58pm


Pintu Jibril: Pandangan Dari Pangkin Ahli Sufah
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:27pm

Pintu Nisa': Pemandangan Dari Luar Masjid Nabawi
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:59pm


Pangkin Ahli Suffah: Gambar Diambil Dari Internet

Klip Video Pangkin Ahli Sufah



4 comments:

  1. salam tn hj...

    blog ni banyak memberi panduan kpd ummi , terima kasih banyak2 , hanya Allah saja yg dpt membalasnya..

    tumpang tanya , kat masjidin nabawi boleh ker ambil gambar???

    ReplyDelete
  2. Salam ummi,

    Di Masjid Nabawi dan Masjid Haram, bagi jemaah lelaki tidak ada masalah. Kawalan tidak berapa ketat. Boleh ambil video dsb.

    Tetapi bagi jemaah wamita, pegawai mesjid wanita dikatakan sangat ketat kawalannya. Harap jangan bawa kamera masuk di Masjid Nabawi, takut kena rampas. Mereka periksa seluruh badan.

    Di Masjid haram, mungkin boleh lepas kalau pandai sorok kamera.

    Wasalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn Haji Mohd Saad,
    Pertama kali saya buka blog ini..saya terpegun dgn gambar pangkin ahli suffah yg menunjukkan Mehrab Tahajjud Baginda Rasulullah SAW..cukup indah..saya terus copy utk tatapan saya& kawan2, tanpa berfikir panjang akan perbuatan saya yg tidak mendapat kebenaran tuannya.Dari itu disini saya memohon jutaan maaf dan ingin memohon kebenaran utk copy jika dibenarkan gambar2 yg menarik perhatian saya.harap diizinkan.Saya berpeluang keTanah Suci sebanyak 4 kali(Alhamdulillah), tetapi peluang bagi jemaah wanita utk merakamkan gambar2 adalah amat terbatas.Blog ini amat menarik & penuh dengan ilmu & gambar2 yg dpt menghilangkan rindu saya pada Baginda SAW & Masjid Nabawi & MasjidilHaram..sekian, t/kasih

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam puan Zainab Shariff

    Alhamdulillah, puan sudi berkunjung di sini. Saya beri izin kepada puan dan kepada sesiapa sahaja untuk copy mana-mana gambar yang puan suka atas dasar bukan untuk tujuan komersial.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.