Wednesday, April 21, 2010

Panduan Umrah – 20 – Sunat-Sunat Sebelum Ihram

Assalamu'alaikum wm wbr.

Sebelum berihram maka digalakkan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Taubat atas segala kesalahan
2. Mengerat kuku
3. Membuang atau mencukur bulu ari-ari dan bulu ketiak
4. Mengandam atau merapikan misai, janggut, dan rambut.
5. Mandi sunat ihram (jika keadaan mengizinkan – janganlah mandi dalam kapalterbang).
6. Berwuduk
7. Memakai minyak wangi pada badan (bagi lelaki sahaja untuk tujuan kesegaran). Bagi wanita hanya boleh memakai bahan yang boleh menghilangkan bau badan yang tidak mendatangkan kemudharatan dan shawat bagi lelaki jika terbau.
8. Memakai minyak rambut.
9. Memakai kain ihram yang berwarna putih.
10. Solat sunat ihram atau solat sunat musafir. Bagi jemaah umrah yang langsung masuk ke Mekah daripada Malaysia, maka lakukan solat tersebut di KLIA.

Lafaz niat solat sunat umrah:





Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan Al-Kafirun
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan Al- Ikhlas

PERHATIAN:

Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat ihram.  Jika sudah berniat ihram maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.

Setelah solat sunat ihram maka maka pasanglah niat ihram untuk umrah.

Lafaz niat ihram umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ

Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala

Setelah itu jemaah disarankan sentiasa bertalbiah disepanjang perjalanan menuju ke Makkah. Talbiah hanya tamat selepas jemaah memasukki masjidil haram dan telah nampak kaabah.

لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَّ لَبَّيْكَ، ِإنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكُ،
لاَ شَرِيْكَ لَكَ.
Maksudnya: Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan. Tiada sekutu bagiMu.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj Mohd Saad

    mula2 pakai ihram, risau aje yakut terlucut

    bila dalam ihram
    Alhamdulillah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Tn Haji Rozali.

    Kena pakai tali pinggang, baru hati tidak was-was.

    Allah maha merahmati.

    ReplyDelete
  3. salam haji

    maksudnya..lepas mandi sunat ihram tu blh guna deodoran yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya boleh pakai deodoran sebelum niat ihram.

      Delete
  4. Salam ustaz..adakah ketika melakukan tawaf sunat memakai pakaian berwarna putih???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Tidak semestinya. Asalkan menutup aurat.

      Delete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.